Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Gayat!!

Salam semua.


Hari ni aku selamat menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk Penguasa Bomba Gred KB41. (rujuk). Selamat, tak semestinya lulus. Meh aku ceritakan perjalanan ujian nih.


Calon yang datang pagi tadi untuk Gred41 ni ada 11 orang lelaki dan berapa belas wanita ntah (lupe). Ujian ni terbahagi kepada 4 bahagian. Ukuran badan (tinggi, berat, ukuran dada), Fizikal dan Gaya Berjalan, Penglihatan dan Kecergasan (angkat berat, panjat tali, tegakkan tangga dan panjat tangga).


Untuk bahagian Ukuran Badan, Body Mass Index (BMI) yang diterima antara 19-26. Aku dapat 23. Dulu time belajar aku underweight kot. Habis je study dalam setahun naik 12 kg. Haha. Ukuran dada lak 82 bukak 87. Ngam-ngam lepas. Kena banyak eksesais lepas ni. 8 dari 11 calon lulus dalam bahagian ni.


Bahagian Fizikal dan Gaya Berjalan bagi aku tak banyak masalah. Walaupun pernah ada patah 2 jari tangan, tapi takda kesan ketara. Cuma dia perasan tangan aku ada ketar sket. Bukan ketar sebab takut. Aku pun perasan lama dah tangan aku ada ketar-ketar sikit. Kadang aku pikir, Parkinson ke ni. Haha. Oh ye. Aku baru tahu yang aku mempunyai tapak kaki yang flat. Dan aku baru tahu rupenya tapak kaki normal melengkung. Dia cakap tapak kaki flat ni tak boleh berdiri lama-lama. Ye ke? Ntah. Tapi aku lulus bahagian ni. 2 calon gagal bahagian ni.


Bahagian Penglihatan pun aku rasa takda masalah. Setakat ni Insya Allah mata aku baik lagi. Cuma silau yang agak kronik diwaktu malam. Agak berbahaya nak drive waktu malam, lagi-lagi kalau time hujan. Memang tawakal je la jawabnya. Tawakal kepada Allah, bukan dihantar ke Hospital Tawakal!!


Hanya 5 orang calon yang dapat meneruskan ke Bahagian Kecergasan. Bahagian ni ada 4 ujian, setiap satu ujian diberi 3 kali peluang. Ujian pertama, angkat berat 54kg melebihi paras bahu. Kali pertama aku angkat cuma paras dada je. Salah step. Kali kedua baru lepas. Seorang calon gagal ujian pertama.


Ujian kedua pula panjat tali setinggi 16 kaki. Yang ni aku buat sampai 3 kali percubaan. Kali pertama aku bergantung penuh kat tangan. Baru separuh tali dah tak larat. Kali kedua aku cuba cara lock tali pakai kaki. Tak berjaya gak sebab kasut licin dan kelam kabut sikit. Kali ketiga aku sinsing seluar paras lutut, aku lock kat keting. Berjaya! Tapi keting sendiri mau ingat laa. Calar habis. Sob sob sob. Seorang calon gagal ujian kedua.


Ujian ketiga tegakkan tangga. Ujian ni senang je. Tangga tu dibaringkan. Kita kena angkat hujung tangga tu, dan tolak ke atas satu persatu anak tangga tu, sambil berjalan ke arah pangkal tangga sampai tangga tu tegak 90 Darjah. Boleh tahan berat tangga tu tapi ketiga-tiga calon lepas ujian ni.


Ujian keempat panjat tangga setinggi 16.5 meter. Tinggi. Sangat tinggi. Tali keselamatan, glove dan helmet ada disediakan. Dia ada 3 buah tangga yang disambung dan kita kena panjat sampai ke atas. Sebelum panjat jurulatih dah pesan panjat tengok tangan sendiri, jangan tengok bawah. Aku pun mula laa panjat sampai nak masuk tangga kedua aku mula rasa tak sampai hati nak panjat lagi. Aku stop kejap, amek nafas dan jeling-jeling manja ke bawah. NAH! Amek kau. Terus kelabu mata aku, berpinar kejap laa. Aku sorang jer yang gagal ujian ni.


Jurulatih tu cakap sepanjang dia mengendalikan ujian pemeriksaan ni, aku orang pertama yang gagal ujian panjat tangga. Haha. Memang lah. Orang gayat tengok tangga tu 16meter diorang tak datang dah ujian tu. Aku je yang gedik nak datang. Kan da kecewa sendiri.


Sedih tu memang la sedih. Ujian last kot. Dan tak sepatutnya orang gagal ujian tu. Tapi bila pikir-pikir balik, atleast aku datang sana dapat gak pengalaman cara angkat berat yang betul dan cara untuk panjat tali. Aku juga dapat tahu yang aku bertapak kaki flat. Dan yang paling penting, aku baru tau yang aku dah kurang 3kg. Haha. So takde la sia-sia sangat aku pergi, kan?


Mungkin takde rezeki aku kat sana. Takpe-takpe. Cuba lagi. Yang penting jangan berhenti mencuba. Dan kepada calon yang berjaya, tahniah dan semoga berjaya temuduga nanti.






~Daaaa~






Ali Terra Rossa - Sepi Rindu



Kuntuman mekar bergugur sudah
Bukan tandanya tiada indah
Begitu juga dengan diriku
Selalu merindukan dirimu

Sepi rindu meniti hari-hari dengan keluh kesah
Ku derita…
Semakin parah rasanya
Dunia ku rasa makin kelam

Apakah salahku hingga tak kau maafi
Terus meninggalkan aku begini

Seandainya aku yang membuat kau sedih
Maafkan aku kekasih

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
Ku sentiasa mendoakan agar kau kan muncul semula

Diri ku kini meronta-ronta
Bak kapal tiada arah mengikut arus lautan
Jiwaku kini terkapai-kapai hasrat murni aku tak tergapai…

Aku menyesali dengan perbuatanku
Yang kau derita serta sengsara
Kau tinggalkan aku di dunia yang fana
Ku kenang sepanjang masa
Jika kau masih ada inginku menebus dosa
Bahagiakan dirimu sayang
Aku bersumpah kepadamu janjiku kau genggam
Cahaya cintamu ku genggam

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
Ku sentiasa mendoakan agar kaukan damai di sana

WWDay V

Very Interesting!!

Below are four ( 4) questions and a bonus question. You have to answer them instantly. You can't take your time, answer all of them immediately . OK?


Let's find out just how clever you really are....


Enough

Ready? GO!!!



WWDay IV

WWDay III


Harta Luqatah.

Salam semua.

Bertanyakan soalan 'ape korang buat bila jumpa 500 hengget...???' memberikan banyak jawapan dari banyak orang. Antaranya yang biasa kita dengar pergi shopping, bagi kawan-kawan happy sama-sama dan bagi jer kat dia.


Ada jugak komen yang baik-baik macam sedekah kat masjid atau beli buku kat MPH. Ada komen bagi kat Liverpool suruh dia beli player baru. Cisss. Perli aku laa tu. BFF lak tak habis-habis ngan cincin dia. Tak sabar nak menikah dah tu. Huhu. Moga cepat kawen cikgu. :P


Macam-macam lagi jawapanya tapi ada tak yang terpikir, perasaan orang yang hilang duit tu? Takkan lah duit tu jatuh dari langit kot. Mesti la ada yang tercicir or misplace. Ada tak yang berusaha carik si pemunya duit tu?


Dalam perundangan Islam juga ada menyebut tentang perkara ini.


