Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Mari membaca

Salam semua.


Wah. Sudah bersawang blog ni sekarang. Lama tak ziarah. Eh eh. Ziarah selalu. Cuma lama tak menconteng yang sebetulnya. OK2. Hari ni aku nak menconteng dengan panjang lebar. Jadi sebelum kau orang baca lebih lanjut, bolehlah kau orang pergi bancuh kopi secawan dua, belilah cikedis-cikedis sikit, tak pun pergi beli pop corn. Sambil-sambil baca sambil makan pop corn, ala-ala muvie gitu. Chewah.


OK. Topik kita kali ni berkenaan hobi kau orang di masa lapang. Cakaplah hobi kau orang mengumpul setem. Aku tepuk dahi kau orang laju-laju nanti. Aku rasa tak ramai ada hobi yang spesifik, kan? Banyak benda yang boleh dibuat pada masa lapang ni. Lagipun aku rasa masa sekarang ni dah semakin sempit. Hampir tak ada masa-masa yang lapang lagi. Jadi di masa yang terluang ni, aku nak kongsikan salah satu hobi yang aku suka lakukan bila ada masa lapang. OK. Intro yang jauh melalut.



Salah satu aktiviti yang aku gemar lakukan di masa lapang ialah.... MEMBACA! Ya. Aku sangat gemar membaca bila ada masa terluang. Tak kisahlah baca buku ke, novel ke, majalah ke, komik ke, blog ke, komen-komen kat facebook pun, ataupun iklan. Kalau kau orang bagi signboard kat aku pun aku baca dengan teliti. Taknak sesat jalan lah katakan.


Tapi, ada tapinya. Benda yang aku nak baca tu mestilah dalam bahasa melayu dan bertulisan rumi. Kalau dalam bahasa English tu memang aku kurang berminatlah nak baca. Bahasa lain apatah lagi. Tulisan pun sama. Kalau tulisan jawi tu memang kureng sesangat. Bukan makna aku tak pandai baca jawi. Bukan. Bukan juga bermakna aku belum masuk jawi. Sungguh bukan. Cuma seperti yang aku cakap tadi, kurang berminat. Faham kan? Nak aku terangkan lagi?


Aku paling suka baca bab-bab berkaitan Islam. Lebih-lebih lagi berkaitan sejarah Islam dan tokoh-tokoh Islam. Memang favorite. Kalau dapat buku ni memang aku tatap sampai juling. Setakat ni aku ada 3 koleksi berkenaan tokoh-tokoh Islam. Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan Salahuddin al-Ayubi. Sikit je kan. InsyaAllah ada rezeki lebih, aku tambah lagi koleksi aku nanti. Kalau baca online, aku suka search cerita-cerita tentang gerakan Freemason, Dajjal, Imam Mahdi, Panji Hitam Dari Timur dan Perang Dunia Ketiga. Boleh buat kau sedikit pening, tapi dalam masa yang sama buat kau berfikir sejenak.




Lain-lain aku suka baca ialah komik. Buat masa sekarang, aku tengah melayan komik Samurai X - Kenshin Himura. Komik ni dah habis aku baca waktu zaman sekolah dulu. Tiba-tiba teringin nak baca balik. Sekarang baru sampai volume 2. Layan hoi komik ni. Kau orang pun boleh join baca kat sini. Banyak juga koleksi komik yang ada kat situ. Komik lain yang pernah aku layan sampai habis mestilah Dragon Ball Z. Tak pernah miss tu. Haha.




Isu-isu semasa? Hurm. Aku sekarang sangat-sangat jarang ambil tahu tentang isu semasa. Hampir semua isu semasa kat negara ni aku tak tahu. Isu luar negara apatah lagi. Agak out dated kan? Haha. Entah lah sebab bagi aku isu semasa kebelakangan ni macam sudah diputar-belitkan oleh pihak-pihak tertentu. Atas kepentingan tertentu. Membuat aku rasa ditipu, sekaligus membuat aku rasa jemu. Bagaimanapun itu hanya pendapat aku.


Sebelum aku akhiri coretan aku kali ini, aku nak bagitahu kenapa aku buat entry ni. Sebab baru-baru ni aku ternampak satu buku ni yang cukup menarik minat aku nak beli. Tapi tengok budget tak cukup lah pulak. Terpaksa lah aku hold dulu niat aku tu. Takpa-takpa. Hujung bulan ni aku mesti beli. Harus! Buku yang aku maksudkan tu ialah Khalifah-khalifah Yang Benar tulisan Abdul Latip Talib. Buku ni dah release hujung tahun lepas rupanya. Baru sekarang aku perasan. Lepas tu ada promosi kombo lak. Dua buah buku (Khalifah-khalifah Yang Benar dan Imam-imam Yang Benar) berharga RM 100.00. Sila usha di sini. Berbaloi-baloi tu. Wajib beli ni!




