Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Muvies Nite.

Dah bosan melayan muvie-muvie 18sx jam lapan, aku pikir-pikir baik aku pergi layan muvie kat wayang. Lama jugak aku tak tengok wayang nih. Aku ajak la adik aku sorang ni sekali, since dah takde sape nak teman aku tengok wayang. Sedih kan? Takde lah sedih mana. OK apa bawak adik tengok wayang. Awek boleh lak kau ajak. Adik sendiri kau sisihkan. Ciss. Hahaha.


Dah lama dah dia ajak aku tengok cerita Gantz. Aku lak teringin nak tengok cerita Thor. So usha punya usha, kat Big Cinema Brem Mall, Kepong ada tayang dua-dua cerita ni. Thor jam 2115, Gantz jam 2345. Layan. Haha. Koyak RM 54.00. TT___TT




Thor aku tengok versi 3D. First time ni aku tengok versi 3D. Best jugak rupanya 3D ni. Nampak cam gambar tu depan mata kita je. Lagi-lagi bila si Thor tu baling Mjolnir dia, macam nak kena kat aku je. Sempat gak lah aku mengelak. Harap-harap kena kat orang belakang aku yang asik dok tendang-tendang seat aku. Haishh. Macam dia lak yang berperang.




Jalan cerita dia boleh tahan lah. Part aku suka bila si Thor ni turun ke Bumi. Kelakar. Graphic pun OK. Biasa lah CGI dari Hollywood. Tapi ending kureng sikit sebab lawan adik sendiri, Loki. Aku ingat ada la lawan orang jahat yang best-best. Haha. Tapi overall aku bagi 4 dari 5 bintang lah. Yeahhh. Korang pergi la tengok cerita ni jugak. Tak rugi lor.




Habis cerita Thor, lepak kejap hisap rokok sebatang dua, sambung cerita Gantz pulak. Cerita ni aku tak pernah tahu pun kewujudannya kat wayang. Adik aku lah beria sangat ajak, aku layankan lah. Lagipun katanya harini lastday ditayangkan. Kang kempunan lak dia, aku gak yang susah hati. Iyeke? Haha.



Apa perasaan korang tengok wayang berdua je dengan adik korang? No, I mean cuma korang berdua jer dalam wayang tu? Seperti dunia, ana yang empunya. Memang heaven gila. Aku baring-baring je kat couple seat belakang. Siap boleh sembang kuat-kuat dengan mak aku bila mak aku call tanya kat mana. Hahaha.


Gantz ni cerita dari Jepun. Adaptasi dari komik gak kalau tak silap. Jalan cerita dia agak pening gak lah. Tapi lepas merangkak pelan-pelan nak pahamkan cerita ni, layan jugak lah muvie ni. Cerita dia ala-ala cerita The Matrix, tapi lebih kepada game yang mana diorang kene survive dalam setiap mission yang diberi. Cerita ni aku tak tau nak bagi bintang apa kat dia. Habis cerita ni baru adik aku cakap, dia beria ajak tengok cerita ni sebab nak tengok Kazunari Ninomiya (watak utama, Kei Kurono) je. Tak ke hati panas je dengar. Adeyh. TT___TT


Keluar rumah jam 2100hrs, balik jam 0215. Tak sedar ke esok nak kerja? Mata rabak dah ni. Nyte~



ps : Lepas ni plan nak tengok cerita Fast n Furious Five lak. Sapa nak teman aku, angkat tangan.




~Daaa~

Pengaduan Kepada Tuhan

Ini ialah kesinambungan dari entry sebelum ni. Teringat nasyid ni waktu kecil dulu.





Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

Khalifah

Berita jam lapan kian membosankan. tak habis-habis bercerita tetang politik. Politik di Malaysia kian membosankan. Tak habis-habis bercakaran satu sama lain. Langsung tidak memikirkan hal rakyat. Serius langsung tidak memikirkan hal rakyat. Hakikatnya semua hanya untuk kepentingan masing-masing.


