Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Disebalik PJU 1A/46

"Wak!! U pergi ini tempat, jumpa Mr Kelvin amek barang sama dia" jerit boss aku dari table dia.

"Kat mane tu boss?"

"Mana saya tau. U amek ini alamat, no telefon ni U call sama dia tanya mana tempat," jawapan yang aku biasa dengar dari dorang-dorang nih. Macammana a dorang nih. Office supplier sendiri pon dorang tak taw. Entah-entah Mr Kelvin tu sendiri pon diorang tak kenal kot.


Dana 1 Commercial Centre,
PJU 1A/46, PJU 1A,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
03-7xxx xxxx


Ahh.. PJ jer. Apalah sangat. *berlagak, tak nak call awal-awal*


Tengah siap-siap nak gerak aku sempat tanya Harith (member keje) katne PJU ni sebab aku sendiri pon tak taw. Haha. Dengan penuh yakin, bersemangat, dia terus jawab dengan sekali nafas,


"PJU tu dekat Taman Medan laa. Dalam kawasan-kawasan tu. Dalam tu PJU 1, PJU 2, PJU74 sumer ade. Ko carik jer dalam tu. Taman Medan taw tak??"


Alah. Taman Medan tempat permainan aku waktu kecik-kecik dulu. Small matter laa. Sebelum gerak aku call abang aku dulu nak double kompem. Boleh kata area PJ dia memang pakar a. OK, kompem kat sana. Pakai helmet, sarung sweater, start moto, chowww~


Masuk Jalan Duta, layan lap KL Sentral, usha usha awek Jalan Bangsar, menyanyi melalak sepanjang NPE, sampai gak Taman Medan. PJS 1, ok. PJS 2, err.. ok. Sini selatan, utara depan lagi kot. Jalan lagi. PJS5. Lagi lagi. PJS 7. Ahh sudah. Tak leh jadi nih. Keluarkan C3-01 aku, nahhh. 9 missed call. Abg Sham Corleone call. Aku da agak kompem salah tempat nih. Call balik.


"Aiseh alang, salah info a tadi. Taman Medan tu PJS. PJU area Ara Damansara sana. Hahaha." seronok dia gelak. Tak taw aku dok menahan sabar je nih. Haha. Takpe2. Apa ada hal. Jalan je laa.


Dari Taman Medan, masuk LDP, teruuuusssssss merempit g Damansara. Masuk Mutiara Damansara, tuju ke Ara Damansara. Ada signboard PJU disitu. Cantekkk. PJU 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 terus. Ok. PJU 1 ngan PJU 2 mana???


Terpusing-pusing aku kat sana. Mana lak korang sorokkan PJU 1 nih?? Adoyyy. So aku benti tanya orang-orang kat situ. Bukan orang-orang kat sawah padi tu ye.


"Owh.. PJU 1 kat area Tropicana sana dik,"


Tropicana pulak. Dengan jiwa yang mendidih aku gerak a kesana lak. Ok, jumpa da aku PJU 1. Tinggal nak carik 'a' nyer aje. PJU 1a, kan. Area-area sini jer tuh. Jom pusing-pusing dulu. Da dekat 18kali pusing, aku da fedap. MANA PJU 1A NIH!!!!!


Tension da aku, bawak kuar C3-01 aku call Anep (pakar PJ, Shah Alam) lak.


"Laa. PJU 1a tu kat Subang Airport laa." jawab dia rilex.

"Ko jangan dol. Aku dari Taman Medan ni, datang Damansara, ko nak suh aku g Subang lak? Aku nak carik Dana 1 Commercial Centre ni".

"Betul. Aku slalu g sana." sangat ringkas dia jawab.


Anep ni kalau bercakap sangat lah rilexnya. Ngan nada camtu dia jawab wat aku lagi was-was jer. Takpe a nep. Nanti aku usha la.


Aku pusing-pusing lagi area Tropicana tu. Tak puas ati. Mesti ada kat sini. Pusing-pusing sampai Dataran Prima, last jumpa brader posmen nih. (kalau nak tanya jalan, tanya kat posmen. Dorang sangat pakar bab-bab jalan nih. Kalau jalan tu area dorang a). So aku pun tunjuk a alamat tu kat dia.


"Owh. Jalan ni dekat Airport Subang ni. Dekat dengan bangunan Symphony." ramah gila brader posmen tu jawab. Dia ada tunjuk jalan tapi aku tak bape nak dengar sebab Sympony tu aku taw. Berlagak a katakan... Hahaha


Kat sini bermulalah kebengongan aku. Dari Dataran Prima, keluar Kelana Jaya, masuk LDP menghala ke Sungai Buloh, keluar Bandar Sri Damansara, masuk tol Sungai Buloh, pepah NKVE, keluar simpang Subang, menghala ke Subang Airport, tu dia bangunan Symphony tersergam indah. Masuk-masuk jer simpang tu terpacak teguh singboard jalan PJU 1a/46. Legaaaaaaaaaanyaaaaaaa!!!!