Luqatah yang bermaksud "Harta ( barang ) yang dihormati yang tidak dijaga dan orang yang menemuinya itu tidak mengetahui siapakah pemiliknya ( mustahiq ).



(Nihayat al-Muhtaj ila syarh al-Minhaj lirRomli Juz 5, hal. 422, Hashiyah al-Bujairimi ala Nahj at-Tullab li Abi Yahya Zakariya Al-Ansari.)


Luqatah. Bagaimana cara menguruskan harta luqatah bolehlah korang kaji sendiri. Aku bagi kata kunci, jawapannya silalah carik yer. Hehe.


Kat Malaysia ni pun ada jugak badan yang menguruskan harta luqatah ni. Contohnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Garis Panduan Serahan Harta Luqatah Kepada Pihak MAIS

1. Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Ibu Pejabat MAIS atau Unit Mal Pejabat Agama Islam Daerah yang terdekat.

2. Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah.

3. Satu surat akaun terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.

4. Pihak MAIS akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.




Perkhidmatan Harta Luqatah yang disediakan oleh MAIS

1. Penerimaan Harta Luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam kepada pihak MAIS.

2. MAIS akan membuat hebahan kepada orang yang berkaitan dengan Harta Luqatah yang dijumpai selama setahun.

3. Proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun. Proses
tersebut adalah seperti berikut:

a. Sebut harga
b. Lelongan
c. Tender
d. Musnah



OK. Tu antara cerita-cerita tentang luqatah. Kenapa aku tetiba nak citer pasal luqatah? Ekceli aku baru je kehilangan RM500. Takde la sedih sangat, tapi takde lah setabah itu. Harap-harap sape yang terjumpa duit tu, dapat lah uruskan secara luqatah. Kalau taw tu duit aku, pulangkan jer kat aku. Takpe. Aku tak marah. Cuma tolong pulangkan. Duit tu untuk mak. Huk3.



Sob3



~Daaaa~

WWDay II

Kisah Pelan

Kontraktor rumah : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?
Pegawai Bangunan : Lagu ni, mulo-mulo kita kena tengok pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Weh, tak leh! Mano bulih!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo? cepatlah wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! kawe nak luluh guano, kalu kawe tak tengok!
Kontraktor rumah : Awoh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak po, asa ko cukup syarat!
Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, oghe rama sini! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh!
Kontraktor rumah : Hoh, tengok ni pele kawe....
Pegawai Bangunan : Awoh....buke pele ni, pele bangune!!!............

Hukum Hudud - Wajar atau tidak?

Salam semua.

Aku terpanggil untuk membuat entry ni bila ternampak gambar yang di share di facebook. Tak tahu lah gambar ni dari paper/majalah mana. Sebab aku memang dah tak baca paper, tak tengok berita. Aku rasa baca kat facebook lagi efisyen kot. Lagi update.




Hukum hudud ni datangnya dari Allah. Dan semestinya ia berkaitan dengan Islam. Dimana wajarnya persoalan hukum-hakam Islam ditanya kepada artis? Sorry to say, tapi apakah ilmu yang mereka ada untuk menjawab persoalan berkaitan Islam ni? Bukan artis jer, sesiapa pun pada pendapat aku tak layak untuk berhujah tentang hukum-hakam Islam kalau tak mempunyai ilmu tentangnya.


Sepatutnya persoalan hukum-hakam Islam ni diserahkan kepada para ulamak, atau mereka yang luas pengetahuan dan ilmunya tentang Islam dan hukum-hakamnya. Tentang Al-Quran dan As-Hadith. Tapi biasa la tu, adat orang kita. Bila ulamak berikan pendapat, bentangkan hujah mulalah kita nak mengelat. Itu ini nak dipersoalkan, macam-macam alasan nak diberi. Eh, macam kita lak yang lagi banyak ilmu dari dia.


Dalam kes diatas ni, kita tak boleh nak salahkan artis tu sepenuhnya. Sepatutnya editor dan penerbit harus mengkaji terlebih dahulu kewajaran soalan ini untuk ditujukan kepada siapa. Dan pihak berwajib yang diamanahkan untuk memantau hal perihal percetakan ni, rajin-rajinlah memantau.


Yang menulis ni pun bukan la berilmu sangat. Tapi sebagai manusia, kita harus saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Yang mana salah tu kenelah tegur. Dan merupakan kewajipan untuk kita menuntut ilmu agama ni.


Sebelum saya akhiri penulisan saya kalini, saya mohon maaf kepada mana-mana pihak di atas kekhilafan saya semasa menulis.




nota : renung-renungkan dan selamat beramal.
mood : kecewa.







~Daaaa~




Dinar dan Dirham II

Salam semua.


Alhamdulillah hari ni berjaya gak aku mendapatkan 5 keping 1 dirham. (ape la sangat 5 dirham. orang laen da kumpul berdinar-dinar tak kecoh pun). Pedulik ape aku orang lain. Ni blog aku, suke ati aku la nak kecoh-kecoh pon kat sini. Haha. Ape aku melalut nih. Haishhh.


Ok berbalik citer tadi. Malam semalam aku dah usha-usha dirham kat mudah.com. Deal punya deal, tengahari tadi aku sempat lari ke Shah Alam kejap ntuk berjumpa ngan penjual dirham ni. Sempat jugaklah bersembang tentang dirham ni dengan dia dalam sejam.


Dia tunjukkan stok dirham yang dia ada. Ada banyak rupenya pengeluar dirham ni. Ada dari kerajaan Kelantan, kerajaan Perak, ada dari Indonesia, ada jugak dari USA. Saiz, bentuk dan ukiran berbeza-beza mengikut pengeluar. Namun beratnya tetap sama, mengikut piawai yang dah ditetapkan. Ada 1 dirham, 2 dirham, 5 dirham, 10 dirham dan ada juga silver bar.


Rasa cam nak beli semua jer tadi. Tapi tak mampu. Huhu. So aku angkat 2 keping 1 dirham Kerajaan Kelantan, 2 keping dirham dari Indonesia dan 1 dirham dari USA.









Bila dah start pegang dirham ni buat aku bertambah semangat nak mengumpul lebih banyak lagi dirham di masa akan datang. Insya Allah ada rezeki dan umur yang panjang, aku nak mengumpul dinar pulak.


5 dirham ni sebagai permulaan langkah. Harap langkahku untuk mengumpulkan dirham dan dinar ni akan berterusan. Amin~




nota : nak kumpul 300 dirham nak wat mas kahwin nanti. Insya Allah. :P





~Daaaa~




Dinar dan Dirham

Salam semua.

Rasanya dah lama aku tak menaip lam blog nih. Asek copy paste copy paste jer. Jari pun da makin gemuk dah lama sangat berehat. So malam ni aku ingat nak bercerita tentang dinar dan dirham.



Tak banyak yang aku taw tentang dinar dan dirham ni. Yang aku taw dinar tu emas, dan dirham tu lak perak. Dinar dan dirham dah digunakan sebagai matawang sebelum peradaban Islam lagi. Emas dan perak ni takkan hilang nilainya. So aku rasa tak rugi kot kalau aku nak mengumpul dinar dan dirham ni.


Setiap hari aku usha je harga pasaran bagi satu dinar ni. Cuba nak kumpul duit, tapi asik tak cukup jer. Mana lah perginya duit aku nih. (berfikir sambil menghembus-hembuskan asap ROKOK +_+ ). Sebagai seorang yang bergaji kecik tapi nak hisap rokok DUNHILL je, memang tak mampu la kan. Last aku pikir, kalau tak mampu nak kumpul dinar, kumpul la dirham. Mana yang mampu, kan.



