Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Rojak Santai

Salam semua.

Dah lebih setahun aku meninggalkan blog ni tanpa sebarang coretan. Malam ni entah macam mana, boleh terbuka balik blog ni. Aku pun baca lah balik entry-entry yang lepas. Banyaknya aku gelak sendiri. Tak sangka boleh ada blog pula aku ye. Hampir ke 4 tahun pula tu.

Diam tak diam dah lebih 14000 dah pageviews. Takda penting sangat pun. Teringat lagi entry Seribu Satu Blog waktu blog ni first time dapat 1000 pageviews. Dua tiga hari ni aku tengok ramai yang view entry Gayat. Mungkin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada buat pemeriksaan fizikal kot. Kepada calon semua, aku ucapkan semoga berjaya ye. :)

Zaman aku rajin berblogging ni waktu aku kerja despatch dulu. Banyak juga entry yang aku tulis pasal kerja masa tu. Konon-konon nak meluahkan perasaan la tu. (entry pasal kerja) Hahaha. Masa tu kerja memang agak tekanan sikit. Memang blog je lah tempat aku meluah rasa. Tapi tekanan tak tekanan pun, tiga tahun gak aku bertahan kat sana. Sekarang dah berhenti dah. Masuk 7 bulan dah berhenti.

Oh ye. Bila sebut pasal blog, mesti aku teringat dekat dua orang sahabat ni. Yang banyak juga aku mentionkan dalam blog ni. Dua orang ni la yang perkenalkan aku dunia blog ni. AtieSensei. Tak pasti beliau masih dalam dunia blog lagi ke tak. Maklum lah sekarang beliau dah pun berumah tangga. Komitmen pun dah bertambah. InsyaAllah bulan 12 ni beliau bakal menimang cahaya mata yang pertama. Tahniah. Lagi seorang RaraCandyFloss. Masih lagi dalam dunia blogging rasanya. Sekarang beliau berblog kat ShiraSuhaimi.Com. Jap lagi nak terjah tengok. Jom2. Beliau juga dah berumah tangga, dan bakal menjadi mommy juga bulan 12 ni. InsyaAllah. Tahniah both of u. :D And thanks for all.

So, back to the point. Actually, malam ni bukan nak buat come back ke apa. Tapi sebab alang-alang dah buka, terasa pula nak menaip sikit. Sikit punya sikit last berperenggan-perenggan juga jadinya. Malam ni aku ingat nak post tentang life aku serba sikit. Cerita rojak dan santai. Itulah tajuk post ni, kan?

Aku sekarang dah bertukar bidang kepada abang-abang lori. Haha. Bulan Febuari tahun ni, Alhamdulillah aku dapat keluarkan sebiji lori Isuzu 3 tan. Masa tu boleh kata agak terdesak aku keluarkan lori. Aku hantar notis satu bulan kat YonMing bulan Januari. Takda fikir panjang, takda rangka kerja, semua takda aku keluar lori. Bila lori dah keluar, barulah macam-macam persoalan muncul.

Apa aku nak buat? Boleh ke aku buat? Macam mana nak buat? Siapa yang nak aku minta tolong? Banyak sangat soalan yang tak terjawab. Tapi benda dah jalan, nak tak nak kena la teruskan. So boleh kata aku sekarang bekerja sendiri sebagai pemandu lori, atas nama syarikat ZMY Logistic. Nama ZMY tu nama adik beradik aku (Zazuwa, Zahara, Zawani, Zalila) yang banyak membantu. 

Sejak tu bergelarlah aku sebagai abang lori. Banyak dugaan yang aku hadapi sepanjang aku bekerja sendiri ni. Ada yang datang bertimpa-timpa, ada yang datang terlalu berat. Sampai kadang kau rasa tak boleh nak hadapi lagi. Tapi Allah ada. Keluarga ada. Kawan-kawan pun ada. Dugaan-dugaan tu semua aku jadikan pengalaman untuk hari mendatang. Jatuh naik tu kan normal. Roda akan terus berputar. Jadi jalan je la kan? :P

Tak kurang juga pengalaman-pengalaman manis. So far aku rasa, walaupun teruk dugaannya, tapi aku suka dengan apa yang aku buat. Yep, memang sungguh. Penat tak terasa kalau kau buat sesuatu benda yang kau suka. Tak kiralah apa kerja sekalipun, yang penting kau kena suka dengan apa yang kau buat. InsyaAllah kau berjaya. Dan jangan lupa bersyukur. :)

Selalunya aku jalan berdua dengan sorang kawan, Haziq. Budak satu kampung juga. Kerja ngan kawan ni seronok. Senang nak berbincang. Boleh buat kerja sambil gelak-gelak, happy. Tak terasa sangat penatnya. Kerja majal pun boleh jadi senang.

