Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Sahabat, Kekasih dan Teman Lama

Saya orang aman,
saya bukan orang jahat.
Saya benci perang,
saya rela bersahabat
.


Tu antara kata-kata Mr Malique dalam lagunya Perang Dah Tamat. Semua orang suka bersahabat. Siapa yang suka bermusuhan, kan? Aku suka bersahabat. Dan kalau boleh aku nak bersahabat dengan semua orang.


Dengan sahabat aku belajar pengalaman hidup. Dengan sahabat aku mintak tolong. Dengan sahabat aku bergembira. Dengan sahabat aku berkongsi duka. Kerana sahabat aku bertambah yakin, dan kerana sahabat juga aku masih terus berjalan.


Manisnya sebuah persahabatan, datang bila mana ia ditunjangi kejujuran dan keikhlasan. Bila mana pertemuannya adalah kerana Allah, dan perpisahannya juga kerana Allah. Melankolik? Ya. Kerana sahabat juga aku bermelankolia di sini.


Aku sayang sahabat aku. Sebab sahabat sejati susah nak dicari. Dan sahabat yang hilang sukar diganti. Tak perlulah kau nak tanya, "habis mak ayah tak sayang ke? Family tak sayang ke?". Of course lah aku sayang. Tapi sekarang aku tengah bercerita tentang sahabat. Jadi sila fokus.


Aku sayang semua sahabat aku, dan aku tak nak kehilangan mereka. Boleh? Kenapa tak boleh? Kenapa nak pisahkan? Kenapa harus cemburu ngan persahabatan ni? Salah ke kalau kami terus bersahabat? Takda kepentingan sendiri dalam persahabatan ni. Takda kesempatan aku amek dalam persahabatan ni. Takda. Aku cuma sayangkan sahabat aku.


Sahabat banyak membantu aku, salah ke aku membantu mereka? Sahabat selalu buat aku gembira, salah ke aku gembirakan mereka? Sahabat selalu ada di sisi aku bila aku bersedih. Salah ke aku ada disisi mereka bila mereka bersedih? Ia bukan tentang membalas budi, or wutever u call it. Ia tentang tanggungjawab sebagai seorang sahabat. Bagi aku ia lebih kepada kasih sayang seorang sahabat.


Ya aku tahu setiap sesuatu ada batasnya. Aku tahu besar risikonya bila kita melampaui batas. 'Penceroboh akan didakwa' or 'Penceroboh akan ditembak'. Aku tahu tu dan aku sentiasa cuba menjaga persabatan ini agar tidak melampaui batas. Aku cuba. Sebab aku sayangkan persahabatan ini.


Aku sentiasa berharap agar persahabatan ini kekal. Aku sentiasa berharap agar tiada siapa atau apa-apa yang memutuskan persabatan ini. Dan aku sentiasa berharap agar aku dapat terus bersahabat dengan dia sampai bila-bila.


OK. Nak tidur dah. Semoga esok hari aku bangun dari tidur, aku tahu dia masih lagi menjadi sahabat aku. Begitu juga untuk hari-hari seterusnya. Selamat malam. :)









~Daaaa~




Syukur aku masih ada kerja.

"Hali-hali lambat. Hali-hali bangun lambat. Apa? Kenduri? Itu U punya masalah. Bukan saya punya masalah. Yang saya tau, U lambat, tolak point!"



"U haa. Motor kereta semua tara jaga punya. Tengok U punya motor paling teruk punya. Ini kereta sudah kotor pun U tala cuci lagi. Ni kusyen apahal ada habuk rokok? Ini sapa punya kotak rokok ni? Bukan U punya? Bawak keluar U punya rokok saya mau tengok. Nanti haa saya hantar ini kereta pergi cuci, potong U punya komisen."



"Apasal haa saya suruh U repair itu lampu, sampai sekalang masih tala elok. Itu aircond pun saya suruh bersihkan pun U tala bersihkan lagi. Itu toilet belakang punya paip. Sudah liking. Bila U mau buat? Saya tak mau dengar apa-apa alasan. Nanti bonus punya time U dapat sikit jangan tanya saya kenapa haa. U punya point paling teruk."






Sikit-sikit potong komisen. Sikit-sikit potong point. Apasal lu tara potong saya punya kepala sekali?! Saya punya jawatan Marketing Support. Saya punya gaji Marketing Support. Saya punya kerja macam-macam. Apasal tak taruk saya punya jawatan 'Universal Worker'?


Benda-benda camni la yang slalu wat aku takda mood nak keje. Keje aku punya la baik aku buat, lu tak nampak (or buat-buat tak nampak). Hal yang remeh-temeh tu gak yang lu nak carik pasal. Abes keje-keje aku yang cantik molek aku wat, takde lak lu nak tambah point, tambah komisen?


Aku datang lambat? Aku sign sub con keje dari kul 0830 sampai 1800. Lu nak suruh aku datang awal kemas stor sebelum 0830 memang tak dapat la jack. Berapa kali je aku datang lepas jam 0830? Baru sekali kot.