OK. Tu salah satu dari hobi yang aku suka lakukan bila ada masa lapang. Kau orang pulak camana? Marilah kongsi. Mana tahu kita punya minat yang serupa. Tetttt.





*Cikgu. I nak request entry tentang hobi U lak, boleh?? :P




~Daaaa~




Menteri mana pilihan anda?

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER Guru Tahfiz Masjid al-Nabawi, tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja. Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing". Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu? Disebabkan arahan khilafah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak, beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh menteri A. Maka dia panjat dan sampai separuh pokok , terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup’. Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri. Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie, Lagi pun raja masa ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja. Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka. Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buat yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buat yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita, bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya, Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C. Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang semua kena melalui. Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita. Atau kita ini hanya menteri C sahaja. Mari kita renung dan ambil Pengajaran dari cerita ini.


Disesuaikan sebahagian Kuliah Maghrib SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER (Guru Tahfiz Masjid al-Nabaw) pada 10 Rejab 1432H (11 Jun 2011) di Masjid Al-Hasanah.





*Dipetik terus dari layarminda.blogspot.com





~Daaaa~




Rambut

Hari ni ada orang tegur rambut aku. Aku tengok cermin, tengok rambut aku. Dah panjang dah. Nak kata affro, tak affro. Mohawk? Tak jugak. Style rockers? Jauh sekali. Ikal mayang?? Hak tuih!




Bukan aku taknak potong rambut ni. No no no. Jangan pulak korang pkir yang aku takde duit nak potong rambut. Belum sampai ketahap itu, OK? Actually, aku ada pasang satu hajat. Dan aku berniat taknak potong rambut selagi tak tercapai hajat tu.




Apa hajat tu? Adalah. Mana leh bagitahu. Semua aku nak bagitahu naik lemak korang nanti. Kah kah kah. Yang pasti hajat ni bukan hajat yang korang qada'kan kat toilet tu ye. Bukan sama sekali.




Nanti-nanti dah tercapai aku bagitahu korang apa hajatnya, OK. Bila korang nampak tetiba je Wak Kerrang Jr ni jadi botak, maknanya dah tercapai lah hajatnya tu.




Wak Kerrang Jr botak?? Camana la ghupenya kan. Aku pernah botak sekali time sekolah menengah dulu. Jangan tanya camana perasaannya. Tahap kemaluan memang sangat besar la time tu. Errrr. I means sangat malu lah time tu. Macam alien. Haha. Kalau korang tak caya, doa-doa lah moga hajat aku cepat tercapai. Boleh korang tengok rupe alien nanti.




Harap-harap hajat cepat tercapai sebelum rambut ni mencecah lantai.






~Daaaa~

Realiti Masa Kini.

Sekarang ni, nak buat apa pun depan PC je.








Korang pun sama kan? Cuma bab yang last skali tu je tak ramai yang nak ngaku. Haha.







Cube korang tengok gambar yang last tu. Tangan kiri ada kat mana??? Hahaha







~Daaaa~




Green Lantern

Salam semua. Lama tak ziarah blog nih. Alhamdulillah masih sihat dan kool lagi blog ni. Kebelakangan ni lebih 40 laman web kerajaan diserang oleh seorang, atau sekumpulan hackers yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous'. Takot jugak kalau2 blog ni pun diserang jugak. Tapi kalau blog aku ni pon dorang serang, memang dah takde keje sangat le tu. Sampaikan blog picisan cani pon nak diserang. Hak Hak. OK cukop cerita tentang itu. Aku nak bercerita tentang yang lain.


Malam semalam, (tak terlambat lagi ntuk bercerita, kan?) aku tengok cerita Green Lantern di One Utama dengan ditemani seorang gadis (nama dirahsiakan). Untuk kali kedua aku tengok versi 3D (first time citer Thor), memang best. Citer yang diadaptasikan dari komik ni pon tak kurang hebatnya. Citer ringan senang difahami dak aksi-aksi pon menarik. Aku tak pernah baca pon komik ni tapi tengok citer ni agak layan gak la.


Dah namenya adaptasi dari komik, so jangan la ditanya mana logiknya citer nih. Citer tentang penjaga keamanan alam semesta. Power dia tu yang aku teruja sangat tu. Just bayangkan ape yang korang nak, pastu tunjukkan cincin kuasa, kaapoooww. Terus jadi. Best. Tapi lam citer ni tak banyak benda-benda menarik yang dicipta pakai kuasa tu. Maybe bab pengenalan kot. Ending citer ni sorang panglima Green Lantern ni pakai cincin kuasa jahat. Aku expect mesti ada part 2 citer ni.