Aku langsung tak ambil kisah tentang politik. Tak kira kerajaan atau pembangkang, aku tak ambil tahu. Tak kisahlah jika dikatakan tidak bertanggungjawab ke (sebab mengundi itu tanggungjawab kita, kan), atau dikatakan sebagai kolot ke, bukankah pemimpin yang wajib ditaati itu adalah pemimpin yang adil?


Gunung kalau diberi jawatan sebagai khalifah dimuka bumi ni, hancur luluh lah gunung tu. Langit pun kalau diberikan jawatan yang sama, runtuh langit tu nak laksanakan. Can see betapa beratnya tanggungjawab sebagai khalifah tu? Sebagai pemimpin tu? Berat sangat. Kenapa kita pula berani-berani nak kejarkan jawatan tu? Segagah gunungkah kita? Setinggi langit kah kita? Mampukah kita?


Of course lah kita mampu. Sebab kita kan dikurniakan akal. Selagi akal digunakan, selagi itu kita dapat menggalas tanggungjawab tu dengan penuh amanah dan adil. Tapi jika nafsu pula yang mengatasi akal, bagaimana kita nak berhadapan dengan Maha Pencipta kita nanti? Bagaimana kita nak berhadapan dengan orang-orang yang kita aniaya?




Yang paling dekat itu MATI
yang paling jauh itu MASA SILAM
yang paling besar itu NAFSU
yang paling berat itu AMANAH
yang paling ringan itu MENINGGALKAN SOLAT
yang paling tajam itu LIDAH






~daaa~

Naik pangkat

Esok aku dinaikkan pangkat menjadi boss.


Aku boleh ngular lama-lama kat kedai mamak.


Boleh tidur kat atas loteng.


Boleh smoke kat dalam stor.


Boleh main game kat opis.


Segalanya mungkin bagi aku.


Alangkah bahagianya.


Tak sabar menanti hari esok.






ps: Boss hadir ke Manager Meeting di Thailand pada 27 April 2011 hingga 30 April 2011.




~daaa~

Mirror Mirror on the Wall



"Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?"



Semua orang pun tahu dialog ni sering diucapkan oleh The Queen dari animasi Snow White. Tapi berapa ramai yang tahu cermin jenis apakah yang digantung di dinding itu? Apakah cermin sakti (sebagaimana yang kita sedia maklum)? Atau pun hanya cermin biasa? Atau itu sebenarnya cermin dua hala?


Cukup, cukup. Jangan peningkan kepala anda memikirkan perihal cermin The Queen itu. Sebab apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang cermin dua hala. Cermin yang biasa korang tengok lam bilik soal siasat polis tu. Penah pulak korang masuk bilik soal siasat tu. Haha. Tapi aku tahu korang faham maksud cermin dua hala ni kan?


Pernah tak korang terpikir kalau-kalau korang masuk ke toilet, cermin yang tergantung di dinding tu sebenarnya adalah cermin dua hala? Yang mana mungkin terdapat kamera litar tertutup dibalik cermin tersebut? Yang merakam segala aksi-aksi komedi korang memicit jerawat di hadapan cermin tersebut?


Persoalannya,
RELAKAH ANDA DIRAKAM??


Kalau tak rela, sebelum korang picit jerawat depan cermin tu, pastikan dulu bahawa cermin tersebut BUKAN cermin dua hala dengan melakukan fingernail test. Nama pun fingernail test, so takdelah susah mana nak buat. Tak perlu korang mengada-ngada tanggalkan kasut nak cuba pakai kuku ibu jari kaki korang. Keputusannya tetap sama.


