Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Gayat!!

Salam semua.


Hari ni aku selamat menjalani ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk Penguasa Bomba Gred KB41. (rujuk). Selamat, tak semestinya lulus. Meh aku ceritakan perjalanan ujian nih.


Calon yang datang pagi tadi untuk Gred41 ni ada 11 orang lelaki dan berapa belas wanita ntah (lupe). Ujian ni terbahagi kepada 4 bahagian. Ukuran badan (tinggi, berat, ukuran dada), Fizikal dan Gaya Berjalan, Penglihatan dan Kecergasan (angkat berat, panjat tali, tegakkan tangga dan panjat tangga).


Untuk bahagian Ukuran Badan, Body Mass Index (BMI) yang diterima antara 19-26. Aku dapat 23. Dulu time belajar aku underweight kot. Habis je study dalam setahun naik 12 kg. Haha. Ukuran dada lak 82 bukak 87. Ngam-ngam lepas. Kena banyak eksesais lepas ni. 8 dari 11 calon lulus dalam bahagian ni.


Bahagian Fizikal dan Gaya Berjalan bagi aku tak banyak masalah. Walaupun pernah ada patah 2 jari tangan, tapi takda kesan ketara. Cuma dia perasan tangan aku ada ketar sket. Bukan ketar sebab takut. Aku pun perasan lama dah tangan aku ada ketar-ketar sikit. Kadang aku pikir, Parkinson ke ni. Haha. Oh ye. Aku baru tahu yang aku mempunyai tapak kaki yang flat. Dan aku baru tahu rupenya tapak kaki normal melengkung. Dia cakap tapak kaki flat ni tak boleh berdiri lama-lama. Ye ke? Ntah. Tapi aku lulus bahagian ni. 2 calon gagal bahagian ni.


Bahagian Penglihatan pun aku rasa takda masalah. Setakat ni Insya Allah mata aku baik lagi. Cuma silau yang agak kronik diwaktu malam. Agak berbahaya nak drive waktu malam, lagi-lagi kalau time hujan. Memang tawakal je la jawabnya. Tawakal kepada Allah, bukan dihantar ke Hospital Tawakal!!


Hanya 5 orang calon yang dapat meneruskan ke Bahagian Kecergasan. Bahagian ni ada 4 ujian, setiap satu ujian diberi 3 kali peluang. Ujian pertama, angkat berat 54kg melebihi paras bahu. Kali pertama aku angkat cuma paras dada je. Salah step. Kali kedua baru lepas. Seorang calon gagal ujian pertama.


Ujian kedua pula panjat tali setinggi 16 kaki. Yang ni aku buat sampai 3 kali percubaan. Kali pertama aku bergantung penuh kat tangan. Baru separuh tali dah tak larat. Kali kedua aku cuba cara lock tali pakai kaki. Tak berjaya gak sebab kasut licin dan kelam kabut sikit. Kali ketiga aku sinsing seluar paras lutut, aku lock kat keting. Berjaya! Tapi keting sendiri mau ingat laa. Calar habis. Sob sob sob. Seorang calon gagal ujian kedua.


Ujian ketiga tegakkan tangga. Ujian ni senang je. Tangga tu dibaringkan. Kita kena angkat hujung tangga tu, dan tolak ke atas satu persatu anak tangga tu, sambil berjalan ke arah pangkal tangga sampai tangga tu tegak 90 Darjah. Boleh tahan berat tangga tu tapi ketiga-tiga calon lepas ujian ni.


Ujian keempat panjat tangga setinggi 16.5 meter. Tinggi. Sangat tinggi. Tali keselamatan, glove dan helmet ada disediakan. Dia ada 3 buah tangga yang disambung dan kita kena panjat sampai ke atas. Sebelum panjat jurulatih dah pesan panjat tengok tangan sendiri, jangan tengok bawah. Aku pun mula laa panjat sampai nak masuk tangga kedua aku mula rasa tak sampai hati nak panjat lagi. Aku stop kejap, amek nafas dan jeling-jeling manja ke bawah. NAH! Amek kau. Terus kelabu mata aku, berpinar kejap laa. Aku sorang jer yang gagal ujian ni.


Jurulatih tu cakap sepanjang dia mengendalikan ujian pemeriksaan ni, aku orang pertama yang gagal ujian panjat tangga. Haha. Memang lah. Orang gayat tengok tangga tu 16meter diorang tak datang dah ujian tu. Aku je yang gedik nak datang. Kan da kecewa sendiri.


Sedih tu memang la sedih. Ujian last kot. Dan tak sepatutnya orang gagal ujian tu. Tapi bila pikir-pikir balik, atleast aku datang sana dapat gak pengalaman cara angkat berat yang betul dan cara untuk panjat tali. Aku juga dapat tahu yang aku bertapak kaki flat. Dan yang paling penting, aku baru tau yang aku dah kurang 3kg. Haha. So takde la sia-sia sangat aku pergi, kan?


Mungkin takde rezeki aku kat sana. Takpe-takpe. Cuba lagi. Yang penting jangan berhenti mencuba. Dan kepada calon yang berjaya, tahniah dan semoga berjaya temuduga nanti.






~Daaaa~






Ali Terra Rossa - Sepi Rindu



Kuntuman mekar bergugur sudah
Bukan tandanya tiada indah
Begitu juga dengan diriku
Selalu merindukan dirimu

Sepi rindu meniti hari-hari dengan keluh kesah
Ku derita…
Semakin parah rasanya
Dunia ku rasa makin kelam

Apakah salahku hingga tak kau maafi
Terus meninggalkan aku begini

Seandainya aku yang membuat kau sedih
Maafkan aku kekasih

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
Ku sentiasa mendoakan agar kau kan muncul semula

Diri ku kini meronta-ronta
Bak kapal tiada arah mengikut arus lautan
Jiwaku kini terkapai-kapai hasrat murni aku tak tergapai…

Aku menyesali dengan perbuatanku
Yang kau derita serta sengsara
Kau tinggalkan aku di dunia yang fana
Ku kenang sepanjang masa
Jika kau masih ada inginku menebus dosa
Bahagiakan dirimu sayang
Aku bersumpah kepadamu janjiku kau genggam
Cahaya cintamu ku genggam

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
Ku sentiasa mendoakan agar kaukan damai di sana

WWDay V