Harap dapatlah aku mengumpulkan dirham sebagai aset di masa hadapan.





~Daaaa~



Percintaan ini.




Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo



ps : Tiada kaitan. :P





~Daaaa~

Lesen punya hal.

Salam semua.


28 Julai 2011 lepas aku kene saman ngan polis. Sebab lesen tamat tempoh. Dah 3 minggu rupenya tamat, camane aku ley tak perasan. Dengan pasrah aku sign saman tu. Aku lipat elok-elok, aku semadikan dengan aman dalam wallet.

2 minggu pastu aku pergi renew lesen kat JPJ Maju Junction. Hati bukan main girang lagi dapat renew lesen. Tapi panas tak sampai ke petang. Tengok kat bakul motor terselit rapi surat dari abang polis. Tahniah!




Semalam baru aku teringat ada dua saman tak bayar lagi. Mula la kelam kabut. Dua bulan lewat nih. 29 Sept 2011 kene naik court. Kalo bole taknak a naik court. Leceh. So aku pun pegi la IPD Gombak dengan niat suci murni nak bayar saman. Aku tanya dulu berapa kene, senang nak buat bajet.



1. Lesen Memandu Tamat Tempoh : RM 150.00
2. Tiada Insurans Perlindungan : RM 300.00
(+)
Saman Parking : RM 100.00



Tu dia. Saman jer dah separuh dari gaji sebulan aku. Lesen punya hal. Tak boleh jadik. Lari bajet nih. Sok nak naik court dengan muka seposen. Harap-harap dapat la 50 hengget jer. Sob3









~Daaaa~

Mana Skyline U?

Sepasang kekasih di kedai makan.


GF : U tau tak rokok ni boleh wat U cepat mati?

BF : Mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...

GF : Hmmmm...berapa banyak U habiskan duit untuk rokok?

BF : Satu kotak Dunhill RM10. Perghh! (Feeling...)

GF : Satu hari satu kotak. Seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200... U mule isap rokok bile???

BF : Pandai math U ni... Dari tingkatan 2. Kenape?

GF : Skarang U punye umor 24. 24-14=10.. Then RM25,200 darab dengan 10 dapat RM252,000! Banyakkan yang U dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.

BF : So? I ade mintak duit kat U ke nak beli rokok? Tak adakan?!

GF : Memanglah takde tapi kalau U tak merokok and U simpan, skarang U dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!

BF : U isap rokok tak yang?

GF : Tak... Kenape tanye mcm 2?

BF : Kalau U tak isap rokok mcm I, mane Skyline U?

GF : !@#$%^&

Johnny English Reborn

Salam semua.


Baru lepas tengok JE.


Kelakar gila.


Pecah perot aku dari awal cerita sampai abes.


Berbaloi-baloi.




ps : teruja dengan Roll Royce Phantom Coupe beliau!





~Daaaa~




WWDay I

Open House 1432

Salam semua.



Alhamdulillah harini, 18 September 2011 dapat gak kami sekeluarga melaksanakan rumah terbuka di Selayang. Rancangan asal masanya bermula jam 2 petang hingga 6 petang. Tapi biasalah dah namanya rumah terbuka, terbukalah pada tetamu jam berapa pun yang diorang nak datang.



Tetamu paling awal datang jam 11 pagi. Makanan pun tak berapa nak siap lagi. Makanan pun tak berapa nak ready lagi. Maka terhidanglah kuih-kuih raya, nasik himpit, rendang kerang dan air oren jer. Jam 2 petang barulah semua menu lengkap dihidangkan.



Antara menu hari ni : Laksa, mihun dan mee sup, nasi himpit, rendang kerang, serunding daging, bubur cacar dan puding buah. Jam 2 petang hujan lebat turun lebih kurang setengah jam camtu. 2:30 petang barulah tetamu datang berduyun-duyun. Tak menang tangan dibuatnya. Walaupun penat tapi tetap gembira menyambut tetamu yang datang.



Mula-mula risau jugak tengok makanan cam banyak sangat jer. 4 bungkus laksa, 4 bungkus mihun, 2 bungkus mee, 12 peket nasi himpit, sekilo cacar, dan 4 bekas puding buah. Tapi bila dah 5 petang risau pulak pasal makanan dah mula surut sedangkan tetamu tak putus-putus lagi tiba. Kelam kabut lah kami di dapur tambah lagi 2 bungkus laksa dan sebungkus mihun. Mak pun masak lagi sup ayam satu periuk. Abah lak keluar beli lontong dan ayam golek untuk dimakan bersama nasi himpit.



Tetamu terakhir pulang jam 7 setengah malam. Alhamdulillah semua tetamu dapat disambut dan dijamu, dan makanan semua licin. Terima kasih pada semua yang hadir. Saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan kawan-kawan semua. Sangat gembira.



Malam pula aku, naim, apek, asrul, CO dan Vince lepak NZ Curry House, Wangsa Maju tengok bola. Dan aku dikecewakan sebanyak dua kali malam tu. Satu, Liverpool kalah 4-0 dengan Tottenham. Dua, Man U menang dengan Chelsea 3-1. Arghhhh!!



Sampai rumah pulak kecewa sekali lagi bila tengok spek raye aku, Holbrook patah dikerjakan anak buah. Huwaaaa... Ni yang rasa malas je nak pergi kerja esok nih. Nak MC boleh??




~Daaaa~




Hantu Bonceng

Salam semua. Siapa dah tengok citer Hantu Bonceng?? Best tak? Dengar-dengar dalam seminggu tayangan dah berjaya mengutip RM 5 juta. Aku expect mesti gempak citer bergenre hantu komedi ni.



Tapi bila tanya member-member, ramai gak kata tak best. Rugi jer abes duit tengok citer nih. So dari abes duit tengok citer nih, baik aku abeskan duit langgan kat Astro First. Boleh tengok satu family. Haha.



Aku dah tengok dah citer nih. Memang berbaloi-baloi laa langgan citer nih kat Astro First. Nasib baik aku tak tengok kat wayang. Owhhh. Sungguh mengecewakan. Aku rasa ada benda yang tak kene ngan citer nih. Sepanjang citer aku rasa cam tak syok. Cuba untuk memahami ape sebenarnya yang nak disampaikan, tapi sampai ke sudah aku tak dapat tangkap motif citer nih. Mungkin berpunca dari gangguan-gangguan dalam citer tu sendiri yang membuatkan aku kurang enak sepanjang menonton.



Takda apa komen aku tentang citer nih. Tak dapat nak komen. Bintang pon tak dapat aku nak bagi.



Kecewa.





ps : thanks to Harith sebab sudi langgan citer ni demi aku.





~Daaaa~




Dimanakah?

Ada orang sedang sombong.


Tak apa.


Mungkin dia bukan menyombong. Mungkin hanya mahu bersendiri.


Menyepikan diri tidak mahu diganggu.


Dan jika kamu merasakan yang menyendiri itu tidak best, saya tetap di sini.



Boleh saya buat entry sebegini?? Suka hati akulah!!


Haha





~Daaaa~



Korang perasan tak...

Korang perasan tak sebelum ni kan ada entry bertajuk 'Hari Raya - karte I'? Kenapa karte I? Sebab aku cadang nak buat karte II. Tapi atas sebab-sebab tertentu, karte II terpaksa aku sorokkan lam draft je dulu. Lain kali laa aku publish. Tangan ni da gatal sangat nak menaip entry lain dah. Haha

Sebenarnya takda ape citer terbaru pun aku nak hapdet. Aku pun takde gambar yang menarik nak diletakkan sebagai pengganti kata-kata sempena 'wordless wednesday' ni. Cuma gatal nak menghapdet entry baru. Kuikuikui. Kebelakangan ni aku lebih kepada berblog walking jer. Jalan-jalan usha blog-blog yang best, usha blog yang comel, usha blog yang menarik, usha blog yang... Errr. Semua jenis blog laa aku usha selagi mata masih larat.