Benda ni dah lama ada dah. Aku post kan balik untuk mereka yang masih tak tahu. Dan untuk mengingatkan mereka yang sudah tahu. Baik kan aku suka ingat ingatkan korang. Korang ada ingat kat aku?? Touching. Hahhaa


Firstly, korang cuba sentuhkan kuku korang kat cermin tersebut. Kalau imej kat cermin tu bersentuhan ngan kuku korang, jaga-jaga sebab itu ialah cermin dua hala. Elakkan dari melakukan aksi-aksi melampau dihadapan cermin tersebut kerana dikhuatiri aksi-aksi itu akan dirakam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cermin dua hala. (tiada ruang)


Sebaliknya kalau cermin biasa, akan ada sedikit ruang diantara imej di cermin tersebut dengan kuku korang. Maka korang bolehlah melakukan aktiviti memicit jerawat anda dengan hati yang senang.
Cermin biasa. (ada ruang)


Senang je kan nak bezakan antara dua cermin ini. Jadi lakukan. Tak rugi apa-apa pun. Mungkin anda anggap, takkan lah kat Hotel/ Mall high star camni pun ada cermin camtu. Tapi kemungkinan tu ada. So sentiasalah berawas.


Bagaimanapun fingernail test ini hanya berkesan untuk mengenalpasti antara cermin biasa dan cermin dua hala sahaja. Ujian untuk mengenalpasti cermin sakti seperti yang digunakan oleh The Queen dalam animasi Snow White masih tidak dapat dipastikan.











korang rase-rase ade tak CCTV dalam natang alah ni??




~daaa~

Pelamin anganku tak berapa nak jadi.

Hari ahad adalah hari tidur sedunia bagi aku. Sememangnya jika tiada aktiviti di hari ahad, aku akan menggunakan sepenuh waktunya hanya untuk tidur. Sampaikan mata ni dah tak larat nak tertutup lagi, aku tidur dengan mata terbuka. Hebat tak?



Takda lah aku tidur tak bangun langsung. Napok beno nipunyer. Aktiviti hari ni tidur, makan, online. So korang nak aku ceritakan bahagian mana? Bahagian tidur? Ke makan? . Takde-takde. Meh sini aku ceritakan pasal pasang pelamin. OK tak?



Sabtu malam jumaat yang lepas ada job pasang pelamin kat Puchong. Pelamin kalini pelamin paling lama aku pernah buat. Start pasang jam 2230hrs, siap jam 0400hrs. Enam jam tersebut gara-gara miscommunication antara aku, mak andam dan pihak pengantin.



Tak tahulah camne deal antara pengantin ngan mak andam tu. Tapi yang aku diberitahu oleh mak andam, pengantin nak pelamin dengan tirai biasa (macam langsir umah tu). Dah siap pasang semua, pengantin cakap dia nak yang silang pulak. Dah satu hal aku kene bukak balik semua.



Datang satu lagi masalah. Kain yang aku bawak tu untuk jenis tirai punya. Jenuh jugaklah aku pikir camne nak wat style silang tu memandangkan kain untuk wat silang-silang tu tak cukop. Demi memenuhi kehendak pengantin, aku cuba jugak lah buat silang-silang tu dengan kain yang ada.



Sejujurnya hasil dia memang aku tak puas hati la. Pengantin kata lawa, tapi aku rasa dia nak pujuk hati dia je kot. Aku sendiri tengok pun tak puas hati. Rasa cam nak cakap kita bako jer!! (kenapa ayat-ayat aku dipengaruhi dek dialog usop wilcha?).



Mintak maaf banyak-banyak cik pengantin . Aku dah cuba yang terbaik ntuk penuhi permintaan anda. Semuanya gara-gara miscommunication tersebut. Akan aku perbaiki di masa akan datang.



Enjoy da pics~



Buat background belakang.


Buat layer pertama dan kedua.



Buat wiring untuk lightening.



Final touch up untuk background.


Susun bunga, tiang bunga, stage dan lampu spotlight.


Siap~


Lightening test OK.



Pikir bila nak naik pelamin sendiri.




Apa pendapat korang tentang pelamin ni? Klik sini untuk gambar pelamin lain.




*YM emoticons aku pinjam dari sini.
*Image hover lak aku belajar dari sini.




~daaaa~


S.M.S

Jam 0136 telefonku berbunyi. Ada sms diterima.


No Name : Salam..

Aku : Salam..

No Name : Hehe..Sori la ggu..sy nk kenal dgn awk blh?