Motor aku paling teruk? Memang. Aku mintak tukar itu, tak bagi. Mintak tukar ini, kata membazir. Lu punya adik mintak tukar apa barang pun semua lepas je. Tak boleh la lu nak comparekan motor aku ngan motor adik lu derr.


Lu nak suruh aku buat bab-bab letrik, bab-bab paip. Kalau aku tau buat, aku tak kerja sini der. Baik aku mintak jawatan maintenance.





Haishh. Tu la kerja. Kalau nak ceritakan bab kerja ni, memang tak kan habis. Ada je benda yang buat aku hilang mood. Tapi kejap je. Balik keje, tido, esok pagi dah ok balik dah. Bangun pagi, siap-siap nak pegi keje, aku cakap lam diri ni, "Syukur aku masih ada kerja. Orang lain kat luar sana ramai lagi yang takde keje,". Tu lah ayat aku pagi-pagi nak carik mood kerja. Pasal tu aku still leh tahan lagi kerja ni. Malam-malam luahkan kat blog. Baru tidur pun nyenyak. Haha.




~Daaaa~




Tali Gitar Baru.

Chop! Tali gitar saja baru. Gitar masih lama. Hahaha.



Semalam cadangnya nak beli tali gitar. Tapi balik keje penat sangat, tak jadi beli. So hari ni lepas kerja tadi aku terus pergi ke kedai Wira Sport kat Selayang ni beli tali gitar. Sampai sana kedai dah nak tutup. Tinggal satu pintu je lagi. Dari jauh lagi aku jerit, "Tunggu! Jangan tutup lagi. Saya datang mahu beli tali gitar,".


Akhirnya dapat gak aku beli satu set tali gitar brand Fender. Aku suka pakai tali gitar Fender atau Gibsons, yang untuk gitar elektrik punya. Tali dia tak sakit sangat jari. Saiz 0.008mm. (terbang 30 hengget =.=" )

Tali Fender satu set + 2 Pectrum @ Pick

Pasang tali gitar pun ada dugaannya jugak. Nak bukak tali gitar ni kene pusing la tuning keys die tu sampai tangan ko krem. Bukan satu. Tapi 6 tali. Maknanya 6 kali tangan ko krem.

Tali dah siap bukak semua.



Time nak bukak tali no 4, tuning key dia boleh tercabut pulak. Skru tanggal jatuh hilang entah kemana. Dah satu hal aku mencarik skru kecik cenonit tuh.

Tuning Key yang tertanggal (kawasan bertanda)



Dekat setengah jam aku mencarik, last aku jumpa gak. Kat dalam CPU aku. (aku cabut satu skru kat CPU aku. Skru CD-rom). Haha. Lepas ni kalau skru tuning keys ni hilang lagi, aku tahu nak carik kat mana dah. Yeahhh!



Ni la skru yang menangguhkan masa aku.


Sekarang dah siap pasang satu set tali tersebut. Tuning pun dah ngam. Try main lagu Another You. Baru lah asyik bunyinya. Pasni boleh karok sorang-sorang lam bilik. Kah kah kah.





Hoi! Sakan kau pasang tali gitar ekh. Besok malam rumah buat kenduri doa selamat. Bukan nak buat konsert!


Haha. Tahu takpe. Besok malam lepas isyak rumah aku ada buat kenduri doa selamat sempena adik aku dapat kerja. Jemputlah datang beramai-ramai ye.





*main lagu Dipenjara Janji seframe pastu nak tido.






~Daaaa~




Kembalikan semangat gitar!

Hari ni secara tidak semena-mena datang mood nak main gitar kembali. Gitar kapok kaler hitam yang hampir dua tahun dok terperok lam almari tu aku keluarkan. Sejak aku beli gitar bass (dah dijual) dua tahun lalu, tak pernah aku sentuh gitar kapok ni.


Habuk di badannya aku bersihkan, lalu kenangan lama bersamanya ku ulit kembali. (agak melankolik disitu). Takpe. Sekali sekala.



Jatuh lagi?

Pagi tadi kuar kerja, hujan renyai-renyai. Dalam perjalanan di Jalan Kuching, ternampak sebuah motosikal eksiden dengan sebuah lori. Berhenti tengok. Keadaan mangsa agak parah. Balik tadi baca Mstar Online, mangsa telah pun meninggal dunia. Al-Fatihah.




OK, part aku lak. Jalan licin, tayar botak dan tapak kasut yang haus. Hasilnya? Hambik kau. Bersantai aku ditengah jalan nun. Takde darah merah yang mengalir keluar. Sebab semua darah dah naik ke muka. Merah padam muka time tu. Malu kot!


gambar hiasan


Takda la seteruk tu aku jatuh. Tak teruk langsung pun. Cuma tangan terseliuh, badan sengal-sengal dan malu tak tertanggung. Nasib baik takde awek yang nampak. Kalau tak makin lambat la walimatul urus aku nanti.