Dana 1 Commercial Centre tu sebelah bangunan Symphony tu jer. Sampai-sampai sana Anep da tunggu kat depan tu da. Dia tanya lalu mana, aku jawab NKVE trus dia gelak kaw-kaw. Aku pikir balik, pon ikot dia gelak kaw-kaw. Apahat????


Jalan yang aku lalu dari Dataran Prima ke Symphony. (36KM)


Jalan yang sepatutnya aku lalu. (8KM only!!!)


Tak ke 4 kali ganda jauhnya tuh?? Hahaha


Dari 1120hrs aku keluar office, dengan full tanknya, aku sampai balik office jam 1530hrs dengan tangki kering. Dan hasilnya,





Pening, kan..?

Ok, nak tido da. Baru terasa penat pas 3 jam merempit. 1730hrs sebelum balik tadi kene kira stock.

AKU PALING MALAS BAB MENGIRA STOCK!!!!




~Nyte~

Digoda Tak Tergoda

Hari ni cuaca agak panas. Bukan. Amat panas ok. Pagi-pagi lagi aku da ada job. Kemas stor. Mandi peluh da aku dalam tuh. Jam 1100 baru dapat keluar pegi Subang. Setel Subang da kul 1135 da. Alang-alang ni lepak makan kat Kepong ok gak nih. Sampai Kepong singgah 7 eleven dulu. Tetiba tekak ni ngidamkan Slurrpee. Cuaca panas, kan.


Baru jer menapak masuk lam 7E, office call cakap ada barang urgent nak amek kat Kota Damansara. Hangin tul aku. Tadi aku kat Subang tak nak call. Ni nak kene patah balik lagi. Nak wat cane, tanggungjawab kene tunaikan gak walaupon perot da meronta-ronta nak kan nasik. Sabar ye cik perot. Kejap jer nih.


So tak jadi beli slurrpee. T___T . Aku beli a air kotak teh bunga, lepak minum sambil hisap rokok sebatang. Rilex dulu abes sebatang baru gerak. Tengah syok merokok kat motor, aku terpandang a sorang amoi yang bole tahan seksi gak dok mundar mandir depan aku nih. Hah. Ok a tu santapan peparu ngan santapan mata skali. >____< Tetiba amoi seksi tu datang kat aku. Maka bermulalah conversation dibawah.




"Abang, sini mana tempat orang mau massage?" tanya amoi bersinglet pink ngan short putih tu.


"Err.. Tak tau lak saya. Saya bukan orang sini." terkejut gak aku tetiba dia tanya aku soklan tu.


"Bukan bang, saya mau balik Johor, tapi duit tak ada. Abang tau sapa sapa yang nak massage? RM 25 jer bang." sambungnya lagi.


"Owh. Tak tau lak saya." ringkas jawab aku da mula pelik.


"Abang tak mahu massage?" dia tanya soklan tu kat aku lak.


"MASSAGE???" aku dapatkan kepastian. Tul ke amoi nih.


"Aa ah. Bukan urut jer bang. Kalau abang nak 'lain-lain' pon boleh. RM45 jer bang," dia da mula nak manja-manja lak.


"Alamak. Saya duit takde ni. Saya orang miskin maa. Minum air kotak jer ni," sambil aku tunjukkan air kotak yang da separuk aku minum tu.


"Rm35 pon boleh la bang. Ok bang?" dia cuba memujuk.


"Saya betul-betul takde duit ni. Hujung bulan maa. Kalau U datang awal bulan ada laa." aku berdalih lagi. Chewaaah. Tegar jugak aku ni yer. Hahaha


"Owh yeke. Takpe la camtu." jawabnya kecewa dan terus berlalu.




Aku habiskan sisa sisa rokok aku sambil usha dia pergi ke lelaki lain. Mungkin cuba nasib kat sana lak kot.


Haish.. Macam macam hal skang ni kan. Desperate sangat nak pakai duit kot. Tapi perlu ke ngan cara tu? Kan bole p kedai mamak mintak upah basuh pinggan ker.


Mujur a aku tak terjebak ngan dugaan nih. Mungkin jugak sebab lam poket aku da 8 hengget jer. Cuba bayangkan aku da 50 hengget. Dua kali pikir gak aku. Hahahha. Takde2. :P




~TAMAT~

Kipas Susah Mati!!