Aku : Boleh.. Sape ni.?

No Name : Sy mohd akmal..pggl amal je..awk?

Aku : Saya mohd zawani.. Panggil wak je.. Haha

No Name : Awk laki ke pmpuan?

Aku : Saya lelaki la.. Xkan tu nama ppuan lak.. Haha

(terus terhenti sampai situ)


Susah payah nak dengar enset ni berbunyi, terus stop mesej sampai situ. Lepas tu dia call. Aku jawab hello, terus dia letak. Kata tadi nak kenal, tak ikhlas betul.


Hahaha.


Harini blog sifu aku di hack oleh pihak tak bertanggungjawab. Sekarang dah di suspend. Mungkin pihak hosting sedang cuba untuk membaiki semula blog tersebut. Harap dapat dipulihkan dengan segera. Pulih seperti sediakala.

Blog dia di hack, sket sebanyak aku dapat rasakan gak. Sebab sifu aku ni la inspirasi aku untuk buat blog nih. Blog ni seperti ruang kita. Bila di hack, umpama ruang kita diganggu juga lah.

Kenapa perlu ada hack-mengehack ni? Tak boleh ke kita hidup rukun aman dan damai? Tanpa perlu kita menggangu keselasaan hidup orang lain? Tanpa perlu saling mendengki antara satu sama lain?

Apakah perasaan mengehack keperibadian orang lain? Tidak terfikirkah tentang perasaan orang yang di hack? Siapa yang suka di hack? Mengapa aku begitu beremosi dengan hackers ini?

Apakah kaitan penghantar SMS diatas dengan para hackers? Kedua-duanya telah mencetuskan idea aku untuk membuat entry ini. Jadi ada lah hapdet terbaru untuk blog aku ni, kan. Makanya tidaklah berdebu blog aku ni akibat terlalu lama ditinggalkan. (baru petang tadi kot ko hapdet??).




~Daaa~

Migrain?

Salam semua. Harini aku MC. Dua hari ni cam tak berapa nak sedap badan nih. Malam tadi pergi pasang pelamin kat Puchong. Balik agak lewat dalam jam 0430 camtu. Bangun pagi tadi terus disinggahi migrain yang datang tak berjemput.

Musim panas nih, mata ikan (ulser mulut) pun turut rajin datang menyinggah. Ada dua ni kat mulut. Nak cakap pun susah. Apatah lagi nak makan. Kene banyak-banyakkan minum air masak. Satu cabaran untuk aku yang tak berapa minat dengan air masak ni.


Cadangnya nak update pasal pelamin, tapi aku hold dulu a. Tak larat plus gambar-gambar kat camera kak long. Nanti dah dapat aku update, OK.


Moga jumpa lagi. Meh la melawat orang sakit. XD







~Daaa~

Sebenarnya...

Hari ni cuma nak kongsikan hasil perblog-walkingan aku.


kita sebenarnya…
lebih gembira menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARRAM…

kita sebenarnya…
lebih tahu apa itu 14 februari daripada 12 RABIULAWAL…

kita sebenarnya…
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar AZAN…

kita sebenarnya…
lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada SEMBAHYANG…

kita sebenarnya…
lebih tahu nama artis daripada nama ALLAH S.W.T….

kita sebenarnya…
lebih suka menyanyi daripada BERWIRID atau BERTASBIH…

kita sebenarnya…
lebih suka membaca majalah daripada BUKU AGAMA dan AL-QURAN…

kita sebenarnya…
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada BERSYUKUR dengan keimanan kita…

kita sebenarnya…
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada MENDOAKAN dan MENASIHATI mereka…

kit sebenarnya…
lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA…tapi LAYAKKAH kita dengan SYURGA milik Allh S.W.T???

renung-renungkan dan selamat beramal…

Sekian,Assalamualaikum…


sumber : diariatie.com


Dalam kelekaan kita hidup di dunia ni, kadang-kadang kita terlupa siapa sebenarnya kita, dan untuk apa kita diciptakan di dunia ini. Kita kan manusia. Memang sering terlupa. Kerana itu kita wajib saling ingat-mengingati antara satu sama lain.