Kecederaan parah? Takda. Jangan risau. Kalau parah pun takde sape yang risau pun. Jadi syukur sangat. Alhamdullillah.



OK tak boleh taip panjang-panjang. Tangan sakit dan badan sengal-sengal. Sekarang nak gi makan. Pastu nak turun bawah suh kak ngah aku ngurut. Pastu nak tido. Kepala pun dah mula sakit. Hujan panas sering membuat aku migrain. Owhh...



*Ok nak gi urut cepat. Kalau tak nanti orang tu marah. Sape cakap takde orang risaukan aku. Ada tawww. Kah kah kah. Cayang kamu. XD




~Daaaa~

Selamat Pengantin Baru - Syuk dan Azni

Hari ni aku mencemarkan duli dengan menghadiri Majlis Walimatul Urus Syukri dan Azni di Dewan Kompleks Sukan Dato Keramat. Syukri aka Apek ni member tyme matrik Kuala Nerang dulu.


Aku kerja halfday harini sampai jam 1300, amek Dorn (dari Seremban) kat Stesen Taman Melati, pastu gerak gi tempat majlis.


Sampai sana dalam jam 1400. Ramai member-member KMKN yang dah sampai. Antaranya Star, Andy dan Lan. Lepas tu Abang dan pasangan, Adik, Bidi, Wan Taiko dan pasangan, Hadi Ujang dan Ahcong sampai.



Jejaka-jejaka yang masih solo




Lepak smoke kat luar pas makan.




Bergambar bersama pasangan pengantin.




Hafiz, Dorn, Apek (pengantin), Lan (bakal jadi ayah), Aku, Hadi Ujang





Mintak berkat pengantin. Hahaha


Lepas majlis kitorang (aku, dorn, star, andy and ahcong) lepak menyembang kat NZ Curry House Wangsa Maju. Balik umah jam 1900.




*Hepi tengok kawan-kawan kawen. Aku ni ntah bila ntah nak ketemu jodohnya. Haishhh




Hahaha




~Daaaa~

Resit Minyak.

Hari ni boss panggil aku naik atas pasangkan tirai baru dia. Sebagai 'maintenance terjun' kat opis, memang nama aku je la yang slalu disebut kalo ade pape masalah. Dari paip, wiring, tukar lampu sampai la ke drill lubang kat dinding. Susah dow korang nak dapat pekerja serba boleh cam aku ni. Tak hargai gak tak tahu la.




Aku tak mintak pun nak buat keja-keje ni sumer. Dalam job sheet aku pun takde suh wat mende-mende ni sumer. Dan sesungguhnya memang aku tak suke la buat menda alah ni. Sebab secara otomatiknya aku tak dapat kuar anta barang. Tak kuar anta barang means takde komisen. Takde komisen means boleh mendatangkan moody. Bila aku moody maka berjaga-jaga lah korang.




Time moody tu lak branch manager boleh sound aku kenapa tak amek resit tiap kali isi minyak. Siap nak tolak komisen aku lagi pasal tu. Memang mintak kene maki la jawabnya. Statement dari petrol pump tu tiap-tiap bulan datang. And tiap kali isi minyak dah tulis dalam buku. Nak resit jadahnya lagi. Lepas Jumaat memang takda mood dah nak datang keje. Balik umah tido. Kul 5 petang baru bangun. Siap-siap gi opis. Punch card balik rumah balik.




Angin ni bukan la selalu sangat tak menentu. Cuma bila aku senyap tu, jangan la ditegur. Silap-silap hinggap gak tangan ni kat muka kang.




Mekasih blog sebab sudi dengar. Lega da sket. Jom kuar amek angin baru. Layan muvie pon best gak.







~Daaaa~

Update Blog - Part 2

Dalam kebosanan malam ini, aku berjalan-jalan ngan pakcik gugel ntuk carik pape yang boleh memeriahkan lagi blog ni. Meriah ke? Takde la meriah mane pun. Sebab tema blog ni 'cool'. Aku kan cool. OK cukop. Fokus!


Ntuk editing kalini tak banyak pun yang aku buat. Cuma yang paling best aku rasa bab 'date header' tu.

Nampak style sket kan. Style dalam cool. Untuk permulaan kira ok la tu. Blajar basic dulu. Nanti da terer nanti aku wat la lagi comel. Haha.


Lepas tu aku edit sket bahagian 'sidebar'. Aku watkan box untuk widget-widget ni. Baru la nampak kemas.


Untuk 'post body' pun aku borderkan jugak. Lepas ni aku nak wat box untuk kotak rokok, deodorant, gel rambut, alatulis dan sumer-sumer benda atas meja komputer aku ni lak. Gile sepah dan tak teratur. Grrrr.


Baru-baru ni gak aku blajar cara wat 'jump link' dengan icon yang agak comel bagi aku.