"Lepas kau, kau. Lepas kau, kau.. Aku bila lak??? Semua pon dapat kat kau."


Keje aku ni basic sket jer. Harap kat komisen jer a. Tapi kalau asik trip kita orang dok potong, tak ke hangen dibuatnya?? Payah tul bila ada budak kaki kipas susah nak off nih. Tak boleh ke ko duduk diam diam tunggu trip ko?? Perlu ke ko terhegeh hegeh dok mintak trip kat dorang??


Yang dorang ni pon satu. Takkan a tak nampak aku dok melangut je kat opis tu cam batu sungai (batu sungai sebab dia comel). 3 hari berturut2 kot aku dok main area Sungai Tua, Batu Caves, Segambut tu. Kalau sumer lebih kurang takde a aku bising. Masalahnya dia dapat 3-4 kali ganda dari aku. Sabar2...


Bukan a nak nafikan rezeki tu datang dari Allah. Tapi... Ai... Jangan sampai kipas tu aku off kan sudah.


Cukop!


Puas!!


ps : sekadar meluah perasaan.

Travian - Part 2

Hari ni cam bese online2 usha kampung dulu. Ooops. Ada serangan nak sampai jam 2142.!! Jiran aku menyerang rupenya. Puak Teuton. Takpe a, aku pon try a bagi serangan balik. Saja nak test jer. Result? Huh...


Ni laporan serangan dari dia. Rupenya diam2 dia dok pump askar. Siap da ade Askar Kapak lagi tu.



Yang ni lak laporan serangan dari aku. Aku da bajet 1st serangan ni mesti dia anta full troops punya, so aku anta a troop sket jer ke kampung dia. Tak taw lak dia da bela binatang liar kat kampung dia.



  • 4 Tikus,
  • 4 Ular,
  • 1 Beruang,
  • 1 Buaya dan
  • 2 Harimau.
Nilai Serangan 240, Nilai Pertahanan dia 1100. Mana nak lawan derrr... Ni hero da aku da mati lak. Kene tunggu 10jam baru leh hidupkan lagi. Sementara tu nak watpe? Maintain sumber a jaga kot2 ada serangan lagi.


Mode : Recover.

Travian - Part 1

Salam semua. Amacam cuaca kat sana? Kat sini seharian ni hujan. Nak kuar pon payah, nak tido da puas sangat2 da. Online sampai da tak tau nak surf ape lagi. So aku amek a kesempatan ni ntuk update blog. Arini nak cerita pasal game online yang aku slalu dok ngadap hari hari.


Yezzzaaa.. Travian. Aku start main game ni sejak tahun 2008. Game ni ade banyak server. Server 1, server 2, sampai a skang ni dah Server 6 (server di Malaysia sahaja). Setiap server tu tempoh permainan dalam 10 - 11 bulan camtu. Tu server normal. Ade Speed Server gak, yang ni 3 kali lebih laju dari server normal n main dalam 3-4 bulan camtu.

Meh aku citer serba sikit tentang game nih. Time register game ni, kita akan di beri pilihan nak main puak Rom, Teuton, atau Gaul. Masing2 puak ade kelebihan sendiri. Aku paling suke puak Rom. Lambat nak naik, tapi paling kuat. Kalau nak adventure lagi amek Teuton. Puak ni cepat, kuat gak tapi defend lemah. Kene aktif sentiasa. Gaul, puak bertahan. Sesuai ntuk yang bermain secara sim city. :P

Game ni mula ngan sebuah kampung. Kita kene jaga kampung kita. Naik taraf sumber2 (kayu, tanah liat, besi, tanaman), Bina dan naik taraf bangunan kat kampung cam Berek, Gudang, Pasar, Kedai Senjata dan Perisai, Tembok, Gua, Kedutaan dan lain-lain. Selain tu kene gak latih askar askar ntuk berperang. Sama ada kita nak jadi penyerang, atau pertahanan, tu terpulang.

Nama pon game online, so korang bukan main sorang2. Sekurang kurangnya ada 4000 lebih pemain setiap server. Yang mana boleh jadi kawan, boleh jugak jadi lawan. Korang kene masuk Persekutuan, bantu ahli2 persekutuan yang lain. Kira korang berjuang sama2 ngan ahli persekutuan yang lain a.