Cuma yang peliknya, ada sesetengah orang cepat naik darah bila diberi peringatan. Kenapa harus dituruti segala kata nafsu? Kenapa tidak digunakan akal yang diberi?



Aku sharekan ni sebagai peringatan untuk aku, dan juga kamu. Juga untuk mereka-mereka yang lain. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih berakal.



*aku da mintak izin pada yang empunya entry untuk share, tapi di dushhh nya aku sebab mintak izin.. lebam bijik mata aku. So untuk sesapa yang nak share kan peringatan ni, tak perlu mintak izin. aku dushh nanti. Sila-sila lah share ye.



Ilmu itu datangnya dari Allah, menyebarkannya adalah tanggungjawab kita.



~Daaa~

Tertembak.

Pagi tadi hantar barang ke Damansara naik Proton Arena 1.5L. Masuk je DUKE, terus aku rembat kereta ni serembat-rembatnya. Kereta company, kan. Kalau bukan aku yang rembat siapa lagi nak rembat. Nak harapkan boss? Memang tak la. Hahaha

Proton Arena 1.5L


Lepas tol SPRINT aku sambung rembat lagi.


100kmj....


120kmj..........


150kmj..................

Korang jangan tak tahu, Proton Arena ni boleh cecah 180kmj taw.


Keluar je terowong SPRINT tu sayup-sayup aku terlihat kelibat manusia berpakaian serba putih duduk kat tepi tembok jalan sambil mengacukan 'senjata'nya kearah aku. DAMMMM. Aku ditembak.


"Mati la aku". Aku perlahankan kelajuan, seat belt aku tarik perlahan-lahan. Duit dalam wallet aku selitkan bawah seat. Just in case. Hahaha


Tu dia roadblock tak sampai dua kilometer dari tempat aku ditembak. Dari jauh lagi aku dah dengar bunyi wisel ditiup, bendera merah dikibar mengarahkan aku berhenti ketepi. Lalu bermulalah sesi soal jawab aku dengan abang polis ni.


Abang Polis : Minta IC dan lesen.

Aku : (hulurkan IC dan lesen).

Abang Polis : Tahu apa kesalahan kamu?

Aku : Mintak maaf bang. Saya nak cepat tadi. (sambil tersengeh cam kerang bakar.)

Abang Polis : Berapa kamu bawak tadi?

Aku : 120kmj je bang. (masih tersengeh)

Abang Polis : Kamu tahu tak jalan ni had laju 80kmj je?
(dah tu kenapa taruk nama highway ni SPRINT kalau bukan untuk sprint?)

Aku : Maaf lah bang. Saya baru first time lalu jalan ni. Tak perasan lak had laju dia berapa.

Abang Polis : Ni kalau saya saman kamu ni maw RM 300 gak ni.
Aku : Jangan camtu bang. Saya despatch je bang. Baru je start keje ni tak sampai 3bulan lagi.

Abang Polis : Kau tak yah tipu aku la. Dah dah. Lepas ni kalau aku jumpa lagi, aku saman je terus.

Aku : OK bang. Terima kasih banyak-banyak bang. (makin lebar sengeh).


Tak tahu lah aku ni kalau roadblock ke, kene tahan ke, mesti lepas jer. Mungkin ka aku ni terlalu comel untuk disaman? hahaha. Maybe luck kot. Atau diorang pun taw kewangan aku nih tak mampu gak nak bayar saman-saman nih. Terima kasih abang-abang semua kerana memahami. XD


Pandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Ingat mati. Patuhi had laju, patuhi undang-undang jalan raya. Anda mampu mengubahnya.


*Sedang risau akan seseorang. Sewajibnya beliau mengetahui yang beliau sedang dirisaukan.