Benda ni leh la aku gunakan ntuk entry-entry yang panjang dan penuh bergambar kelak. So takde a berat sangat kalo nak loading nanti kan.


Tu je yang dapat aku edit ntuk malam ni. Aku rasa lagi banyak aku edit blog ni lagi cepat aku mati kot. Ntuk edit tu je da bape batang rokok aku telan dah. Haha. Tapi puas hati. Kira fair la tu kan?


Untuk 'date header' tu aku blajar dari Trick Tips Blogger.

Untuk icon 'jump link' tu lak aku belajar dari Big Hand Design.



OK.




~Daaaa~

Welcome to Malaysia - Jinjang and Sean.

Dalam post yang lepas aku, (sini) aku ada cakap pakcik aku, Jinjang nak datang Malaysia ngan anaknya kan. So harini aku update pasal ni lah memandangkan takde menda nak buat.


Selasa lepas, Jinjang dan anaknya Sean datang ke Malaysia. Aku ngan abah pegi jemput dorang kat KLIA. Flight dorang mendarat kul 2 petang. Dalam kereta Jinjang ngan abah rancak je bersembang. Jinjang pun dah mula fasih bercakap bahasa Melayu dah. Aku ngan Sean lak senyap seribu bahasa. Bukannya senyap sebab malu-malu. Tapi sebab tak tahu nak cakap omputih. Kah kah kah. Mula-mula aku ada gak tegur dia tanya camana perjanan, ok? Sekali dia jawab satu patah haram aku tak paham. Pekat gila kot. Dah macam bahasa Jerman dah aku dengar. Lama-lama aku cuba biasakan, OK la dapat la sembang sket-sket ngan dia.


Sampai rumah banyak benda yang Jinjang teringin nak makan. Dia nak Sean rasa makan makanan Malaysia. Aku bawak dia pergi makan Satay Kajang Samuri ngan cendol. Lepas tu bawak dia pergi pasar malam. Banyak giler makanan dorang beli. Dah macam shopping kat mall dah. Aku beli durian nak bagi Sean rasa. Bau durian je die dah tak tahan. Aku sorang je la yang ngadap durian tuh. Haha.


Malamnya pergi pusing-pusing KL. Kebetulan malam tu ada perarakan Hari Wesak. Dapat gak la dorang tengok salah satu perayaan yang di sambut kat Malaysia. Interesting kata Sean. Lepas tu bawak dorang pergi Uptown Danau Kota lak. Takda apa pun yang dibeli. Mungkin dorang pun penat lepas 15 jam perjalanan UK ke Malaysia.


Tengahari tadi dorang pergi ke kampung pulak. Teluk Intan. Jumpa sedara mara kat sana. Then katanya nak pergi bercuti ke Pulau Tioman. And kalau sempat nak masuk ke Thailand. Selamat bercuti ye Jinjang and Sean.


Sebelum datang ke Malaysia Jinjang tanya aku nak kirim pape ke. Aku cakap apa-apa la barang Liverpool, and ofkos la, rokok. Haha.

~Liverpool Mufla~



~Jabulani - Liverpool~
(tak sempat nak pam lagi. haha)



~Dunhill Sekarton~
(smoking kills???)



~Amaran dia tak bole blah. Hahaha~




Gambar Jinjang and Sean takda lagi. Sebab aku pun tak sempat nak amek-amek gambar. Minggu depan dorang datang sini balik. Aku ngat nak bawak dorang pegi Putrajaya ngan I-City lak. Ada gambar nanti aku upload.







~Daaaa~



Rindu.

Hari ini sekali lagi aku pegi jumpa dia. Sejak pertama kali bertemu, aku asik teringat kat dia. Dia miliki semua ciri-ciri yang aku inginkan. Rindu dia lain macam. Bila la agaknya dapat aku meminang dia. T__T







Rindu ni tak tertahan. Balik umah first thing aku mesti nak tengok gambar dia. Sambil-sambil membayangkan aku disisi dia. Mode sangat rindu.







Sabarlah sayang. Duit simpanan ni masih tak cukup untuk meminang awak. Insya Allah tiba masanya nanti, kita tetap akan bersama. Berikan saya sedikit masa lagi ye. Caiyok2.







Harap-harap bulan depan dapat lah aku meminang FZ150i idaman aku tu. Kaler biru. Koool.







~Daaaa~



Terminal Bersepadu Selatan.

Hari ni aku berpeluang berjalan-jalan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras. TBS ni terminal bas yang menghala atau yang datang dari arah selatan cam Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Aku ke sana sebab nak kirim barang ke Kluang, Johor. So aku amek la kesempatan ni ntuk pusing-pusing TBS nun. Haha


Selalunya aku dapat tengok TBS ni dari jauh je, dari tepi jalan. Nampak besar. Ada la dalam 7 tingkat gitu. Hari ni aku masuk ke dalam, MEMANG BESAR tak hengat. Aku ingat aku dah sesat kat KLIA. Memang canggih. Haha.


