Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Terminal Bersepadu Selatan.

Hari ni aku berpeluang berjalan-jalan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras. TBS ni terminal bas yang menghala atau yang datang dari arah selatan cam Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Aku ke sana sebab nak kirim barang ke Kluang, Johor. So aku amek la kesempatan ni ntuk pusing-pusing TBS nun. Haha


Selalunya aku dapat tengok TBS ni dari jauh je, dari tepi jalan. Nampak besar. Ada la dalam 7 tingkat gitu. Hari ni aku masuk ke dalam, MEMANG BESAR tak hengat. Aku ingat aku dah sesat kat KLIA. Memang canggih. Haha.


First time aku masuk TBS ni, mampu ntuk membuatkan aku rasa bangga ngan kemajuan yang dicapai Malaysia. Teruja gile aku jenjalan sengsorang dalam nih. Sambil tangan dok ligat snap gambar sana sini. Meh aku upload beberapa keping wat tatapan korang yang tak pernah sampai. Haha.






Kauter tiket yang banyak. Dari pelbagai syarikat bas ekspress. Korang boleh pilih mana-mana bas korang nak, dan korang tak perlu beratur panjang!!





Ni skrin tunjukkan jadual ketibaan dan jadual berlepas bas. So pasni takyah dah korang nak susah-susah pegi kaunter tanya "kak, bas saya dah sampai ke belom??".





Malu bertanya sesat jalan? Dengan kiosk touch screen ni korang tak perlu lagi nak shy-shy cat tanya orang katne itu, katne ini. Pilih je mana korang nak pergi, dia tunjukkan peta. Dia gak tunjukkan facilities yang ada kat sini. *Aku paling suke main benda alah ni kalau kat mall.* Haha





Medan selera yang selesa di tingkat atas. Dari sini korang leh nampak skrin jadual ketibaan dan perlepasan bas. Banyak kedai makan kat sini. Fast food ada gak. Boleh surf internet lagi sebab free wifi disediakan.





Ni balai ketibaan. Nampak lebih sistematik, kan? Kalau tak time ko nak turun bas, orang kat bawah dah menunggu nak naik bas. Tak campur kaum kerabat yang menunggu nak sambut ketibaan lagi. Sesak-sesak. Hisshhhh.

(Balai perlepasan tak dapat nak snap sebab cuma yang ada tiket jer boleh masuk balai perlepasan).





Ruang menyimpan beg layan diri yang user friendly. Warna pun meriah jer. Wat korang lebih senang nak ingat kat mana korang simpan beg korang.





Jejantas ni menuju ke tempat letak kereta/ motosikal, stesen KLIA Transit, teksi dan bas bandar. TBS full ber-aircond. So jejantas ni turut dijadikan sebagai smoking area. Heheh.






Ruang letak kenderaan pun banyak. Wat masa ni kadar bayaran masih belum dikenakan lagi. Tak tahu lah masa akan datang. Harapnya kalau dikenakan bayaran pun biarlah berpatutan, kan. :P





Kalau takda sapa nak tolong pick up korang, or hantar korang ke TBS ni, jangan risau. Public transport tersangatlah senang nak dapat kat sini. Bas bandar ada, teksi ada, komuter pun ada. Dari sini pun korang leh p straight ke KLIA sebab KLIA Transit tu pun sejengkal je dari TBS ni.

KLIA Transit





Best kan? Camni kalau aku nak gi Melaka naik bas pun takda hal. Haha. Korang-korang yang tak pernah sampai lagi tu, leh la wat lawatan ke sini. Tengok salah satu kemajuan yang dah dicapai Malaysia. Bangga sket beb. Haha




*Sok pakcik aku yang duk kat Liverpool, Jinjang dan anaknya Sean akan datang ke Malaysia. Nanti leh aku bawak dorang jalan-jalan TBS ni.



OK,


~Daaaa~

3 comments:

jehan dexhan said...

kt mane admin jumpa tempat ruangan beg simpanan n kiosk touch screen 2??

Unknown said...

macam mana cara kirim barang melalui bas?

Unknown said...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
Supaya lebih lengkap KLIK-> PESUGIHAN TOTO MALAYSIA

Post a Comment