Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Digoda Tak Tergoda

Hari ni cuaca agak panas. Bukan. Amat panas ok. Pagi-pagi lagi aku da ada job. Kemas stor. Mandi peluh da aku dalam tuh. Jam 1100 baru dapat keluar pegi Subang. Setel Subang da kul 1135 da. Alang-alang ni lepak makan kat Kepong ok gak nih. Sampai Kepong singgah 7 eleven dulu. Tetiba tekak ni ngidamkan Slurrpee. Cuaca panas, kan.


Baru jer menapak masuk lam 7E, office call cakap ada barang urgent nak amek kat Kota Damansara. Hangin tul aku. Tadi aku kat Subang tak nak call. Ni nak kene patah balik lagi. Nak wat cane, tanggungjawab kene tunaikan gak walaupon perot da meronta-ronta nak kan nasik. Sabar ye cik perot. Kejap jer nih.


So tak jadi beli slurrpee. T___T . Aku beli a air kotak teh bunga, lepak minum sambil hisap rokok sebatang. Rilex dulu abes sebatang baru gerak. Tengah syok merokok kat motor, aku terpandang a sorang amoi yang bole tahan seksi gak dok mundar mandir depan aku nih. Hah. Ok a tu santapan peparu ngan santapan mata skali. >____< Tetiba amoi seksi tu datang kat aku. Maka bermulalah conversation dibawah.




"Abang, sini mana tempat orang mau massage?" tanya amoi bersinglet pink ngan short putih tu.


"Err.. Tak tau lak saya. Saya bukan orang sini." terkejut gak aku tetiba dia tanya aku soklan tu.


"Bukan bang, saya mau balik Johor, tapi duit tak ada. Abang tau sapa sapa yang nak massage? RM 25 jer bang." sambungnya lagi.


"Owh. Tak tau lak saya." ringkas jawab aku da mula pelik.


"Abang tak mahu massage?" dia tanya soklan tu kat aku lak.


"MASSAGE???" aku dapatkan kepastian. Tul ke amoi nih.


"Aa ah. Bukan urut jer bang. Kalau abang nak 'lain-lain' pon boleh. RM45 jer bang," dia da mula nak manja-manja lak.


"Alamak. Saya duit takde ni. Saya orang miskin maa. Minum air kotak jer ni," sambil aku tunjukkan air kotak yang da separuk aku minum tu.


"Rm35 pon boleh la bang. Ok bang?" dia cuba memujuk.


"Saya betul-betul takde duit ni. Hujung bulan maa. Kalau U datang awal bulan ada laa." aku berdalih lagi. Chewaaah. Tegar jugak aku ni yer. Hahaha


"Owh yeke. Takpe la camtu." jawabnya kecewa dan terus berlalu.




Aku habiskan sisa sisa rokok aku sambil usha dia pergi ke lelaki lain. Mungkin cuba nasib kat sana lak kot.


Haish.. Macam macam hal skang ni kan. Desperate sangat nak pakai duit kot. Tapi perlu ke ngan cara tu? Kan bole p kedai mamak mintak upah basuh pinggan ker.


Mujur a aku tak terjebak ngan dugaan nih. Mungkin jugak sebab lam poket aku da 8 hengget jer. Cuba bayangkan aku da 50 hengget. Dua kali pikir gak aku. Hahahha. Takde2. :P




~TAMAT~

No comments:

Post a Comment