Antara kerja yang pernah aku buat sepanjang 7 bulan ni, jadi sub contractor dengan syarikat transport. Lubuk dia kat Segambut. Aku ambil kontrak penghantaran ke Pantai Timur. Barang rojak. Campur-campur. Selagi tak penuh lori tak boleh jalan. Sekali jalan hantar 30 ke 40 tempat. Aku pernah kena timbang dua kali sepanjang buat kerja ni. Sekali 9 tan, sekali lagi 11 tan. Haha. Tiga bulan aku buat kerja ni, last bulan 5 lepas.

Start lepas tu aku mula main kerja-kerja runcit je. Pindah rumah, pindah pejabat, hantar barang-barang dari kilang. Okaylah sikit. Barang pun tak berat. Antara yang menarik bagi aku, hantar perabot ke felda-felda seluruh semenanjung. First time masuk felda, rasa cam seronok je kehidupan kat felda ni. Orang dia pun peramah juga.

Pindah rumah yang paling aku tak boleh lupa, pindah rumah banglo. Bayangkan lah rumah yang dah 30 tahun duduk. Barang-barang koleksi memang banyak la. Perabot pun Jati je semua. Empat hari juga lah aku nak habiskan kerja pindah rumah ni. Tu pun kena pakai dua buah lori. Hahaha.

Sejak aku berkecimpung ngan dunia lori ni, jarang betul aku ada kat rumah. Lori tu dah jadi rumah kedua aku dah tu. Sebab tu aku suka hias lori ni. Kadang-kadang bila dah penat kerja, tengok lori kau cantik je, boleh hilang gak sikit penat tu. 

Eh, macam dah panjang sangat je entry ni. Haha. Malam pun dah jauh buta ni. Jadi aku stop kat sini je lah dulu. Lain kali free aku sambung lagi. Seronok juga sekali sekala dapat menaip ni. 

Oh ye kalau ada siapa-siapa yang perlukan perkhidmatan Lori Sewa, bolehlah contact aku kat nombor 017-376 4765 (Call/ Message). 012-972 0140 untuk Whatsapp, WeChat, Line.

Antara perkhidmatan yang disediakan:- 
- Pindah Rumah
- Pindah Pejabat
- Penghantaran Barang/ Produk/ Bahan2
- Pembungkusan Barang Pindah (packing)
- Mencuci Rumah Pindah
- Pekerja Angkat Barang
- DAN LAIN-LAIN

Jumpa lagi semua.

ps: Sedikit gambar lori aku (Lela Rentaka) sebagai penutup.










~Daaaa~

3 Bulan Lamanya~



Salam semua.

Lama sungguh aku tak update blog ni. Tengah baring2 usha blog sendiri, tringin lak rase nak menaip naip.. So malam ni aku cuba a luangkan sedikit masa ntuk menghapdet blog..

Banyak perkara yang berlaku sepanjang aku tak menulis blog ni. Dekat 3 bulan tu. Meh aku cuba kongsikan ape yg berlaku selama 3 bulan ni..

Kerja

Masih bekerja di YonMing lagi. Masih jawatan yang sama. Huhu. Ceritanya, akhir bulan Mac lepas, motor company yang aku pakai hilang depan opis. Dan da jumpa balik 3 minggu kemudian kat IJN, KL.
Awal bulan April, Harith eksiden moto. Kaki terkoyak langgar pintu kete waja. Kat traffik light kereta bukak pintu nk betulkan side mirror. Kene oprate n cuti sebulan setengah. So busy sikit a keje spanjang dia cuti.
Sekarang ofis agak kelam kabut. Sorang2 pekerja berenti. Sales menurun. Skarang banyak lepak ofis je aku. Smpai kadang2 aku lepak tido je kat stor. Datang keje tp xde keje, korang leh faham x camne bosannya..? Hahaha