Citer adaptasi dari komik skang ni makin best lak aku tengok. Tak sabar nak tengok citer Captain America lak. Harap-harap ada versi 3D. Citer-citer aksi and citer kartun syok layan 3D. Nur Kasih in 3D? Ermm.


OK,



~Daaaa~




Mari melukis.

Salam semua. Sebelum aku melalut lebih panjang, aku nak korang dengar dulu lagu ni. Layan dan hayati liriknya.




Dah dengar? Ade rase cam teringat zaman-zaman sekolah dulu tak? Tu pun kalo korang baya-baya aku la. Cukop jangan ngarut! OK. Lagu ni takde kaitan pun ngan scene aku skang. Aku just nak cerita tentang lagu ni. Lagu ni aku pernah dengar dulu lama dah. Aku cuma ingat rentak dia je. Lirik satu ape tak ingat. Penyanyi dia pun aku tak tahu sape. Tajuk apatah lagi.


Nak jadi cerita, petang tadi aku hantar barang kat RapidKL Depoh Old Klang Road. Brader tu pasang lagu ni. Sekali dengar aku dah cam lagu ni. Brader tu cakap ape sume aku tak tahu. Aku dok layan je lagu nih. Last-last aku tanya brader tu tajuk lagu ni. Tebal tak tebal muka ni belakang cerita. Yang penting aku jumpa gak antara lagu yang dah lama aku carik ni. Balik rumah, google and download. SETEL!


Sebelum balik rumah tadi aku singgah kedai. Beli pensel tekan, pensel 2b, pemadam, pembaris, pisau lipat dan kertas lukisan. Tetiba aku rasa cam nak melukis. Semangat tul sampai rumah mandi makan semua, terus bukak buku lukisan nih. Aku nak melukis. So aku pun start la melukis muka orang. Siap je lukisan tu baru aku ingat yang aku sebenarnya tak pandai melukis.





Tutup buku lukisan, kembali online. Main game online lagi beshhh. Hahaha




~Daaaa~




Down

Salam semua. Korang pernah tak rasa down? *Baby are U down, down, down, down, down*. Rasa down yang aaaaaaaaaaaaamat sangat. Sampaikan korang nak buat ape pun takda mood. Nak bergerak pun lemah. Fikiran celaru, keliru. Korang tak tahu ape yang korang tengah buat. Banyak berfikir tapi takde kesudahan. Pernah tak pernah tak?



Mesti pernah kan. Down ni boleh jadi disebabkan rasa marah, atau rasa sedih. Boleh jadi juga kerana tekanan samada di tempat kerja atau persekitaran. Ape yang korang suka buat bila korang rase down camtu? Meh aku nak citer kan benda yang aku selalu buat bila aku down yang aaaaaaaaaamat sangat gitu. Check it out~



Music

Aku ngan muzik ni dah umpama muzik ngan aku dah. Susah nak dipisahkan. Bila aku down aku suka dengar lagu-lagu yang keras. Yang bunyik drum pom pam pom pam gitu. Biasa aku dengar lagu 'System of a Down' la. *nak down jugak*. Layan hangguk sket.


Driving / Riding

Bila down kadang aku suka gak keluar amik angin. Rasa nak drive aku drive, rasa nak bawak motor aku bawak motor. Jalan-jalan. Tapi takda arah tujuan. Bawak pun slow and steady je. Layan feel la katakan. Hilang sikit la rasa down tu. Tapi sampai rumah down balik bila tengok meter minyak dah down. *Cilakak minyak mahal skang*!!


Sleeping

Tidur time down takde la lena sangat. Tapi leh buat aku tak rasa lebih down. Suasana kena sunyi, lampu sumer padam. Henset pun aku silent time ni. Sape yang kaco time aku tido dalam keadaan down, memang mintak gigit la tu. Grrr.


Smoking

Haaa. Yang ni dah kompem. Kalo time down tu toksah kira la bape batang rokok tu di bakar. Aku umpamakan camni. Dalam setiap rokok tu ada mood. Makin dalammmmm korang punya down, makin banyakkkkkk la rokok yang korang kena sedut. Untuk refill balik mood yang dah down tu. *Ngerti? Kalau ngak ngerti korang baca balik sampai paham!*



Tu antara perkara yang aku selalu buat bila aku rasa down sesangat-sangatnya. Walaupun tak dapat nak pulihkan balik mood macam biasa, tapi atleast takda lah rasa lebih down lagi.