Korang perasan tak yang aku baru je tampal iklan 'nuffnang' kat blog nih? Sumer disebabkan oleh sensei aku yang beria-ria nak ajar aku tampal menampal iklan nih. (aku panggil dia sensei sebab dia dah tak bagi aku panggil dia sifu). Senang je upenya nampal benda alah nih. Cume nak kelik kat iklan tu jer yang payah. Tak cayer cuba korang test. Hahaaha


Tak kelik pun takpe. Saje je aku bagi ruangan ntuk nuffnang tu bermaharajalela kat situ. Nampak menarik gak ada iklan yang bergerak-gerak lam blog ni kan. Aku ingat sementara nak carik idea, mood, skill, tenaga untuk menulis ni, aku nak mekap-mekap sket laa blog nih. Nak carik gadget-gadget yang best nak taruk kat belah kiri tu. Nak kasi full sampai ke bawah. Boleh tak sensei? Haha.


Korang perasan tak kat ruangan 'Live Traffic Feed' kat bawah skali belah kiri tu, setiap hari akan ada visitor dari Kuching? Kenapa aku mention dia? Sebab dia lah blog ni wujud, sebab dialah shoutmix tepi tu wujud, sebab dialah nuffnang bertampal kat blog nih. Dan sebab dia jugaklah aku menulis entry nih. Tetamu datang dari jauh, seganlah pulak kalau aku tak jamu pape. Hakhakhak



Sebelum aku 'daaaa~' kan entry ni, aku nak ucapkan tahniah wat member-member yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ni. Dan tahniah jugak wat member-member yang baru mendapat cahaya mata. Saya tumpang gumbira. :')


Update : Sabtu ni nak ke Yong Peng, Johor menghadiri majlis perkahwinan kawan ITTHO.





Last yang korang sumer takkan perasan, entry ni ditaip dalam keadaan bergolek-golek selepas kekenyangan menjamah tiga pinggan nasik. Alhamdulillah. Nak tido.






~Daaaa~




Hari Raya - karte I

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Dah masuk raya keempat, baru la aku berkesempatan nak ngapdet blog. Sakan beraya. Takda la sakan sangat cam zaman budak-budak dulu. Walaupun tak dapat duit raya skang nih, tapi tetap meriah jugak.


Malam raya pertama join baraan. Berjalan ramai-ramai dari rumah-kerumah ahli qaryah, sambil bertakbir dan makan. Setiap satu rumah aku singgah mesti makan. Sekurang-kurangnya sepotong lemang. Ada la dalam 20 bijik rumah baraan malam tu. Perut terus membulat serta-merta.

Rumah aku wat hidangan simple-simple je. Satay Samuri, dadih, bubur kacang, nugget dan kuih raya. Dalam jam 1pagi jugak lah baru selesai baraan. Balik rumah trus tido kekenyangan. Haha.


Raya pertama bangun awal. Sarapan. Kan sunat makan pagi raya. Hehe. Mandi dan bersiap ke masjid. Tapi tahun ni selayang cam tak ramai sangat jer. Mungkin tahun ni ramai yang balik ke kampung mertua kot. Kak Long dan Kak Ngah aku pon beraya kat rumah mertua masing-masing. Aku lak pening nak beraya umah mertua yang mana, last-last beraya umah sendri je. Boleh tak aku cakap camtu?

Raya pertama tak beraya ke mana pun. Cuma ke rumah jiran je. Selebihnya melayan tetamu yang datang. Malam pusing-pusing KL carik CD kat Danau Kota. Layan citer Superman kat umah. Owh sungguh bermakna raya aku. =__=


Raya kedua, raya yang sebenarnya. Pagi-pagi bangun bersiap nak balik kampung. Jam 0900 bergerak ke Changkat Lada. Alhamdulillah jalan clear. Jam 1230 sampai ke Changkat Lada. Ada himpunan keluarga kat sana. Petang jam 1600 bergerak pula ke Kg Kayan, jam 1730 ke Sg Besar lak. Jam 2100 bergerak semula ke Kg Kayan, bermalam kat sana.


Raya Ketiga sambung beraya ke Pantai Remis. Sempat jugak ke pelantar memborong ikan, ketam, udang dan sotong. Fresh-fresh lagi tu. Petang beraya ke Chenderong Balai, dan bergerak balik ke Selayang jam 1930. Jam 2300 sampai rumah.


Raya Keempat lepak rumah. Beli kayu dan bertukang. Sambung balik kerja yang dah lama tertangguh. Due date bulan 11 tapi sampai hari ni baru 10% siap. =.=" Esok dah start kerja. Ahad nanti sambung bertukang lagi.


Owh yer. Sempena hari raya ni, jemput lah datang ke rumah. Aku tak kemana pun. Bertukang je dirumah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.



~Daaa~





Persiapan raya.

Salam semua. Esok kita dah nak raya. Zakat dah bayar belom?? Alhamdulillah. Aku baru jer bayar zakat fitrah untuk diri aku pagi tadi. Nak bayar pagi raya takut suntuk sangat. Semoga bertambah keberkatan Ramadhan kita tahun ni.


Sekarang semua orang dok sibuk buat persiapan untuk menyambut hari raya nanti. Tu mak aku kat dapur tu pun tak berhenti lagi memasak dari pagi tadi. Harap-harap dapat lah aku bersahur rendang kerang sok pagi. Haha.


Yang keluar shopping raya pun tak kurang hebatnya. Jalan TAR, Chow Kit, Sogo, Uptown, Downtown, semua habis diserbu orang. Ada yang kata taknak beli baju raya, tup-tup sampai tiga pasang dibeli. Ada yang kata dah cukup shopping ntuk raya, tapi bila ke Jalan TAR, 2 3 helai lagi dibeli. Ada jugak yang terbang dari Miri pagi tadi, singgah SOGO jap shopping, petang balik Terengganu. Ooops. Siapakah?? Haha. Biasalah penangan raya. Setahun sekali kan.


Ingat lagi tak entry 'Dah nak raya?'. Aku ada buat list barang-barang yang aku nak beli ntuk raya ni, kan. Dari enam barang yang aku nak beli tu, cuma empat jer yang sempat aku beli. Mana nak carik lagi dua barang nih..? Sok nak raya dah ni. Ada sesapa yang sudi hulurkan bantuan???


Baju melayu kaler kelabu
Beli kat Jalan Tar



Seluar Jeans Levi's
Beli atas talian kat 'Ryan Ricmal'


Kasut Puma
Beli kat Uptown Danau Kota.


Lagi satu spek hitam Holbrook Oakley beli online kat 'Ryan Riqmal'. Tapi tak sempat nak ambik lagi. Ni gambar aku mintak tolong pakcik gugel carikkan.

Amacam? Dari gambar-gambar di atas mesti korang dah dapat bayangkan betapa hensemnya aku di pagi raya nanti kan. Setahun sekali nak hensem-hensem ni kan. Hari-hari biasa aku tetap comel seperti selalu. Isk malu.