Life

Tak banyak yang berubah. Cuma pertengahan bulan 4 tukar imej botak. Best gak potong botak ni. Kepala rasa ringan, baru bangun tido pun org xprasan tak mandi lagi (tp aku x camtu ye:-P), dan upah potong pun murah. Haha.
Awal bukan 5 aku turun JB. Member aku, lalat kawen. Pergi ngan Salinda n Cik Irma. Balik sempat singgah JPO ( Johore Premium Outlet). Sape2 yang kaki shopping tu, aku cadangkan korang g sini a. Murah2 gak. Meriah.
8mei birthday aku. Sorry cik Salinda, tak dapat celebrate brsama kamu. Next time sy akan cuba ingat birthday saya sendiri, ok? hehe. Ramai yang ucapkan selamat hari jadi. Thanks to u all. And to my bff, thanx bagi hadiah buku tu.. Really appreciate it. :-)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjR0sE7x0gXkz2qomgSon5T3xxQN7-ZsAunLZr7zfW4iWFxwifq3KQeM8b-HLyfzqe7gbq7LdI0ZE_9Yt7R3sZB0demAGaJS_jsBYDTbx2HX7IErQuIz_r_FNPOfJmQVl0924hy2taUU6Hp/s0/20120522_194700.jpg
Hadiah dari seorang sahabat.
Tu je ntuk kali ni.. Semoga jumpa lagi..



~daaaa~



Published with Blogger-droid v2.0.4

Testing-testing.

Assalamualaikum~

Testing-testing.

a b c d e f g h i j
k l m n o p q r s
t u v w x y z

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0


owh masih boleh menaip. key board pun xde masalah. boleh start blogging balik ni.



~Daaaa~

WWDay VI




Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You Dear,
Happy Birthday to You.

Bila Kasih Menyepi




Ke mana perginya rambulan
Sang pungguk merayu sepanjang malam
Betapa sedihnya di hati
Bila kasih menyepi
Bila kasih menyepi

Mengapa perawan setia
Bermandi airmata kedukaan
Alangkah pedihnya di hati
Bila kasih menyepi
Bila kasih menyepi

Haruskah usia mangsanya
Kezaliman asmara tiada harga
Inikah hasil percintaan
Yang kau agung-agungkan
Oh! Biarlah pergi
Oh! Biarlah pergi

Hapuskan semua kepiluan
Hidupmu belum tiba kehancuran
Bukalah matamu perawan
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi
Aku ada di sisi

Azam 2012

Bukan-bukan!! Ini bukan azam. Ini lebih kepada Wishlist 2012. Hehehe


Salam semua.


Tahun 2012 baru je bermula 4 hari lepas. Mesti ramai yang da pasang azam baru masing-masing kan. Tapi hari ni aku taknak bercerita tentang azam. Bosan. Aku nak share wishlist aku untuk tahun 2012 ni. Come on bebeh.




FZ 150i



Macam dah banyak kali je aku cakap aku nak beli motor ni kan..? Tapi tetap tak kesampaian jugak. So tahun ni kene dapatkan! Hahaa



Gitar Kapok


Xde la gitar kapok cani. Kapok biasa-biasa aje. Rege lam 110 gitu udah ler. Kapok lama dah tak best nak main. Puas dikerjakan dek anak buah.





Ambil lesen

Lam tahun ni nak amek gak lesen GDL nih. Tak tau asal tapi aku rase cam best je bawak lori nih. Dah dapat GDL leh pikir ntuk amek lesen E Bersendi lak. Baru boleh bawak Optimus Prime pusing-pusing town. Hahaha







Dumbbell???

Errr. Aku tak tahu nak wat pe ngan menatang alah nih. Tapi aku tringin sangat nak ade satu. So aku masukkan je la lam wishlist aku. Bole kan? Hahahha




Tu 4 wishlist aku untuk 6 bulan pertama nih. Dah dapat empat-empat ni nanti baru aku pikirkan ntuk wish barang yang lain pulak.





~Daaaa~




Gayat!!

Salam semua.


Hari ni aku selamat menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk Penguasa Bomba Gred KB41. (rujuk). Selamat, tak semestinya lulus. Meh aku ceritakan perjalanan ujian nih.


Calon yang datang pagi tadi untuk Gred41 ni ada 11 orang lelaki dan berapa belas wanita ntah (lupe). Ujian ni terbahagi kepada 4 bahagian. Ukuran badan (tinggi, berat, ukuran dada), Fizikal dan Gaya Berjalan, Penglihatan dan Kecergasan (angkat berat, panjat tali, tegakkan tangga dan panjat tangga).