Sesungguhnya rasa down itu memang tak best. Alang-alang meh aku kongsikan serba sikit cara nak atasi rasa down ni, ikut cara Islam.


  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis dengan sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • Cintai diri sendiri





Mood skang ok. Aku ni kan ceria je orangnya. Hope korang pun ceria-ceria selalu, ok?




~Daaaa~

Saman ke tak saman?

Salam semua. Lame ye tak menulis. Jari ni pon rase kekok je nak menari-nari atas keyboard nih. Kenapa ye aku rase cam dah malas je nak menulis ni? Mungkin sebab sekarang ni kebebasan untuk menulis dah kureng sket kot. Sekarang ni salah tulis sikit, kena saman. Salah tulis sikit kena tangkap. Kena bahan kat facebook. Apakah masyarakat kita sekarang sudah menjadi masyarakat yang sensitif? Pssst.. Korang ada tak facebook jiran-jiran korang dalam friendlist facebook korang? Nehhh.



Malam kelmarin aku pergi tengok citer KL Gangster kali kedua. Kali ni pergi ngan kawan-kawan kerja lak kat Brem Mall, Kepong. Layan dow citer tu. Tak jemu aku tengok. Rasa cam nak tengok kali ke tiga lak. Korang dah tengok belom? Baik korang pergi tengok cepat sebab ade huru-hara ura-ura yang mengatakan filem tu akan ditarik-balik tayangannya. Sebab dikatakan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Macam aku cakap tadi, masyarakat kita kan dah jadi makin sensitif. Mungkin pihak Pasar Borong Selangor terasa hati, bilamana ada babak yang menunjukkan sayur-sayur dicincang dan dilempar sesuka hati. Siap nak saman-menyaman lagi. (sumber)



No no no. Bagi aku tak perlulah nak saman-saman ni. Tak perlulah terasa hati sangat. Kalau ye pun tersentuh sensitiviti, bincang elok-elok antara dua pihak, tak perlulah digembar-gemburkan ke media. Kan ke menambah lagi keburukan suasana. Nak di ikutkan, sensitiviti Islam lagi teruk disentuh dilayar perak nih, takde lak kita bersemangat waja pergi jatuhkan dorang.



KL Gangster baru je nak angkat filem melayu ni setapak ke depan, dah nak kene saman. Anak muda yang merempit, hisap dadah, minum arak, maksiat, tu sumer korang tak keluar cegah. Anak muda yang cuba nak maju kedepan ni lak yang korang sibuk nak tumbangkan. Ape ke he nye ni yob?



Ntah la. Masing-masing punya cara. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Lagi-lagi kalau yang rambut hitam tapi dah jadi kaler kuning, merah, hijau, biru, pepel. Ntah cane pulak hati dorang kan? Bukan senang nak senangkan hati orang lain. Bukan senang nak bersatu hati. Bukan senang gak nak carik kekasih hati. Kekasih hati? Ahhh. Jangan sebut pasal kekasih hati. Sensitip!



Apa-apa pun, ni blog aku, pandangan aku. Kalau korang ada pandangan lain, korang tulis la kat blog korang sendiri. Salah dan silap aku berbicara malam ni, harap maaf. Sesiapa yang terasa hati tu, mintak ampun ujung rambut hingga ujung nyawa.




Alalalala tok
Alalalala tok tok jangan saman

Alalalala tok
Alalalala tok tok kita kawan






*tarik nafas*








Eh, mak masak apa kat dapur tu? Cam sedap je bau nya. Perut pun dah meronta. Jom makan!




~Daaaa~

KL Gangster

Hari ni dapat jugak aku tengok citer yang agak lama aku tunggu ni. Antara filem yang wajib aku tonton la ni. Tiket jam 9 setengah malam, kat GSC Mid Valley, Bangsar. Tengok berempat. Aku, Emran, My dan Linda.


OK. Aku tak nak citer pasal jalan citer filem ni. Sinopsis and trailer dia korang boleh baca kat sini. Yang aku nak ceritakan tentang watak. Watak Malek aku bagi 4 bintang. Dari segi gaya yang bersahaja, gaya bercakap. Bab bergaduh ok. Tak pernah tumbang walaupun lawan dia dua kali ganda saiznya. Tapi size doesn't matter maa. Badan dia pun apa kurangnya. Haha.


Aku suka watak Jai dan Ajib. Tak tahu la dalam mana-mana citer pon, aku paling suke watak orang kanan. Sebab orang kanan ni orang yang paling dipercayai. Kan best tu jadi orang yang paling dipercayai. Jai dan Ajib bawak dua watak yang berlainan. Seorang yang pentingkan semangat setia kawan dan seorang lagi yang pentingkan harta dan kemewahan.