Songkok dan T-shirt aku tak sempat nak beli. Ada jumpa songkok kat Jalan TAR harga RM15, tapi sombong taknak beli awal-awal. Sekali carik kat Downtown Cheras, satu RM 45. Ah sudah. Raya tahun ni pakai baju melayu ngan topi cowboy la jawabnya. Sob3..


OK. Tu je yang sempat aku nak kongsikan malam ni. Nak tido awal ni. Sok keje lagi. Tatkala orang sibuk anyam ketupat bakar lemang, aku lak sibuk pegi hantar barang. Apalah nasib. Haha




******************************************************************

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, aku dengan rasa rendah diri memohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada tersalah bahasa, terasa hati ke apa. Semoga lebaran kali ni lebih bermakna untuk kita semua.


Selamat memandu pulang ke kampung. Pandu dengan berhati-hati. Ingat orang yang tersayang. Jangan main mercun. Jangan melampau-lampau sangat makan. Jaga diri, jaga kesihatan. Kepada yang mengenali diri, jemput la datang kerumah. Duit raya tu aku tak janji tapi juadah insyaALLAH ada. Hehe.


-::SELAMAT HARI RAYA::-
-::MAAF ZAHIR & BATIN::-

******************************************************************




~Daaaa~



Hon?!!!

Salam semua. Sedang aku dok melayan-layan facebook, tetiba aku terbaca satu status yang cukup membuatkan hati aku jadi panas. Aku baca dua tiga kali, cuba memastikan apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh beliau.


Aku rasa, penunggang motor kat Malaysia nih Kalo motor xde brek, diorg bleh hidup.... Tp Kalo motor xde hon, aku rasa mati sume penunggang nih...bengong, dari jauh dah tekan hon, kalo dari jauh Ko tekan brek, xde eksiden punye...



Apa yang cuba disampaikan? Tak puas hati dengan hon motor? Ke tak puas hati ngan penunggang motosikal? Ke nak sampai tapak kaki hinggap kat pintu kete tu baru nak rasa puas hati???


Hoi si penulis status tersebut. Aku seorang despatch. Hampir separuh hari aku kat atas jalan je. Aku rasa aku lebih taw keadaan atas jalan raya ni berbanding kau. Dan pastinya aku lagi taw perasaan penunggang motor kat atas jalan raya ni berbanding kau. Dan kalau kau seorang Menteri Kerja Raya pun takkan paham keadaan dijalan raya ni lebih dari yang aku rasakan.


Meh aku nak kongsikan perasaan si penunggang motosikal ni meh. Korang taw ape perasaan aku bila menunggang motor? Takut. Mau nye tak takut. Kalau eksiden kitorang ni kene lagi teruk. Sebab tu la kitorang ni kene sentiasa hati-hati. Hon salah satu caranya. Alah. Takat bunyi hon motor apa la sangat. Bukan aku pakai air-horn cam lori pun!!!


Kau bagi signal, tengok cermin sisi, pastikan jalan clear baru tukar lane. Tu menunjukkan yang kau pun berhati-hati. Sama la jugak cam aku. Aku bunyikan hon sebab aku berhati-hati. Orang kata malang tak berbau. Sebelum apa-apa jadi kat aku, baik aku hon kau dulu. Aku dok blakang kau. Aku lagi tahu jarak aku ngan kau. Dari kau yang hanya berharap kat cermin sisi jer. Watnye aku kat blind spot ko, tak ke naya aku.


Tahu ape beza brek kereta kau dengan brek moto aku? Bezanya bila kau brek camana skali pun, kau tetap ada dalam kereta, masih lagi duduk kat kerusi empuk recaro kau tuh. Motor? Bila brek emergency buang dol. Silap-silap aku pun terbang sekali. Kau ingat brek motor ada ABS cam kereta kau? Ada EBD? Ada ASR???!!! Ada KTRC cam GTR14???!!! Dah2.. Melalut!


Apa la yang kau sakit hati sangat dengan hon motor ni. Aku kalau drive kereta pun, takda la nak main-main hon ni. Pasal aku taw aku still buleh handle keadaan lagi. Tapi motor bukan senang kau nak handle. Tak tahulah kalau kau ni memang pakar bab cilok-cilok ni. Tapi aku tak. Dan tak semua orang pakar macam kau!!


Panas betul hati aku baca status nih. Sebab bagi aku hon ni laa yang wat aku rasa lebih selamat bila menunggang. Kau patut bersyukur sebab semua motor disedikan hon. Kalau motor tak disediakan hon, aku sendiri sediakan kayu besbol lam raga motor nanti!!




HUH!




*Walaupun hujan, hati tetap panas*



ps:-
- Aku bercerita sebagai penunggang motorsikal. Jangan samakan dengan mat rempit sebab aku tak tahu perasaan seorang mat rempit.

- Byk tanda seru (!) menunjukkan yg entry ni ditaip dalam keadaan panas hati. Segala salah silap ketelanjuran perkataan aku mintak maap awal-awal. Taknak tunggu raya nanti baru nak maapkan. Aku nak mintak maap skang!!







~Daaaa~




Tabahlah



Marah? Sedih? Sakit? Kecewa? Tertekan? Kehilangan? Pasti korang pun pernah rasakannya, kan? Bila berdepan ngan 'sesuatu' tu. 'Sesuatu' yang aku tak tahu korang namakan sebagai apa. Tapi 'sesuatu' yang mampu membuatkan korang rasa terasing, sepi seperti takde orang lagi disekeliling korang. Pernah tak korang rasai?



Dah lama aku nak siapkan entry ni. Intro ni aje dah dekat dua minggu berkepuk dalam draft ni tak disiapkan. Menunggu samada ntuk disiapkan, atau ntuk di delete satu ari nanti. Bukan taknak disiapkan, cuma masa tak mengizinkan aku ntuk siapkan entry ni. Plus aku tak tahu nak guna gaya bahasa macammana untuk entry ni. Last aku decide ntuk siapkan jer laa entry dengan gaya bahasa 'hantam sajalah'.



Amaran :
Entry ini ditulis berdasarkan pemikiran penulis. Tujuan penulisan entry ini adalah sebagai catatan peribadi penulis sahaja serta untuk berkongsi idea. Anda adalah sama sekali TIDAK digalakkan untuk mempercayai, mempraktik serta menyebarkan idea ini sebelum bertanya kepada yang lebih arif.




(back to the point)


Dah nak raya?

Salam U. Sekejap je dah 15 hari kita puasa, kan. Puasa cukup tak 15 nih? Ke kurang? Normal la tu kalau kurang. Buatnya terlebih, tak ke musykil?? hahaha



Kat radio dah start putar lagu-lagu raya dah. Hujung minggu pun ramai yang keluar ke pekan membeli-belah untuk persiapan menyambut hari raya. Kuih raya pun ada yang dah start buat. Yang menempah kuih raya pun tak kurang juga.



I? Masih tak ada apa-apa persiapan lagi. Cuma semalam je kemas-kemaskan rumah. Tak sempat lagi nak beli apa-apa. Kerja Isnin sampai Sabtu, balik kerja dah penat. Ahad nak keluar cam malas pulak. Raya tahun ni pakai Uniform kerja je lah, boleh?



Banyak I nak shopping ntuk raya ni sebenarnya. Meh I list kan. Mana la tahu kot ada orang yang baik hati nak beramal jariah hadiahkan, jimat sikit belanja. Ni antara barang yang I nak beli ntuk raya nih:-

- Baju Melayu warna Kelabu
- Songkok (tiap tahun beli, mana ntah hilangnya yang tahun lepas punya. zzz)
- T-Shirt
- Seluar Jeans
- Kasut
- Spek



6 barang je nak beli. Tapi nak mencarinya mahu makan masa 7 - 8 hari gak nih. Nak beli kat mana pun tak pikir lagi. Ingat nak usha Jalan Tar, and uptown The Mines. Ada sape-sape nak temankan tak?? Haha



Sekarang ni I sedang berteka-teki dengan boss tentang bonus. Ada ka tada nih? Kasi cepat sikit la boss. Tak nak aku beraya pakai baju kerja. Takde feel. Jangan sampai aku berpiket depan opis nanti.