Matlamat utama game ni? Haaa. Nak tau korang men sendiri a weh. Sumer nak harap aku citer jer. Bile nak start citer aku lak? Hahaha

1st aku start main server 2 (2008), time tu da pertengahan game, so asik kene serang jer a aku. Xpe2. Tengok dan belajar. Haha. Server 3 (2009) aku mula main ngan cemerlang. Cheewaahh. Kedudukan 500++. Kira ok a tu berbanding ngan 4000++ pemain. Hahaha. Tapi aku habis hampir RM 400++ gak a ntuk Server tu. T___T

Ntuk server2 lepas tu, aku da tak pakai duit lagi. Main pon ntuk isi masa lapang jer. 4 hari lepas aku daftar ntuk server 6 nih. Server start 4 Mac lepas. Agak lewat gak a daftar skang tapi masih mampu mengejar. Haha. Ntuk Server 6 ni, Dorang start pakai Versi T4. Versi baru yang sangat2 berlainan dari versi2 sebelum ni. Tadi server, ni versi lak. Pening tak? Ngeh3...

Versi tu cam penambahbaikan lam game a. Aku cakap versi T4 ni sangat2 berlainan dari versi2 lepas sebab layout dia banyak berubah. Grafik yang lebih cantik. Perubahan ketara yang aku nampak dari segi Wira. Wira kali ni jadi watak utama lam game nih. Lam versi ni, korang leh edit nak wira camne. Korang gak leh pilih nak Wira ni pakai senjata apa, perisai apa. Setiap ape yang wira tu pakai ada kelebihan tersendiri. Menarik kan?

Meh aku preview sket gambar2 game ni.



Ni page Sumber. Ada Kayu, Tanah liat, Besi dan Tanaman. Bulat2 kat atas tu link ntuk page2 lain. Dari kiri : Sumber, Pusat Kampung, Peta, Statistik, Laporan dan Mesej. Kat sini gak korang leh tengok produksi sejam setiap sumber2 korang, serangan yang datang or dihantar, bantuan yang tiba or dihantar.




Yang ni lak Pusat Kampung. Cam yang korang leh tengok, banyak lagi tapak2 kosong xde bangunan kan. Baru 4 hari main, so bangunan pon xbanyak yang dapat dibina. Plus, sumber asik tak cukup jer. 58 sumber sejam. Bole? Biasa a awal2 permainan. :P



Ni la dia Wira aku. Ensem x? Ada cam aku x? haha. Asal2 wira ni kosong jer. Korang kene rajin hantar wira ni g mengembara. Ntuk naikkan pengalaman dan tahap dia. Kadang2 korang ley dapat barang2 free ble g mengembara. Barang2 tu leh korang jual kat pasar. Korang gak ley beli barang2 yang korang xde kat pasar tu. (nanti da kuat wira aku ni aku upload g gambo dia ekh. )

Yang bawah ni lak Peta. Kat sini korang leh a tengok kampung2 sekeliling korang. Banyak kan? Ni baru 13 x 18. Peta besar tak tengok lagi. Cam yang aku cakap tadi, hampir 4000++ pemain setiap server. Cane nak survive? hoho

Amacam? Best tak? Cuba a dulu baru taw. Haha. So ada yang berminat nak main, meh2 register kat sini meh. ^___^


Okey2. Stakat ni tu dulu yang aku nak kongsikan ntuk malam nih. Nanti da besa sket kampung nih aku update lagi, owkey?

Daaaa~



Sepi Seorang Perindu




Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Mahligaimu Dari Air Mataku



Izinkan diriku meluahkan rasa,
Maafkanlah aku andai kau terasa,
Biar ku paparkn apa yg terjadi,
Moga engkau tak ulangi.


Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah,
Setelah lamanya menjalinkan cinta,
Dalam diam-diam kau sudah berpunya,
Tanpa aku menyedari semuanya.


Aku mendoakan agar kau bahagia,
Bersama si dia insan yang kau suka,
Percintaan kita tak sampai ke mana,
Setakat di bibir saja.


Sayang...
Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku bisa tak terkata,
Terhumban rasa diriku.


Oh aduhai ku masih ingati,
Janji manis dan saat romantis,
Kau pintaku supaya setia,
Akhirnya kau yang berubah.


Oh tuhanku tabahkan hatiku,
Temukan dengan ketenangan jiwa ini,
Dibelasah rindu,
Tetapi apa dayaku.


Ku cuba pejam mata tapi tak terlena,
Keranaku masih teringat pada mu,
Begitu payah nya nak ku melupakan,
Pernah kah kau memikirkan oh sayang...

Sunyi...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Doing nothing is the best thing I can do right now...
.
..
...

Sahabat, Kekasih dan ?

*Entry ni meluahkan segala yang tersimpan dalam hati aku.