Bagaimanapun watak Shark aku kurang gemar sket. Sebab watak ni tak cukup kuat untuk buat aku rasa marah, or benci kat dia. Bagi aku watak orang jahat yang berjaya bilamana watak tu mampu buat penonton rasa benci giler kalau tengok die. Sampai kita rasa biar kat hujung cerita dia mati kaw-kaw punya. Watak jahat camtu la yang bagi aku baru berjaya. Haha


Watak sampingan cam Padil mampu buat penonton ketawa. Kendurkan sket suasana tegang. Haha. Watak Ibu kurang sedih, dan watak adik perempuan Malek, aku tak ingat ape ke namenye, tak begitu nampak.


Dari segi watak aku bagi 3 bintang, skrip 4 bintang, fight 4 bintang dan keseluruhan jalan cerita, 4 bintang. *clap* . Tahniah untuk Skop Productions dan pengarah, Syamsul Yusof yang berjaya membuat filem aksi melayu yang setapak lagi kedepan. Juga barisan pelakon yang membintangi filem ini. Tahniah jugak kat para penonton yang masih lagi support filem-filem melayu. Cayalah!





Sempena hari tanpa tembakau,Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan pengeluar filem supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.

sekadar hiasan




~Daaaa~

Wishlish!!

Actually ia adalah WISHLIST. Biasalah lidah jawa aku nih, agak berbelit jugak nak nyebut perkataan-perkataan omputih ni. Aku terpikir nak buat entry pasal wishlist ni lepas aku baca kat blog seseorang tentang matlamat hidup yang diomputihkan sebagai GOLD. Ke GOAL? Dia cakap Gold. Tapi aku rasa cam Goal je. Hahaha. Tak kesah lah Gold ke Goal ke. Yang penting skang matlamat hidup musti maw ada, okeyh.


Namun, ini bukan entry tentang matlamat hidup. Entry ni lebih kepada wishlist. Aku nak benamkan wishlish aku dalam blog nih. Lepas 40 tahun aku bukak balik blog ni, nak tengok dapat ke tak ape yang aku wish kan nih. Jom review~



FZ150i
Motor ni aku dah citer kat entry sebelum nih. So tak mo citer panjang2 lagi pasal dia. Motor ni aku mesti nak dapatkan sebelum Ogos!! Haha



Blackberry
Yang ni masih dalam teka teki. Nak beli ke tak. Kalau aku beli pon nak buat ape? Bukan aku rajin update FB hari-hari pon. Bukan ada orang nak BBM aku pon. Tapi aku minat BB nih, so masukkan gak lam wishlist.



Open pod ram pipe & Performance Sparkplug Cable
Yang ni untuk my lovely BDV. Iswara yang banyak kenangannya. Aku nak modified sket-sket kete nih. Bukan nak laju-laju bawak p lumba. Asalkan selesa bawak, dan sedap mata memandang, cukoplah. Dah usha, cuma takda masa nak pegi amek. Kat Klang pulak.



MotoGP 2011 Sepang
Tahun lepas first time aku pegi. Teruja gile. Tahun ni nak pegi lagi. Wajib. Bulan Oktober ni. Sape nak teman aku angkat tangan cepat!! Kalau ada yang nak sponsored aku, aku tadah tangan cepat-cepat.




OK. Tu lah wishlish aku untuk tahun 2011 ni. Dah bulan Jun baru aku terhegeh-hegeh nak buat wishlist kan. Lantak dia la dia nak buat bila pun. Biar lambat, asal buat. Dari cepat tapi ape tak dapat.


Tengok list atas tu, kawen masih tak tersenarai. Haha. Tu nanti wishlist 2015 aku listkan ekh. Kalau takde calon gak time tu, aku rela sanding sorang! OK.




~Daaaa~

Entry Pendek | Bosan

Ini ialah entry yang pendek bagi meluahkan rasa bosan.



Malam ni cadangnya nak pergi tengok movie. X-men First Class. Tapi takda kaum lak nak ajak teman. Takpe-takpe. Sorang-sorang pun boleh tengok wayang ape. Usha usha tiket online. Sumer full. Citer lain pun takde. Nur Kasih??




Tak jadi keluar. Dok umah ngadap tenet je. Main game. Giler bosan. Last penamat bosan aku, edit gambar, tido.





setengah jam wat gambo nih.




Dah cukop. Bosan gile. Nak tido. Sok nak balik kampung. Sg Besar. Nyte~




~Daaaa~