Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Welcome 2010!!!


tik tok tik tok... masa pon terus berlalu meninggalkan kita... detik berganti detik, jam terus berputar, hari terus berlalu, dan tahun pun berganti.. bukan azam baru jer yang kite kene pikirkan... yang penting, ape yang dah kite siapkan ntuk mghadapi tahun akan datang nih...? doakan sumernyer berjaya... =)

gudbye 2009!!!

Taknak Merokok!!!

Tips Untuk Berhenti Merokok.

Keazaman yang kuat :
Tetapkan hari permulaan berhenti merokok. Buang semua rokok, produk tembakau, tempat habuk rokok, sama ada di rumah, kereta dan tempat kerja. Apabila berhenti merokok, jangan hisap, malah menghidu asap pun tidak boleh.


Sokongan dan galakan :
Beritahu ahli keluarga, rakan dan kakitangan sepejabat bahawa anda berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka. Minta mereka tidak merokok dan meninggalkan rokok berdekatan anda.


Belajar kemahiran berhenti merokok :
Cuba elakkan diri berfikir mengenai rokok. Bercakap dengan seseorang, pergi berjalan dan sibukkan diri dengan sesuatu tugas. Ubah rutin apabila kali pertama berhenti merokok. Gunakan laluan baru ke tempat kerja, Minum teh menggantikan kopi dan bersarapan di tempat baru. Lakukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan seperti mandi air panas, bersenam dan membaca. Rancangkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati setiap hari. Banyakkan minum air.


Supliment:
Dapatkan ubat-ubatan dan gunakan dengan betul. Penyedut nikotin, penyembur hidung nikotin dan penampal nikotin yang diperolehi dengan preskripsi serta gula-gula nikotin boleh membantu berhenti merokok.

Kuatkan semangat :
Bersedia untuk saat sukar atau kembali merokok. Jangan kecewa dan putus asa apabila anda merokok semula. Ingat kerana ramai yang berjaya selepas beberapa kali mencuba. Jauhi alkohol dan perokok lain.


KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN APABILA BERHENTI MEROKOK

20 minit
Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.

8 jam
Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.

24 jam
Peluang mendapat sakit jantung menurun.

48 jam
Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.

2 minggu hingga 3 bulan
Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.

1 bulan hingga 9 bulan
Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.

1 tahun
Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.

5 tahun
Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.


Adjust.. or dont fall in love!!!

Adakah anda normal...?!!!

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas”. Anak Zamrul yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.


**Kesimpulannya, Jika anda langsung tidak terfikirkan aper-aper mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukan seorang yang normal. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks… jangan ler risau, sebab anda adalah seorang
yang normal..

ANDA MACAM MANA? saya normal… hehehe..

Pelamin

owkey kawan2.. ni ader promosi hebat ntuk sesaper yg nk mendirikan rumah tangga.. xkesah a yg pertama kali ke, kedua ke, sape2 yg berminat tuh, ley cepat2 contact sy...

harga yg ditawarkn nih harga pelamin SAHAJA.. kalo nk sekali ngan solek, baju salin sumer, or senang citer nk amek pakej ke, kite bule bincang harga len.. owkey...? =P



RM 650


RM800


RM 650


RM 650


RM 650


RM 550


RM 650


RM 800


cepat2 yah hubungi saya... =P

Foie Gras

ahah.. baru2 create blog nih, ase smangat lak aku nk posting2 nih, tp xtaw mende ak nk post. so meh2 aku kongsi sket email yang baru aku trima nih... tentang makanan yang agak lazat di negara France... nyummm2..


FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).


haha... ok.. jom kite tgk cane rupe "hati berlemak" tuh... jeng3x...

tu yg sebelah kiri tuh a "hati berlemak" (warna putih). hati tu jadi putih besa camtu sebab diberi makan secara berlebihan secara paksa. sebelah kanan tu hati angsa normal (warna coklat).


jom kite tgk pusat penternakan angsa2 malang nih... zaassss...

sangkar yang sangat sempit. angsa2 nih tak dapat memusingkan badan ataupun melangkah. kaki jadi bengkak sebab sentiasa berdiri. n yang paling gila 24 /7 tak buleh tido sebab lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan...


setiap hari...



lagi dan lagi...

sehingga menderita penyakit radang usus (mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya)...

dan tak kurang gak yang mati...

(mulut masih penoh ngan makanan)

so... ader yang sanggup lg nk mkn...? =P


"Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka."
-Author Faethal-


p/s : takut lak ak nak makan banyak2... :p

Tadaaaa...

yeehaaa... akhirnya... hari ini, waktu ini, saat ini, berjaya gak ak create blog untuk ak nih...

ntuk post yg pertama nih ak sndri pon xde idea per nk tulis... lom pikir lagik caner ak nk touchup2 blog nih, aper isi kandungan blog nih, temanyer, tajuknyer... blog ni pon ntuk aku isi mase2 lapang ak.. so nnt a ble masa lapang ak update sket demi sket...

pape pon bangga a at least ak da ade blog sendri.. xde a buta IT sgt ak ni kan... hahahaha...