Hari ni, 28 Febuari 2011, 2200hrs, aku rasa sangat2 malu. Jatuh tergolek depan orang ramai pun tak semalu ni. Malu yang amat sangat. Malu pada seorang sahabat, yang setia menemani aku, menjadi tempat meluahkan suka duka aku, menjadi tempat berbincang segala masalah, menjadi pendengar cerita cerita aku.


Norhayati binti Ibrahim (mungkin kot :P ). Anak gadis berasal dari Terengganu. Kini mengajar di Miri, Sarawak. Kami mula berkenalan pada awal tahun 2009. Waktu tu aku GSTT di SMK Darul Ehsan, dan dia cikgu praktikal di sekolah yang sama. Kami berkongsi meja yang sama. Cumanya aku sesi pagi, dan dia sesi petang.


Kami jarang bertegur waktu di sekolah. Dia datang sekolah jam 1230. Aku lak balik jam 1430. Mana nya sempat nak beramah mesra sangat kan. Dalam bulan 3 camtu (aku lupa bulan berapa sebenarnya), dia tamat praktikal. Sebelum tamat tu, sempat jugalah kami keluar makan bersama cikgu praktikal lain. Sempat juga bertukar tukar no telefon dan email.


Tamat jer dia praktikal, kami mula beramah mesra dalam facebook lak. Dari sini kami mula mengenali satu sama lain. Dia seorang yang ceria. Suke bercerita, petah berbahasa. Sesuai sangat perwatakannya sebagai seorang cikgu. Hehe.


Dia ayu. Dan juga baik hati. Seorang yang lemah lembut, dan sopan santun. (dia mesti blushing kalau dia tahu aku cakap dia camni). Dia kelakar, suka perasan dan agak gila gila juga. Seronok bila bersembang dengan dia. Suka bila dengar dia bercerita. Ada jer ayat dia yang wat aku ketawa.


Hampir setiap perkara aku akan luahkan kat dia. Dia seorang pendengar yang setia. Senang bila berbincang dengan dia. Semakin hari kami menjadi semakin akrab. Bila aku ada masalah, aku akan cari dia. Begitu gak ngan dia. Dan dia akan berusaha akan wat aku ketawa balik. Pernah satu ketika aku ngah sedih, dia sent gambar senyum, suh aku ikut dia senyum sama. (sori U, I xdapat senyum sama malam ni. :( )


Dia lebih dari sahabat bagi aku. Tiga tahun kami berkawan, sikit pun dia tak pernah guris perasaan aku. Tapi selama tiga tahun tu, kami tak pernah berjumpa berdepan lepas dia meninggalkan sekolah. Kami hanya berbalas komen difacebook, berchatting di YM, mesej2 dan telefon je. Mungkin tiada kesempatan kot, atau mungkin masing2 segan. Haha.


Dari sayang seorang kawan, sayang seorang sahabat, terlintas juga dihati aku untuk cuba menyayanginya sebagai seorang kekasih. Tapi perasaan tu aku pendamkan saja. Aku takot. Aku tak punya apa apa. Aku tak rasa yang aku ni layak ntuk jadi teman hidup dia. Jadi aku teruskan memendam hasrat aku tu. Hal ni aku tak pernah luahkan kat sesiapa pun, termasuklah dia. Hari ni aku kumpulkan sedikit kekuatan ntuk luahkan kat sini. Yup. Aku ada memendam perasaan CINTA padanya. Dan perasaan tu masih aku pendam sehingga kini. T____T


Aku juga takot kalau kalau dia mengetahui perasaan aku ni, dia akan jauhkan diri dari aku. Lebih baik aku pendamkan saja perasaan ni daripada aku kehilangan dia. Bukanlah aku tak dapat hidup tanpa dia, cumanya hidup aku pasti sepi tanpanya. :(


Dan hari ini, apa yang aku takotkan tu, terjadi juga. Seorang sahabat yang aku sayang, terpaksa mengundurkan diri demi menjaga hubungan sebuah percintaan. Apa yang berlaku biarlah aku simpankan dalam lipatan kenangan kerana yang amat aku kesalkan disini bukanlah perkara yang berlaku tu. Yang aku kesalkan adalah kehilangan dia. Dan aku sangat malu kat dia, atas apa yang berlaku. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasakan skang. :(


"Cinta boleh buat kita buta, Tapi I harap U tak buta kerana cinta."


Antara mesej terakhir dari dia. Harap aku tersedar sebelum aku buta.



"Sorrow sank deep inside my blood
All the ones around me

I cared for and most of all I loved

But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away.
"



* Moga satu hari nanti, bila aku baca entry ni balik, aku tahu, yang aku pernah menyintai seorang sahabat.