First time aku masuk TBS ni, mampu ntuk membuatkan aku rasa bangga ngan kemajuan yang dicapai Malaysia. Teruja gile aku jenjalan sengsorang dalam nih. Sambil tangan dok ligat snap gambar sana sini. Meh aku upload beberapa keping wat tatapan korang yang tak pernah sampai. Haha.

Motor.

Rasa cam nak hantar notis berhenti kerja. Apakah aku telah bosan dengan kerja ni? Atau kerana tekanan kerja yang semakin berat? Atau kerana desakan hidup yang galok sangat nak menikah? Ada kaitan??


Actually, aku suka kerja ni. Pertamanya sebab kerja ni bebas. Hantar barang, jalan-jalan. Aku tak suka kerja yang duduk dalam ofis, mengadap komputer je. Biar badan ni penat, janji otak aku rileks. Tu takpe. Keduanya, kerja ni best sebab kat sini aku diajarkan tentang sparepart. Mana ada tempat lain despatch diajar tentang sparepart. Sampaikan sekarang ni aku lebih teruja tengok treler berbanding kereta sport. OK? I love my job!~!

Kongsi - Lu Langsi Lu Mati

Akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Kongsi - Lu Langsi Lu Mati ni pada hari pertama tayangan. Cerita ni aku dah tunggu lama dah, dan aku menaruh harapan yang tinggi terhadap cerita ni.


Gigih jugak lah aku pergi carik tiket dia time lunch semalam. Aku beli 4 tiket untuk cerita ni kat Bremmall Kepong jam 2215. Waktu aku beli tiket ni baru dua row seat dah dibeli.


Jam 2115 aku dan adik aku keluar rumah. Singgah Setapak dulu amik Harith dan wife. Terus gerak Bremmall. Sampai sana jam 2200. Orang dah beratur panjang dah nak masuk wayang. Masuk je tu dia. Full sampai ke seat depan skali. Biasanya aku tengok wayang 4 row depan mesti kosong punya. Ada jugak yang sanggup duduk seat depan skali ekh. Tak apalah. Janji korang enjoy. Haha.


Cerita dia not bad lah. Awal-awal cerita ni dah buat aku gelak dah. Dengan loghat Kelantannya, aksi selambanya, Shaheizy Sam memang best. Sebagai filem bergenre aksi komedi, korang tak boleh lah nak expect aksi yang berat-berat dalam cerita ni. Cerita dia ringan jer. Plot cerita pun tak berapa nak tersusun. Dan ending dia tergantung. Ya, tergantung. Tergantung sebab si Shaheizy Sam ni tergantung pada akhir babak filem tersebut.





Cukop cukop
!!


Aku kalau bab mengkritik filem ni memang di luar bidang aku. Tak pandai aku nak kritik itu ini, apatah lagi nak buat satu filem. Cuma pada pandangan peribadi, aku bagi rating 4 bintang lah untuk cerita ni. Tak ada cerita yang sempurna pun, kan. Aku rasa cerita ni boleh disenaraikan dalam 'kotak pejabat' lah kot. Good luck!


On the way balik member aku mesej tanya dah tidur ke. Aku jawab tak lagi baru balik tengok cerita Kongsi ni. Dia cakap baru nak bagitahu baik tak payah tengok. Sebab cerita dia bosan, tak menarik langsung.


Apapun masing-masing ada pendapat tersendiri kan? Cita rasa masing-masing. Kalau korang nak tahu cerita ni memenuhi citarasa korang atau tak, pergilah tengok sendiri.


Selamat Menonton!! :D




~Daaaa~

Family Preloved

Oh blog lama sudah kita nggak ketemu. Rasa rindu pun sudah menebal dihati ini. Haha. Jom update. Tapi cerita apa? Apa cerita?


Tak ada cerita terkini. Semua biasa saja.


Disebabkan ketandusan cerita, so aku amek keputusan untuk promote satu link blog authorize by adik aku.




Korang pegi lah jalan-jalan sana dulu sementara aku carik idea nak story mory kat blog ni. Ni pun aku nak siap-siap pergi tengok wayang. Cerita Kongsi Lu Langsi Lu Mati. Aku letakkan expectation yang tinggi terhadap cerita ni. Kalau menghampakan gak, memang aku bakar panggung tu. Haha. Takda lah sampai ke tahap tu. Paling-paling pun bakar rokok je tanda protes.


OK




~Daaaa~

Goodluck Acu.

Aku happy wei.

Kenapa?

Sebab adik aku happy.

Sebab apa?

Dia dah dapat tawaran kerja.

Kerja apa?

Ermm. Pensyarah rasanya.

Kat mana?

Kat Mahsa College. Cawangan Sabah.

Bila start?

1 Jun ni.

So?