Update terbaru? I dah dapat dah Vivaz Pro U8 yang diidamkan. Haha. Say goodbye to Nokia C3-01. So far I puas hati lagi laa dengan phone ni. Function dia pun tak jauh beza ngan 5800xm I yang lama. Kalau nak di comparekan Vivaz ni ngan 5800XM, I pilih 5800. Hehehe


Lagi? Ermmm. Owh I dah 3 hari terhincut-hincut akibat terseliuh tempoh hari. Ni pun tengah ngurut kaki ni lagi. Kaki belah kanan. Agak-agak kalau esok masih sakit lagi, ingat nak amik MC la. Bahaya gak bawak motor nak tekan brek pon sakit. Kang berdentum ngan kereta depan kang lagi sakit, kan. Nak raya ooo. Baik MC awal-awal. Hohoho


Tu je la update terbaru takat nih. Tak banyak citer menarik pon, tu yang lama tak update blog tu. BTW, thanx sebab masih sudi singgah ke blog yang usang lagi bersawang nih. Harap U tak jemu la ntuk singgah ke sini lagi. Hahaha






*boleh ke post entry camni? mesti la bole. ni kan blog aku. hahaha






~Daaaa~




Nak Puasa lah!!!

Salam semua. Macam biasa aku bila balik kerja lepak dulu rumah kak ngah aku. Main-main ngan anak buah aku. Petang tu anak buah aku Akmal Hareez (Alish), 4 tahun tengah makan lollypop.




Aku : Alish nape makan lolipop ni. Alish tak puasa yer?

Alish : Tak lah. Alish kan kecik lagi.




Sambil garu-garu kepala dia datang kat aku.




Alish : Pak lang tengok kepala Alish. Ada semut laaa.

Aku : Ishh. Napa banyak sangat semut ni. Tu laa Alish makan gula-gula banyak sangat. Kan semut datang.

Alish : Mama. Taknak laa lolipop ni lagi. NAK PUASA laa.





Hahaha. Dah pukul 6 petang kot baru kau nak puasa. Cisss. Best nya jadi budak-budak.






~Daaaa~




Restoran Arabic Food

Salam semua. Apa khabar? Sihat? Macam mana puasa hari kedua ni.? Ok..? Ke ada yang dah start ponteng nih..? Boleh la kawan ngan anak buah aku yang umur 3 4 tahun tu, ok. Haha.

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman buka puasa di Restoran Arabic Food di Taman TTDI Jaya. Rasa cam berbuka kat Arab je. Nasib baik takda unta. Nasik dia punya laa banyak. Semput gak nak ngabehkan nasik tuh. Aku biarkan gambar je yang bercerita ekh.

Antara menu yang disediakan.


Sirap bandung + Soda.


Lamb Kabsah + Roasted Chicken (for 2-3 person)


Errrkkk. Siapakah?? :P


Alhamdulillah. Licin.


Pasni seminggu puasa takyah sahur takyah buka. Semput hoi. XD



Pada malam 30 Julai 2011 lepas, kami sekeluarga keluar makan bersama di Taman Bidara. Semua ditaja oleh adik aku, Zarl yang kini bekerja di KK, Sabah. Semoga murah rezeki beliau hendaknya. Amin~


Gambar makan di Taman Bidara takda sebab camera dia dah bawak balik Sabah. Cissss.





~Daaaa~

Salam Ramadhan

Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.


Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.


Sebelum cahaya terpadam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf zahir dan batin.


Seribu senyuman belum tentu menawan hati,
Satu jelingan suduh cukup menimbulkan rasa benci,
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan yang menyinggung perasaan saudara dan saudari semua, dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.




cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20cid:image005.gif@01CA1CCB.52F8DB20

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina




~Daaaa~



Kehebatan Doa

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT.

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..



(Sumber: Hadis Kudsi)




Moral: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!




~Daaa~




iPad Dan Dataran Shah Alam

Salam semua... Entry kalini aku update guna I Pad... 1st time aku dapat sentuh I pad nih... Slalu tengok dari jauh jer.. Harini dapat sentuh, siap sempat ntuk update blog lagi... Haha.. Ekceli sekarang ni aku tengah lepak2 kat dataran shah alam... Ngan gadis rahsiaku dan myza... And I pad ni hak milik cik myza kit a.. Kredit to her sebab sudi bagi aku peluang ntuk menghapdet blog pakai I pad nih.. Thank!!!


Disebabkan perasaan yang sangat teruja sebab dapat men2 I pad nih, takde idea aku nak story pape... Cuma saja nak abadikan 1 st time aku dapat sentuh natang alah ni dalam blog ni... And ni entry 1st aku menggunakan iPad... Harap2 satu hari nanti dapat a aku beli gak natang ni seketoi!!!

Dah2... Takleh nak tulis banyak2... Dorang da start gelakkan aku sebab teruja sgt ngan menda alah ni... C ya again...a



Thanx to myza kasi aku pin jam iPad...


Thanx to gadis rahsiaku sudi temankan.... :p





~Daaaa~

Harry Potter VS Itik

Salam semua...


Semalam aku berkesempatan menonton citer Harry Potter and the Deathly Hallow part two bersama gadis rahsiaku. Tengok kat Mid Valley. Tak ramai orang malam tu. Nak tengok 3D, tapi takot kang Dementor muncul depan mata datang culik gadis rahsiaku ini. So kitorang tengok yang 2D punye je la. Haha

~Dementor~



Aku follow cerita Harry Potter ni dari episod satu lagi. Memang best citer ni bawak kiter ke alam fantasi. Tapi aku tertinggal episod yang sebelum ni. Yang part one tu. Camana ntah boleh terlepas episod tu. Mula-mula takda mood gak nak tengok episod terbaru nih. Tapi dah di ajak, plus ramai member-member cakap memang best, so aku layan jer laa. Paham gak laa jalan ceritanya walaupun tak tengok yang part one punya.


Episod kalini menceritakan macam mana si Harry Potter tu berjaya membunuh Voldemort. Episod kalini jugak merungkai saper si Snape tu sebenarnya. Aku suka watak si Snape ni. Sebab identiti dia sangat susah ntuk difahami. Lepas aku tengok episod ni, baru lah aku faham kenapa Snape kejap baik kejap jahat.




Sape yang belum tengok lagi, baik la pergi tengok cepat. Sebelum ditamatkan tayangan. Episod last tu. Bestt. Nak tengok camana rupa Harry Potter jadi bapak? Silalah tonton di pawagam yang berhampiran. Haha



Mesti korang tertanya-tanya apa kaitan itik dengan Harry Potter tu kan. Ekceli takda kaitan pun. Kes itik ni berlaku tengahari semalam. Sape yang tak kenal itik angkat tangan!! Skang gunakan tangan yang korang angkat tu, pergi taip 'I T I K' kat google. Kalau tak kenal jugak meh aku sunatkan korang lagi sekali.


