Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Motor.

Rasa cam nak hantar notis berhenti kerja. Apakah aku telah bosan dengan kerja ni? Atau kerana tekanan kerja yang semakin berat? Atau kerana desakan hidup yang galok sangat nak menikah? Ada kaitan??


Actually, aku suka kerja ni. Pertamanya sebab kerja ni bebas. Hantar barang, jalan-jalan. Aku tak suka kerja yang duduk dalam ofis, mengadap komputer je. Biar badan ni penat, janji otak aku rileks. Tu takpe. Keduanya, kerja ni best sebab kat sini aku diajarkan tentang sparepart. Mana ada tempat lain despatch diajar tentang sparepart. Sampaikan sekarang ni aku lebih teruja tengok treler berbanding kereta sport. OK? I love my job!~!


Cuma kebelakangan ni, aku mula rasa tak best kerja kat sini. Tekanan dari orang atas. Macam-macam law baru dibuat. Katanya untuk kebaikkan syarikat. Tapi tak pernah langsung memikirkan tentang hal pekerja. Lebih-lebih lagi pekerja pangkat rendah cam aku. Kalau dah sampai Hari Ahad pun mintak datang kerja untuk kira stok, tak ke mintak penerajang namanya tu. Dengan takda OT, takda triple gaji, datang dengan paksa rela. Memang tak dapat la john.


Aku pun bukanlah selamanya nak kerja kat sini. Mesti nak cari kerja yang lebih baik lagi. Cuma sekarang rezeki aku masih disini. Masih tak dapat mana-mana tawaran lagi. Mohon dah banyak mohon dah. Mungkin sekarang ni permintaan kerja melebihi penawaran.


Antara faktor lain aku masih setia dengan kerja ni ialah masalah transport. Ya. Aku harus sedar yang aku takda motor. Sekarang ni pun aku dok lenjan motor company je. So kalau aku benti kerje sekarang, takkan aku nak pergi carik kerja naik kereta lak kan? Cost harus dikurangkan.


Jadi kita lupakan cerita-cerita di atas, kita cerita tentang motor. Tu motif utama aku wat entry ni awalnya. Maybe tekanan kerja terbawak-bawak tu yang intro jadi berjela-jela camtu tu. OK. Berbalik kepada motif utama.


Next month aku budget nak beli motor. So sejak khamis lepas, aku pergilah usha 3 4 bijik kedai motor, sebab aku usha kat kedai makan takda lak jual motor. Kelakar. Hasil peng'usha'an aku sepanjang minggu lepas, aku shortlistkan list panjang aku kepada dua motor ni.




1. Yamaha FZ 150 i.



Aku suka motor ni lama dah. Dari dia versi lampu bulat lagi. Aku dah try motor ni, memang best bawak. Motor touring so tak expect pun tentang kelajuan. Yang penting selesa bawak. Pakai injection, ada coolant. Jadi motor ni jimat minyak, dan sesuai jugak ntuk traveling. Full tank 12 liter boleh pergi 280 KM. So pergi balik Selayang - Melaka dalam RM30.00 jer. Haha. Kenapa Melaka? Tu contoh jer. Kalau nak buat Selayang-Miri tak logik la pulak. OK. XD


Cuma yang tak best motor ni, tak ada bakul. Satu hal pulak kalau mak suh beli barang naik motor. Dah bergantung-gantung beg plastik kat handle. Nak pasang box belakang macam meriah sangat lah pulak. Haishh.




2. Yamaha LC 135 baru.

Motor LC 135 dah lama dipasaran. Cuma yang LC 135 baru ni aku nampak dia ubah kat rekabentuk dan lampu depan belakang. Agak berminat gak lah aku tengok design dia. Motor ni ada dua version tak silap. Ada clutch tangan dan ada clutch auto. Dengar-dengar motor ni lebih laju dari LC 135 sebelum nih. Tak tahu lah sebab LC 135 aku tak pernah try. Ada coolant gak. Tak pasti injection ke carb. Yang pasti boleh jalan jauh ke Melaka. Lagi.


Tapi... Motor ni sangatlah 'panas'nya. Security kene kuat kat motor ni. Kene pasang solex, taruk fork lock, lilit rantai besi, cabut handle kalau nak parking bawah. Setiap sejam kene usha. Pantang alpa sikit, mesti lesap. Haishhh lagi.


Kedua-dua motor ni berada dalam pemerhatian aku. Kene kaji hujung pangkal kelebihan kekurangan kedua-dua motor ni sebelum beli. Dari segi budget pun kene pikirkan jugak. Haha.








Lain-lain motor yang ada dalam list usha-mengusha aku haritu ialah,


Honda CBR 150R



Kawasaki 150RR

Kawasaki 150RR ni aku letak dalam list sebab dia laju. 2 lejang pulak. Paham-paham lah dia punya pergi. Dan paham-paham lah pulak dia punya minyak. Nak traveling susah. Camana nak pergi Melaka? Haha. Melaka lagi.



KLX 150

KLX 150 ni banyak atas jalan skang. Nampak cam meriah jer naik motor nih. Barulah gila-gila remaja. Ku jejak jalan yang berliku~


Kawasaki ER-6n

Yang ni motor idaman aku. Takdalah aku taruk dalam list pun. Saja usha jer. Belum mampu lagi. Ni antara motor ber CC besar yang murah. Kira mampu lagi lah kalau nak pakai pun. Motor touring. Sekali lagi jangan expect ini ialah motor superbike, OK.








Dan kalau aku mampu lagi, aku nak sambar motor yang betul-betul idaman aku. Tengok CC dia pun dah gerun, apatah lagi harga dia. Mau koma seminggu. Haha. Aku saja taruk sekali dalam entry nih. Mana tahu kot kita berkongsi idaman yang sama, kan.








Motor idaman yang aku sendiri tak tahu bila aku boleh rasa.










Tadaaaaaa~











Kawasaki GTR 1400



ps : yang ni kompem pergi balik Melaka tiap hari. XD





~Daaaa~

4 comments:

Rocktape Malaysia said...

angkat kawasaki GTR 1400 tu je....

Unknown said...

boleh tanya satu x.....aku mau pergi balik dari batu caves ke setapak setiap hari.....lg pun gua suka motor berCC 150....aku sekarang keliru sama ada nak ambil Kawasaki RR atau Yamaha FZ......tapi gua suka RR......apa cadangan anda.......tolong bagitau saya gua dah keliru ni...pls tolong

Moraliza said...

angkat yamaha lah..

Azizie said...

Angkat yamaha fz kalau nak jimat minyak

Post a Comment