Eh kau ni banyak soal pulak. So aku cakap pergi je lah. Bukan senang nak dapat kerja sekarang nih. Plus, Mahsa College tu pun bukan takda nama, kan. Pergi je dulu. Cari pengalaman. Sabah tu bukan jauh sangat pun. Sekarang ni flight banyak. Hari-hari pun ada. Telefon pun ada. Internet ada. Apa lagi yang nak dirisaukan?


Takut sorang-sorang kat sana? Mula-mula memanglah sorang. Nanti lama-lama ramailah kawan tu. Alah. Lepas setahun dua, boleh la mintak pindah sini balik. Silap-silap ko dah taknak transfer sini balik dah. Dah syok duduk sana. Mana lah tahu kan.


Apa yang aku dok ngarut lagi ni. Adik aku dah terima dah pun tawaran tu. Gudluck my beloved sister. Moga-moga murah rezeki kau. Aku tumpang gembira dengan berita ni, OK? Sok persilalah 'buka meja' di Pizza Hut. Kesian abangmu ini kempunan nak makan Pizza.


Haha.


OK




~Daaaa~

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-25

Tepat jam 12 tengah malam tadi, beralihlah tarikh 8 Mei 2011 ke 9 Mei 2011. Sekaligus menamatkan hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 25. Kebetulan tarikh ini jatuh pada hari Ahad kedua bulan May, yakni tarikh untuk menyambut hari Ibu seMalaysia, pasti ramai tertanya-tanya apakah bentuk sambutan yang aku lakukan pada hari ini. Ramai ke? Haha.


Jawapannya, tiada apa-apa sambutan. Ya. Seperti biasa, tiada apa-apa sambutan. Pagi-pagi bangun tido, gosok gigi, tengok bawah tudung saji ada nasik lemak lauk ayam. Makan. Lepas tu masuk bilik bertenet dan main game. Bosan main game sambung tido balik. Bangun makan dan bertenet lagi.


Masa berbual percuma yang diberikan Maxis untuk call pengguna Maxis lain, tidak digunakan sepenuhnya. Cuma call Harith suruh wish besday aku. Sebab tahu dia takda facebook. Lewat petang call Ashri lak. Suruh dia wish besday aku gak. Rasa cam tak lengkap lak besday takde wish dari dia. Hahah. Aku rasa kalau Maxis bagi aku masa panggilan percuma ni seminggu kat aku pun dia tak rugi apa-apa. Sebab takde sape pun yang aku nak call. Hahaha.


Malam aku keluar ke Shah Alam jumpa Cik Lily. Lepak teman dia shopping kat Jusco Bukit Tinggi.


Kul 2 pagi baru sampai rumah. On PC, buka Facebook dulu sebelum tidur. Ramai rakan-rakan yang wish besday aku di facebook. Rakan-rakan Selayang, SLISS, KMKN, ITTO. Thanks korang sumer yang wish besday aku. Walaupun korang tak bace pun blog nih, aku tetap gak nak say thanks kat korang melalui blog ni.


Tak lupa jugak pada yang wish besday aku melalui mesej. Mak aku (selamat hari ibu mak. Muach3), kak ngah aku, kawan-kawan kerja dan Ex-girlfriend aku (Cik Lily tu la). Thanks korang. XD


And for my BFF, of course la U kene wish besday I. Kalau tak I bako je Airport Miri tu, takleh balik semenanjung lagi dah. Hahhaa. Thanx for da wishes~


Kebanyakkan wish doakan aku panjang umur, murah rezeki dan cepat kawen. Owh tidak. Bab cepat kawen ni memang lemah semangat. Nak buat camana, jodoh tak ada lagi. Jodoh dah ada kang, kewangan lak tak sedia lagi. Apa pun, doa korang sume aku aminkan. 5 tahun lagi korang doakan aku cepat dapat anak lak ekh. :P




~daaaa~

Happy Mother's Day dan ...



Selamat Hari Ibu untuk mak, Tominah Binti Rajuli. Terima kasih kerana melahirkan saya 25 tahun lalu. Hari ini, 8 May 2011 maka genaplah 25 tahun aku dilahirkan ke dunia ni.




Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You,
Happy Birthday to Aku,
Happy Birthday to You..




Aku masih ingat lagi peristiwa 25 tahun dahulu. Ketika itu bulan puasa, jam 5 pagi. Aku bersama-sama mak berhempas pulas diantara hidup dan mati. Saat aku lahir je ke dunia ni, yang aku dapat fikirkan cuma menangis. Abah membisikkan azan ke telinga ku, sebelum diserahkan kepangkuan mak.


Terima kasih mak. Terima kasih juga abah. Kerana sudi menerima kehadiran anak lelaki tunggal ini dalam keluarga. Muach3 XD


Pengorbanan mak dan abah untuk membesarkan aku sangatlah besar. Dari kategori baby, sampailah aku digelar dewasa. Tak kan dapat aku balas walau sikit pun. Boleh korang balas jasa mak abah korang? Beri kasih sayang sepenuhnya seperti yang mereka berikan kat korang? Tak dapat nye derr.