Semalam aku singgah makan tengahari kat area Batu Caves. Cam bese menu kegemaran aku ialah ayam. Tak kisah la masak aper. Lagi-lagi part peha. Memang favret. So usha punya usha jumpa la aku dua ketul peha wat masak gulai dalam kawah. Terus aku sauk dua-dua ketul peha tu sebelum orang lain curik. Alaaa. Bukan besar mana pun peha tu. Kecik-kecik je.


Dah duduk kat meja, datang akak ni kira. Dia tanya "tu gulai itik kan?". Aku jawab, "eh, itik ker?". "Ha'ah" dia jawab. "Kat dalam kawah tu kan?" sambung dia lagi. "Yep" aku jawab ringkas sambil tengok arah kawah tu. Tu dia bukan main besar lagi label dia. 'GULAI ITIK'. Sumpah aku tak nampak label tu tadi!!



Aku pandang balik akak tu seraya berkata "takpa lah kak. Dah terambik. Lagi pun saya tak memilih bab makan,". Sambil senyum-senyum cover. Padahal memang dah hilang selera dah nak makan bila taw tu dua ketul peha lam pinggan aku tu sebenarnya peha itik. Tapi lapar punya pasal aku paksakan jugak.


Suapan yang pertama aku dah terbayangkan itik dok menari-nari depan aku. Aku suap lagi untuk kali kedua. Terngiang-ngiang lak lagu 'Itik Gembo-gembo' nyanyian A to Z. Takpa. Aku paksa lagi suapan ketiga. Terus mual rasa nak terkeluar balik. Aku tolak tepi, cuci tangan, bakar rokok. Aku jeling-jeling akak yang kira tadi tu. Dia usha-usha jer aku. Nasib baik dia tak gelak. Kalau tak memang aku sumbat sekor itik lam mulut dia. Baru dia taw kejamnya manusia. Huh!




Lepas ni aku akan lebih berhati-hati ketika memilih makanan.



p/s: aku memang tak makan itik, ok.





~Daaaa~

Hanphone Raya?

Salam semua. Hari ni aku tul tul hilang sabar ngan henset C3-01 aku nih. Hari ni jer brape kali die hang. Dah satu hal aku nak cabut bateri pasang balik. Kalau kat opis takpe. Atas motor? Bukan takat bateri, camera, keypad, screen dia sumer aku rasa cam nak cabut-cabut jer. Grrrr


Lantaran dari itu, aku pun mula la buat survey henset-henset yang bakal menggantikan henset C3-01 aku nih, sebelum henset ni aku leraikan ke dinding. Dengan mengambil kira bajet yang ada, aku shortlistkan kepada dua henset ni. Harus dimiliki salah satunya secepat mungkin!!




1. Sony Ericsson Vivaz Pro







2. Sony Ericsson Zylo










Ternyata la aku sedang beralih ke arah Sony. Saja nak tukar citarasa. Masih dalam lingkungan henset mampu milik. Nak beli yang mahal-mahal, android, blackberry, iphone, masih belum mampu. Hahaha


Dari dua model ni, Vivaz miliki lebih banyak kelebihan berbanding Zylo. Harga pun pasti lah Vivaz lebih mahal berbanding Zylo. Comparison dari dua model ni korang boleh usha sendiri kat sini.


Setakat ni hati aku berat ke arah Vivaz. Tak tahulah kot sampai kedai nanti, kira-kira bajet balik, aku angkat Zylo lak. Haha. Tapi harapnya biarlah salah satu dari dua model nih.



OK,





~Daaaa~

Khalifah-khalifah Yang Benar

Salam semua. Hari ni setelah 5 hari , bungkusan yang aku tunggu-tunggu sampai jua. Sabtu lalu aku beli dua buah buku secara online di BookCafe.com. Banyak gak buku-buku yang dijual kat situ. Mudah je cara pembeliannya. Tambahan pulak ada diskaun ntuk buku-buku tertentu. Sangat berbaloi.


Buku yang aku beli ni memang dah lama aku usha. Buku ni dah release dari tahun lepas lagi, cuma baru bulan lepas aku tahu tentang kewujudan buku ni. Baca tajuk dia jer aku dah terus berminat. Tengok lak penulis dia memang aku pernah baca buku tulisan dia sebelum ni. Memang best. Tu yang makin teruja aku nak beli buku ni.


Buku yang aku maksudkan tu bertajuk 'Khalifah-khalifah Yang Benar' tulisan Abdul Latip Talib. Buku bergenre novel sejarah islam ni mengisahkan tentang kisah hidup 4 khulafa' ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.


Buku ni didatangkan dengan hardcover dengan grafik yang menarik. Mempunyai hampir 800 halaman. Dengan harga pasaran RM 55.00, aku rasa buku ni sangat sesuai untuk dimiliki dan dijadikan koleksi peribadi.


Aku belum start baca lagi buku ni. Tapi aku letakkan harapan yang tinggi kat buku ni. Moga buku ni wat aku lebih kenal 4 khulafa' ar-Rasyidin, dan semoga ada sifat-sifat yang baiknya dapat aku contohi. Amin~


Dah habis baca nanti kalau rajin aku wat lagi review tentang buku ni. Kalau sesapa nak pinjam, tunggu aku habis baca dulu. Hahaha



*********************************** Selingan ***********************************


Baru-baru ni aku terbaca tentang satu khabar angin tentang cincin bernilai RM 24 juta. So aku teringat satu kisah.


Satu hari isteri Saidina Abu Bakar r.a (ketika itu sudah menjadi khalifah) teringin hendak memakan makanan yang enak. Abu Bakar r.a tidak mempunyai wang ketika itu kerana kewangan mereka bergantung kepada wang sara diri dari pihak baitulmal. Jadi isterinya memberikan satu cadangan.


"Saya akan cuba berjimat sedikit demi sedikit. Jika sudah cukup nanti, kita bolehlah membeli makanan yang saya idamkan itu", kata isterinya.


Lama kelamaan wang yang disimpan itu cukup untuk membeli makanan yang diidamkannya. Pada hari isterinya ingin membeli makanan tersebut, Abu Bakar r.a berkata, "Wahai isteriku, saya rasa eloklah kita mengembalikan wang itu kepada pihak baitulmal,". Isterinya tidak membantah. Malah menghormati keputusan suaminya itu.


Abu Bakar r.a turut meminta baitulmal supaya wang sara diri yang diterimanya dikurangkan agar ia dapat digunakan untuk kegunaan lain. Wang yang diterimanya hanya cukup untuk menyara dirinya sekeluarga. Tidak lebih dari itu.


***************************************************************************







~Daaaa~

3 in 1.

Salam semua. Agak lama gak aku tak menghapdet blog yang kian usang nih. Jadi malam ni berbekalkan sisa-sisa tenaga yang masih ada, dan rokok nan sekotak nih, aku nak menconteng-conteng kat blog ni. Boleh tak boleh tak?