Untuk bahagian Ukuran Badan, Body Mass Index (BMI) yang diterima antara 19-26. Aku dapat 23. Dulu time belajar aku underweight kot. Habis je study dalam setahun naik 12 kg. Haha. Ukuran dada lak 82 bukak 87. Ngam-ngam lepas. Kena banyak eksesais lepas ni. 8 dari 11 calon lulus dalam bahagian ni.


Bahagian Fizikal dan Gaya Berjalan bagi aku tak banyak masalah. Walaupun pernah ada patah 2 jari tangan, tapi takda kesan ketara. Cuma dia perasan tangan aku ada ketar sket. Bukan ketar sebab takut. Aku pun perasan lama dah tangan aku ada ketar-ketar sikit. Kadang aku pikir, Parkinson ke ni. Haha. Oh ye. Aku baru tahu yang aku mempunyai tapak kaki yang flat. Dan aku baru tahu rupenya tapak kaki normal melengkung. Dia cakap tapak kaki flat ni tak boleh berdiri lama-lama. Ye ke? Ntah. Tapi aku lulus bahagian ni. 2 calon gagal bahagian ni.


Bahagian Penglihatan pun aku rasa takda masalah. Setakat ni Insya Allah mata aku baik lagi. Cuma silau yang agak kronik diwaktu malam. Agak berbahaya nak drive waktu malam, lagi-lagi kalau time hujan. Memang tawakal je la jawabnya. Tawakal kepada Allah, bukan dihantar ke Hospital Tawakal!!


Hanya 5 orang calon yang dapat meneruskan ke Bahagian Kecergasan. Bahagian ni ada 4 ujian, setiap satu ujian diberi 3 kali peluang. Ujian pertama, angkat berat 54kg melebihi paras bahu. Kali pertama aku angkat cuma paras dada je. Salah step. Kali kedua baru lepas. Seorang calon gagal ujian pertama.


Ujian kedua pula panjat tali setinggi 16 kaki. Yang ni aku buat sampai 3 kali percubaan. Kali pertama aku bergantung penuh kat tangan. Baru separuh tali dah tak larat. Kali kedua aku cuba cara lock tali pakai kaki. Tak berjaya gak sebab kasut licin dan kelam kabut sikit. Kali ketiga aku sinsing seluar paras lutut, aku lock kat keting. Berjaya! Tapi keting sendiri mau ingat laa. Calar habis. Sob sob sob. Seorang calon gagal ujian kedua.


Ujian ketiga tegakkan tangga. Ujian ni senang je. Tangga tu dibaringkan. Kita kena angkat hujung tangga tu, dan tolak ke atas satu persatu anak tangga tu, sambil berjalan ke arah pangkal tangga sampai tangga tu tegak 90 Darjah. Boleh tahan berat tangga tu tapi ketiga-tiga calon lepas ujian ni.


Ujian keempat panjat tangga setinggi 16.5 meter. Tinggi. Sangat tinggi. Tali keselamatan, glove dan helmet ada disediakan. Dia ada 3 buah tangga yang disambung dan kita kena panjat sampai ke atas. Sebelum panjat jurulatih dah pesan panjat tengok tangan sendiri, jangan tengok bawah. Aku pun mula laa panjat sampai nak masuk tangga kedua aku mula rasa tak sampai hati nak panjat lagi. Aku stop kejap, amek nafas dan jeling-jeling manja ke bawah. NAH! Amek kau. Terus kelabu mata aku, berpinar kejap laa. Aku sorang jer yang gagal ujian ni.


Jurulatih tu cakap sepanjang dia mengendalikan ujian pemeriksaan ni, aku orang pertama yang gagal ujian panjat tangga. Haha. Memang lah. Orang gayat tengok tangga tu 16meter diorang tak datang dah ujian tu. Aku je yang gedik nak datang. Kan da kecewa sendiri.


Sedih tu memang la sedih. Ujian last kot. Dan tak sepatutnya orang gagal ujian tu. Tapi bila pikir-pikir balik, atleast aku datang sana dapat gak pengalaman cara angkat berat yang betul dan cara untuk panjat tali. Aku juga dapat tahu yang aku bertapak kaki flat. Dan yang paling penting, aku baru tau yang aku dah kurang 3kg. Haha. So takde la sia-sia sangat aku pergi, kan?


Mungkin takde rezeki aku kat sana. Takpe-takpe. Cuba lagi. Yang penting jangan berhenti mencuba. Dan kepada calon yang berjaya, tahniah dan semoga berjaya temuduga nanti.






~Daaaa~