Kalau nak aku ceritakan tentang pengorbanan mak dan abah ni, memang tak tertulisnya aku. Terlalu banyak. Pengorbanan seorang ibu dan ayah tidak hanya terhenti sehingga korang dewasa. Pengorbanan mereka sehingga ke akhir hayat tau.


Jadi sempena hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 25 ni, yang jatuhnya sama dengan Hari Ibu, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk mak dan abah di atas pengorbanan yang tak terhingga tu. Tak ada apa dapat aku balas. Cuma aku akan cuba jadi yang terbaik untuk mereka. Insya Allah. Dan aku akan sentiasa doakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Amin.




Orang selalu tanya, "Kenapa kau suka tido je?". Aku cakap "Aku lahir sebelum subuh maa.. Masih mamai lagi,".




~daaa~

Menjaga hati.


Hati kita bukanlah berbentuk seperti gambar di atas. Dan warnanya juga bukanlah hijau seperti itu. Di atas ni cuma gambar hiasan sahaja. Hati manusia sebenarnya seperti gambar di bawah ini.




Ini lah rupa sebenar hati kita. Hati amat penting dalam diri kita.


Antara fungsi-fungsi hati ialah :-

  • Mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalam hati.
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu.
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino.
  • Menghasilkan hempedu yang akan disimpan di dalam pundi hempedu.
  • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin.
  • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah I (fibrinogen), II (protrombin), V, VII, IX, X and XI
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia.
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus.
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua.
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan.

Namun begitu, fungsi hati nan sekeping ini lebih dari itu. Malah fungsinya begitu kompleks untuk kita fahami. Hati umpama sang raja yang memerintah rakyatnya, yakni tubuh badan kita. Raja ini dinasihati oleh sebuah akal, sementara nafsu dan syaitan sentiasa meracuni hati ini untuk melakukan kemungkaran.


Oleh itu kita haruslah sentiasa menjaga hati kita ini dari dihasut oleh nafsu dan syaitan. Kerana hati yang rosak akan merosakkan diri kita kelak. Bagaimana cara nak menjaga hati ini, ada banyak di internet. Google je mesti jumpa. Sebab apa yang aku nak sampaikan kali ini ialah mengenai pentingnya menjaga hati orang lain.


Menjaga hati orang lain amat penting untuk mewujudkan suasana yang harmoni. Bagaimanapun bukan mudah untuk kita menjaga hati orang lain ni. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi macammana kita nak menjaga hati yang lain-lain ini?


Kenali hatinya terlebih dahulu. Cuba untuk memahami hatinya. Hanya dengan memahami hatinya korang akan mudah untuk menjaga hatinya nanti. Tak perlu pun korang nak ubah hati korang tu ikut sama seperti hatinya. Cuma fahami, dan jaga.


Hidup kalau tak menjaga hati orang lain, tak harmonilah kehidupan tu. Dapat ke hati kita hidup tenang di dalam kehidupan yang tak harmoni? Sebab tu lah aku cakap pentingnya menjaga hati orang lain ni.


Memang terkadang sifat manusia ni selalu melakukan kesilapan. Pastinya kita akan menyakitkan hati orang lain juga. Sebab itu wujudnya perkataan 'maaf'. 'Maaf' ni cerita lain. Mungkin aku akan ceritakan bab 'maaf' ni di lain entry kelak. Maaf~


"Aku selalu je jaga hati orang. Orang tak pernah amek kesah pon pasal hati aku,". Betul ke tak ada orang langsung yang ambil kisah? Bukankah hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah? Jadi betul ke tak ada yang ambil kisah??


Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akan selalu tersalah.
Pandangan nafsu selalu melulu.
Pandangan hati itu yang hakiki.
Kalau hati itu bersih.




~daaa~

Travian - Part 4 (Padam)

Ini ialah entry terakhir untuk game ini, untuk server ini.


Semakin lama game ini berjalan, semakin perlu kekerapan untuk online. Memandangkan aku jarang dapat online atas sebab-sebab tertentu, maka agak payahlah untuk aku terus survive dalam dunia Travian ini.


Hari ini aku terima serangan bertubi-tubi dari jiran aku sendiri. Semua troop aku di dalam kampung, termasuk wira dan binatang perliharaan aku telah di hammer sama sekali. Dan lebih menyedihkan, aku turut ditarbil.


Semua gara-gara kesilapan langkah aku pada awal permainan. Tak apa. Cuba next server.

R.I.P


Jumpa lagi~




~Daaa~

Seribu satu blog.

Ku mahu hidup seribu tahun lagi.


Seribu tahun takkan mungkin, bisa menghuraikan semua.



A thousand lies have made me colder.



Beberapa lirik yang mengaitkan angka seribu dalam lagu mereka. Apa yang menariknya dengan angka seribu ni? Macam mana aku nak kaitkan angka seribu ni dengan entry kalini?