Cerita 1


Aku dah potong rambut. Ya. Sebelum ni kan aku dah cakap aku taknak potong rambut, kan? Sekarang hajat aku dah capai, so pendek lah rambut aku sekarang. Taknak upload gambar. Tak tidur malam korang nanti terbayangkan kepala aku yang tampak pelik ni. Kah kah kah. Dah la tu, misai pun di trim habis. Dah cam mat jambu dah. Uh. Tumbuhlah kembali secepat mungkin wahai misai! Apa hajat tu? Aku rasa biarlah aku simpan sendiri. Haha





Cerita 2


Dalam entry Green Lantern, aku ada mentioned tentang seorang gadis yang namanya dirahsiakan. Kami dah banyak kali tengok wayang berdua, karaoke berdua, makan berdua dan lepak minum air tin tepi tembok pun berdua gak. Siapakah gadis yang dirahsiakan tu? Apakah hubungan antara aku dan dia? Bagaimana wataknya boleh muncul dalam blog ni? Sama-samalah kita rahsiakan. Biarlah rahsia~





Cerita 3


Balik dari Subang petang tadi jalan jem teruk. Aku balik dari hantar barang kat Kampung Melayu Subang, ikot Jalan Sg Buloh Shah Alam. Dari Subang 2 da start jem. Lepas je dari simpang Hospital Tawakal, box belakang jatuh. Rack dia patah. Ahh sudah satu hal aku mengusung box tu meredah jalan jem. Nasib baik la aku seorang rider yang kentang. Selamba mamba je aku cilok sana sini ngan muka toya (muka cover hensem sebab bawak box kat depan). Jem sampai ke Damansara Damai. Ada roadblock. Dan road block tersebut mendapat cacian yang hebat dari aku. Apa jadahnya dorang wat roadblock time orang balik keje gini.

Tapi memang kalo ko kuar mana pun hari ni dan esok, memang korang akan berdepan ngan roadblock-roadblock yang tumbuh bagai cendawan nih. Sumer gara-gara perhimpunan apa jadah ntah. Aku memang malas nak amek port benda-benda gini. Tapi kalau dah melibatkan kerja aku, memang hangin la. Maaf jika saya terkasar bahasa. Lumrah orang marah.


bayangkan korang ngusung benda alah ni kat depan.




Tu jer setakat ni yang aku nak kongsikan. Jumpa lagi di entry akan datang.




~Daaaa~





Jatuh ....

Salam semua.



Malam ni taknak celoteh panjang-panjang. Penat. Baru balik melalak. Sok pagi-pagi nak pergi Pantai Remis ada kenduri kawen. So kene tido skang. Ada 4 jam je ntuk tido ni. Jangan disia-siakan.



(tapi sempat lagi nak update blog)



OK. Setiap kali aku jatuh, aku akan bangun semula. Tak kira susah mana pun nak bangkit, aku tetap berusaha sampai aku dapat berdiri balik.



Hari ni aku jatuh lagi. Jatuh kalini berbeza ngan kejatuhan aku sebelum-sebelum ni. Aku tak tahu macam mana nak bangun balik. And aku rasa aku taknak bangun-bangun pun.



Yang pasti jatuh kalini wat aku rasa best je.






*tak semua jatuh tu menyakitkan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan.









~Daaaa~




Mari membaca

Salam semua.


Wah. Sudah bersawang blog ni sekarang. Lama tak ziarah. Eh eh. Ziarah selalu. Cuma lama tak menconteng yang sebetulnya. OK2. Hari ni aku nak menconteng dengan panjang lebar. Jadi sebelum kau orang baca lebih lanjut, bolehlah kau orang pergi bancuh kopi secawan dua, belilah cikedis-cikedis sikit, tak pun pergi beli pop corn. Sambil-sambil baca sambil makan pop corn, ala-ala muvie gitu. Chewah.


OK. Topik kita kali ni berkenaan hobi kau orang di masa lapang. Cakaplah hobi kau orang mengumpul setem. Aku tepuk dahi kau orang laju-laju nanti. Aku rasa tak ramai ada hobi yang spesifik, kan? Banyak benda yang boleh dibuat pada masa lapang ni. Lagipun aku rasa masa sekarang ni dah semakin sempit. Hampir tak ada masa-masa yang lapang lagi. Jadi di masa yang terluang ni, aku nak kongsikan salah satu hobi yang aku suka lakukan bila ada masa lapang. OK. Intro yang jauh melalut.



Salah satu aktiviti yang aku gemar lakukan di masa lapang ialah.... MEMBACA! Ya. Aku sangat gemar membaca bila ada masa terluang. Tak kisahlah baca buku ke, novel ke, majalah ke, komik ke, blog ke, komen-komen kat facebook pun, ataupun iklan. Kalau kau orang bagi signboard kat aku pun aku baca dengan teliti. Taknak sesat jalan lah katakan.


Tapi, ada tapinya. Benda yang aku nak baca tu mestilah dalam bahasa melayu dan bertulisan rumi. Kalau dalam bahasa English tu memang aku kurang berminatlah nak baca. Bahasa lain apatah lagi. Tulisan pun sama. Kalau tulisan jawi tu memang kureng sesangat. Bukan makna aku tak pandai baca jawi. Bukan. Bukan juga bermakna aku belum masuk jawi. Sungguh bukan. Cuma seperti yang aku cakap tadi, kurang berminat. Faham kan? Nak aku terangkan lagi?


Aku paling suka baca bab-bab berkaitan Islam. Lebih-lebih lagi berkaitan sejarah Islam dan tokoh-tokoh Islam. Memang favorite. Kalau dapat buku ni memang aku tatap sampai juling. Setakat ni aku ada 3 koleksi berkenaan tokoh-tokoh Islam. Umar al-Khattab, Umar Abdul Aziz dan Salahuddin al-Ayubi. Sikit je kan. InsyaAllah ada rezeki lebih, aku tambah lagi koleksi aku nanti. Kalau baca online, aku suka search cerita-cerita tentang gerakan Freemason, Dajjal, Imam Mahdi, Panji Hitam Dari Timur dan Perang Dunia Ketiga. Boleh buat kau sedikit pening, tapi dalam masa yang sama buat kau berfikir sejenak.




Lain-lain aku suka baca ialah komik. Buat masa sekarang, aku tengah melayan komik Samurai X - Kenshin Himura. Komik ni dah habis aku baca waktu zaman sekolah dulu. Tiba-tiba teringin nak baca balik. Sekarang baru sampai volume 2. Layan hoi komik ni. Kau orang pun boleh join baca kat sini. Banyak juga koleksi komik yang ada kat situ. Komik lain yang pernah aku layan sampai habis mestilah Dragon Ball Z. Tak pernah miss tu. Haha.




Isu-isu semasa? Hurm. Aku sekarang sangat-sangat jarang ambil tahu tentang isu semasa. Hampir semua isu semasa kat negara ni aku tak tahu. Isu luar negara apatah lagi. Agak out dated kan? Haha. Entah lah sebab bagi aku isu semasa kebelakangan ni macam sudah diputar-belitkan oleh pihak-pihak tertentu. Atas kepentingan tertentu. Membuat aku rasa ditipu, sekaligus membuat aku rasa jemu. Bagaimanapun itu hanya pendapat aku.


Sebelum aku akhiri coretan aku kali ini, aku nak bagitahu kenapa aku buat entry ni. Sebab baru-baru ni aku ternampak satu buku ni yang cukup menarik minat aku nak beli. Tapi tengok budget tak cukup lah pulak. Terpaksa lah aku hold dulu niat aku tu. Takpa-takpa. Hujung bulan ni aku mesti beli. Harus! Buku yang aku maksudkan tu ialah Khalifah-khalifah Yang Benar tulisan Abdul Latip Talib. Buku ni dah release hujung tahun lepas rupanya. Baru sekarang aku perasan. Lepas tu ada promosi kombo lak. Dua buah buku (Khalifah-khalifah Yang Benar dan Imam-imam Yang Benar) berharga RM 100.00. Sila usha di sini. Berbaloi-baloi tu. Wajib beli ni!




OK. Tu salah satu dari hobi yang aku suka lakukan bila ada masa lapang. Kau orang pulak camana? Marilah kongsi. Mana tahu kita punya minat yang serupa. Tetttt.





*Cikgu. I nak request entry tentang hobi U lak, boleh?? :P




~Daaaa~