~Daaa~

Kartun

Tengahari tadi lepak makan kat mamak. Habis makan, hisap rokok, baca paper. Tiba-tiba aku terbaca satu kartun yang agak menarik perhatian aku. Aku rasa cam susah nak carik kartun ni lam internet, so aku pun snap la gambar dia dengan camera henset aku yang tak berapa nak best nih.


Snap dari C3-01. 5.0mega pixel tapi takde auto focus. cisss


Kalau sesapa ada baca Utusan Malaysia hari ni, (18 April 2011), mesti ada kartun ni kan? Kartun ni takde lah menarik mana. Tapi sedikit sebanyak berjaya menimbulkan beberapa soalan jugak la di benak fikiran aku nih. Maklum la, aku ni kan selalu berfikir. Turun dari mak aku gamaknya. Hahaha


Apakah maksud disebalik dialog tersebut? Perlukah kartun ini dipublish? Apakah ini sebenarnya yang berlaku didalam masyarakat kita? Caci maki, kutuk-mengutuk, saling membenci? Apakah yang sebenarnya ingin disampaikan pada anak-anak kita (of coz la anak-anak kita paling suka baca kartun). Dimanakah kita boleh mendapatkan buku Teknik melukis kartun dan komik? Errr.. Dan macam-macam persoalan lagi lah.


Soalan-soalan tu tadi dok mengganggu aku sepanjang aku bekerja hari ni. Sekaligus mengganggu gugat layanan blues di hari isnin aku. Sebelum soalan-soalan ni mengganggu tidur aku sat lagi, ada baiknya aku tinggalkan soalan-soalan tersebut kat blog nih. Biar dia bersemadi terus jer kat sini. Korang jangan ngada-ngada nak pikirkan persoalan-persoalan ni lak. Kah kah kah.


Ok dah. Tak boleh tulis panjang-panjang. Kang nanti aku pulak yang dimaki hamun, di caci cerca dan seterusnya di benci pulak kang. Challo bethe.




~daaa~


De-stress Test

Selamat hari minggu. Petang ni tak banyak yang nak diceritakan. Cuma tengah aku check email tadi, aku dapat satu email tentang De-stress Test. So aku rasa tak salah kalau kita kongsikan bersama. Supaya kita lebih mengenali diri kita, kan. Selamat mencuba~




There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals. King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by. They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?

Your answer will reflect your personality.

Think carefully . . . Try and answer within 15 seconds..



Got your answer?

Now scroll down to see the analysis.



















































If your answer is:

Orangutan = you're dull & normal

Ape = you're a moron

Monkey = worse, you're an idiot

King Kong = you're hopelessly stupid

.......


Why?! ????















.......




A Coconut tree doesn't have bananas!

Obviously you're stressed and overworked.
Take some time off and relax!




Aku dah terkena. So aku harap bukan aku sorang jer la yang terkena. Enjoy~



~Daaa~


Penjaga stor yang cemerlang.

Eh, eh? Ada new post lagi? Wah wah wah. Galak betul kau berblog ekh. Tiap hari nak post entry baru. Hahaha. Tapi pedulik apa aku. Ni kan blog aku. Suka hati aku lah kan nak post tiap hari ke, nak post tiap jam ke. Tengah ada mood nak menconteng ni. Hahahaha *gelak angkuh*


OK ok. Kita stop gelak-gelak dulu. Nak emo pulak. Korang pernah dengar perkataan Stor tak? Tipu la kalau tak pernah kan. Bukan pasaraya The Store yang aku maksudkan. Bukan. Apa yang aku nak ceritakan kalini, adalah kerja berkaitan stor yang paling meletihkan, memualkan, menyebalkan, dan segala 'me' 'me' yang tak best sepanjang aku bekerja nih.


1) Mengemas Stor
Mengemas stor bukanlah sesuatu yang best. Lainlah kalau stor tu tempat untuk aku beristirehat, bergolek-golek, tempat aku tidur, seronok jugak a aku nak kemas. Ini tempat untuk menyimpan stok. Dan stok itu pula datangnya dari saiz sekecil-kecil Washer, hingga ke sebagak-bagak Window Shield. Dari seringan-ringan Wheel Nut, hingga ke seberat-berat Clutch Kit.