Cuba korang jeling-jeling pandang-pandang pageviews kat belah kanan blog nih. Yeahh. Setelah lebih setahun aku buat blog nih, akhirnya cecah gak 1000 pengunjung kat blog nih. Pom pam pom pam (bunyi mercun). Tahniah untuk aku!! Terima kasih untuk korang!!



Apa yang kau kecoh sangat nih. Orang lain tu ada belas-belas ribu dah. Puluh-puluh ribu pun ramai dah. Siap ada yang ratus-ratus ribu. Beribu-ribu lemon lagi nyah. Tak yah sampai setahun pun. Tak kecoh pun.



Yelah. Sebagai blogger yang tidak tegar, angka seribu tu dah dikira besar bagi aku. Mata sinar-sinar tengok angka seribu tu. Bukan senang oi blog terpencil ni nak dapatkan angka seribu tu. Mengharapkan pelawat dari Miri dok lawat hari-hari je la. Hahaha.



Aku bukanlah blogger yang mengejar traffic pun. Tak kesah sangat pun angka pageviews tu. Saja nak wat hiasan je. Sebab blog ni pun aku buat untuk cerita hal perihal aku je kan. Blog ni kan diari online. So nanti dah tua, ada anak cucu boleh la aku remind balik, oh sekian-sekian tarikh aku pergi sini. Oh sekian-sekian tarikh aku dapat ini. Oh sekian-sekian tarikh aku cintakan si dia. Ooops.



OK. Harini aku nak refresh balik sejarah mungkin berulang Aku, Blog dan Tralala~ ni. Jeng jeng jeng.



Dulu aku bukan seorang yang gemar membaca blog ni. Aku cuma baca dua blog ni je, pinkyl0veyd0vey.blogspot dan atiesensei.blogspot (sekarang dah berpindah ke diariatie.com). Dari dua blog ni lah aku mula pasang angin-angin angan-angan nak buat blog jugak.



Berkat dari ketekunan tulang empat kerat aku ni, dapat juga aku buka akaun blogspot pada tanggal akhir tahun 2009. Klik sini untuk first entry aku. Nama asal blog ni ialah Blog Untuk Aku sebelum ditukar kepada Aku, Blog dan Tralala~.



Mulanya blog ni aku buat untuk ceritakan tentang diri aku, aktiviti aku, kerja aku dan segala benda tentang aku. Lepas tu aku cadang nak wat gak koleksi email-email menarik dalam blog ni. Lama-lama aku taruk sekali lirik-lirik yang berkaitan dengan aku waktu tu (time takde mood nak menulis tapi nak meluahkan sesuatu). Lepas tu campur lagi dengan iklan, karut marut aku, sumpah seranah aku. Sebab tu aku tukar namanya kepada Aku, Blog dan Tralala~. Sebab semua aku rojakkan kat sini. Hahaha



Blog ni pernah terbengkalai pada Oktober 2010. Malas lak aku nak mengadap blog ni. Januari 2011, my best friend, atie tanya kenapa aku stop blogging. Dia cakap dia suka baca tulisan aku. Mungkin tulisannya cantik kot. Kalau aku guna font windings, mungkin dia tak akan baca langsung blog nih. So dengan galakan dari dia, aku kumpulkan balik semangat menulis aku dengan entry ni. Kebetulan gak time tu aku mula berkenalan dengan seorang blogger famous, cik rara. Dia lah yang tunjukkan aku dunia blog ni sebenarnya luas. Satu komuniti blog. Haha. Mungkin aku tak sampai ke tahap tu kot. Aku nak blogging sendiri-sendiri je. Boleh?



Start dari tu lah aku mula rajin menulis balik. Tengok saja archive aku untuk bulan April, 22 entry tu. Kalau boleh tiap-tiap hari aku nak update blog. Hari-hari nak tengok blog. Hari-hari nak blog walking. Hari-hari mau. Dah mula jatuh cinta kat blog nih. Rasa cam nak masuk minang blog ni je. Cett. Kelakar la tuh.



Tu lah serba sedikit cerita tentang perjalanan Aku, Blog dan Tralala~ ni. Sempena aku mendapat pemantau yang ke seribu ni, izinkan aku kongsikan blog-blog lain yang aku wajib bukak tiap-tiap hari. Boleh tak? Boleh?







Akhir kata (untuk entry ni sahaja), lagi sekali aku mengucapkan tahniah kepada aku, dan terima kasih kepada korang semua yang berani-berani melawat blog aku nih. Satu senyuman untuk anda. Haha. Kelakar.



OK dah. Nak siap-siap pergi melalak kat Kompleks Mutiara dengan Harith and wife. Sok nak pergi Melaka, ada blind date. Wow. Blind date tu. Siapa lah gadis bertuah tu ye. Kah kah kah.



Selamat Hari Pekerja dan selamat bercuti.




~Daaa~