Kemas stor ni biasanya dilakukan setiap sabtu, atau pada masa-masa terluang. Stor perlu sentiasa dalam keadaan kemas agar stok mudah dicari bila diperlukan. Stor biasanya bersepah bila mana ada tangan-tangan yang gatal main taruk jer stok yang baru masuk tanpa menyusunnya di tempat yang betul. Dan yang menjadi mangsanya, pastilah AKU!!! Sebab aku person in charge stor nih. Grrrr.

Tak nak cerita macam mana aku kemas stor. Aku bagi gambar sahaja untuk korang tatap. Sila-sila...


Bahagian stor yang sangat messy,


dengan Drag Link yang dok terjulur-julur keluar,

Dengan Brake Shoe yang tak tersusun, Air Bellow yang lintang pukang,

kena pulak stok Filter baru sampai.


Sedih tak tengok stor ni? Lagi sedih si incas nya yang kene kemas stor nih tiap-tiap minggu taw. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan aku,


Ruang belakang dah dikemaskinikan,

Brake Shoe
dan Air Bellow disusun semula mengikut part number,

Filter
pun disusun di tempat sepatutnya di atas rak,

Brake Lining
dan Brake Drum semua berada di tempat masing-masing.


-Ini adalah stor menyimpan alat-alat ganti treler. Jika anda menganggap barang-barang tersebut adalah ringan, maka tanggapan anda adalah salah.
X(



2) Mengira Stok.
Kira stok pula dilakukan bila mana ada masa terluang, biasanya pada setiap sabtu. Kira stok paling melecehkan bila mana kena asingkan setiap satu mengikut part number masing-masing. Kene pulak yang takde part number, yang takde kat tempat dia, yang tak cukup kuantiti, tu sumer boleh mengundang perasaan marah yang meluap-luap.

Contohnya cam bolt nih,

pastu asingkan ikut part number,


yang takde part number pun asingkan ketepi,
Berapa banyak rak kene buat?

Berapa banyak rak dalam stor???!!!



Pendek kata, dua-dua kerja ni la kerja yang paling malas sekali aku nak buat. Dan disebabkan itu jugak lah aku rasa malas sangat nak wat entry pasal benda nih. (abes yang ko buat jugak apasal??).


Cukup. Habis sudah masa untuk ber emo-emo nih. Malam jumaat ni kan sepatutnya malam untuk kita berkasing sayang. Kah kah kah.




OK, daa~


*banyak kan gambar dalam entry kalini? Hahaha. Karang tak upload gambar kang korang tak caye lak. Ni last gambar aku nak upload nih. Bagi mengukuhkan lagi cerita-cerita aku ni.






















Penjaga stor yang cemerlang dan hensem~




~tamat~


Travian - Part 3 (Bida)

Sikit je aku nak cerita hari ni. Pasal sangat letih dan perlu tidur awal. Aku nak cerita pasal Travian lagi malam ni. Topik malam ni tentang Lelong & Bida. Sebelum ni aku pernah cakap item untuk Wira kita boleh dilelong dan boleh dibida, kan?






So tadi aku cuba la lawan bida sebilah Pedang Pendek Askar Legion. Aku start bid time harga dia dah capai 2500 perak. Selepas berhempas pulas hampir setengah jam dengan 26 pembida, akhirnya kemenangan berpihak kepada aku.





Pedang tersebut menjadi milik aku pada harga 3002 perak. Boleh kira mahal jugak la, tapi berbaloi memilikinya. Bertambah la lagi satu item untuk Wira aku ni.



'+500 kekuatan berperang bagi wira'



Berbaloi tak? OK la tu untuk tahap sekarang ni. Dan Wira aku pun dah semakin segak sekarang. Baru la orang cuak sikit nak serang nanti. Hahaha





Hensem tak? OK la sikit dari yang sebelum ni, kan? Haha..


Tu jer aku nak cerita.




*cikgu, bila nak update blog kamu lak???* :P



~Daaa~