Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Rojak Santai

Salam semua.

Dah lebih setahun aku meninggalkan blog ni tanpa sebarang coretan. Malam ni entah macam mana, boleh terbuka balik blog ni. Aku pun baca lah balik entry-entry yang lepas. Banyaknya aku gelak sendiri. Tak sangka boleh ada blog pula aku ye. Hampir ke 4 tahun pula tu.

Diam tak diam dah lebih 14000 dah pageviews. Takda penting sangat pun. Teringat lagi entry Seribu Satu Blog waktu blog ni first time dapat 1000 pageviews. Dua tiga hari ni aku tengok ramai yang view entry Gayat. Mungkin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada buat pemeriksaan fizikal kot. Kepada calon semua, aku ucapkan semoga berjaya ye. :)

Zaman aku rajin berblogging ni waktu aku kerja despatch dulu. Banyak juga entry yang aku tulis pasal kerja masa tu. Konon-konon nak meluahkan perasaan la tu. (entry pasal kerja) Hahaha. Masa tu kerja memang agak tekanan sikit. Memang blog je lah tempat aku meluah rasa. Tapi tekanan tak tekanan pun, tiga tahun gak aku bertahan kat sana. Sekarang dah berhenti dah. Masuk 7 bulan dah berhenti.

Oh ye. Bila sebut pasal blog, mesti aku teringat dekat dua orang sahabat ni. Yang banyak juga aku mentionkan dalam blog ni. Dua orang ni la yang perkenalkan aku dunia blog ni. AtieSensei. Tak pasti beliau masih dalam dunia blog lagi ke tak. Maklum lah sekarang beliau dah pun berumah tangga. Komitmen pun dah bertambah. InsyaAllah bulan 12 ni beliau bakal menimang cahaya mata yang pertama. Tahniah. Lagi seorang RaraCandyFloss. Masih lagi dalam dunia blogging rasanya. Sekarang beliau berblog kat ShiraSuhaimi.Com. Jap lagi nak terjah tengok. Jom2. Beliau juga dah berumah tangga, dan bakal menjadi mommy juga bulan 12 ni. InsyaAllah. Tahniah both of u. :D And thanks for all.

So, back to the point. Actually, malam ni bukan nak buat come back ke apa. Tapi sebab alang-alang dah buka, terasa pula nak menaip sikit. Sikit punya sikit last berperenggan-perenggan juga jadinya. Malam ni aku ingat nak post tentang life aku serba sikit. Cerita rojak dan santai. Itulah tajuk post ni, kan?

Aku sekarang dah bertukar bidang kepada abang-abang lori. Haha. Bulan Febuari tahun ni, Alhamdulillah aku dapat keluarkan sebiji lori Isuzu 3 tan. Masa tu boleh kata agak terdesak aku keluarkan lori. Aku hantar notis satu bulan kat YonMing bulan Januari. Takda fikir panjang, takda rangka kerja, semua takda aku keluar lori. Bila lori dah keluar, barulah macam-macam persoalan muncul.

Apa aku nak buat? Boleh ke aku buat? Macam mana nak buat? Siapa yang nak aku minta tolong? Banyak sangat soalan yang tak terjawab. Tapi benda dah jalan, nak tak nak kena la teruskan. So boleh kata aku sekarang bekerja sendiri sebagai pemandu lori, atas nama syarikat ZMY Logistic. Nama ZMY tu nama adik beradik aku (Zazuwa, Zahara, Zawani, Zalila) yang banyak membantu. 

Sejak tu bergelarlah aku sebagai abang lori. Banyak dugaan yang aku hadapi sepanjang aku bekerja sendiri ni. Ada yang datang bertimpa-timpa, ada yang datang terlalu berat. Sampai kadang kau rasa tak boleh nak hadapi lagi. Tapi Allah ada. Keluarga ada. Kawan-kawan pun ada. Dugaan-dugaan tu semua aku jadikan pengalaman untuk hari mendatang. Jatuh naik tu kan normal. Roda akan terus berputar. Jadi jalan je la kan? :P

Tak kurang juga pengalaman-pengalaman manis. So far aku rasa, walaupun teruk dugaannya, tapi aku suka dengan apa yang aku buat. Yep, memang sungguh. Penat tak terasa kalau kau buat sesuatu benda yang kau suka. Tak kiralah apa kerja sekalipun, yang penting kau kena suka dengan apa yang kau buat. InsyaAllah kau berjaya. Dan jangan lupa bersyukur. :)

Selalunya aku jalan berdua dengan sorang kawan, Haziq. Budak satu kampung juga. Kerja ngan kawan ni seronok. Senang nak berbincang. Boleh buat kerja sambil gelak-gelak, happy. Tak terasa sangat penatnya. Kerja majal pun boleh jadi senang.

Antara kerja yang pernah aku buat sepanjang 7 bulan ni, jadi sub contractor dengan syarikat transport. Lubuk dia kat Segambut. Aku ambil kontrak penghantaran ke Pantai Timur. Barang rojak. Campur-campur. Selagi tak penuh lori tak boleh jalan. Sekali jalan hantar 30 ke 40 tempat. Aku pernah kena timbang dua kali sepanjang buat kerja ni. Sekali 9 tan, sekali lagi 11 tan. Haha. Tiga bulan aku buat kerja ni, last bulan 5 lepas.

Start lepas tu aku mula main kerja-kerja runcit je. Pindah rumah, pindah pejabat, hantar barang-barang dari kilang. Okaylah sikit. Barang pun tak berat. Antara yang menarik bagi aku, hantar perabot ke felda-felda seluruh semenanjung. First time masuk felda, rasa cam seronok je kehidupan kat felda ni. Orang dia pun peramah juga.

Pindah rumah yang paling aku tak boleh lupa, pindah rumah banglo. Bayangkan lah rumah yang dah 30 tahun duduk. Barang-barang koleksi memang banyak la. Perabot pun Jati je semua. Empat hari juga lah aku nak habiskan kerja pindah rumah ni. Tu pun kena pakai dua buah lori. Hahaha.

Sejak aku berkecimpung ngan dunia lori ni, jarang betul aku ada kat rumah. Lori tu dah jadi rumah kedua aku dah tu. Sebab tu aku suka hias lori ni. Kadang-kadang bila dah penat kerja, tengok lori kau cantik je, boleh hilang gak sikit penat tu. 

Eh, macam dah panjang sangat je entry ni. Haha. Malam pun dah jauh buta ni. Jadi aku stop kat sini je lah dulu. Lain kali free aku sambung lagi. Seronok juga sekali sekala dapat menaip ni. 

Oh ye kalau ada siapa-siapa yang perlukan perkhidmatan Lori Sewa, bolehlah contact aku kat nombor 017-376 4765 (Call/ Message). 012-972 0140 untuk Whatsapp, WeChat, Line.

Antara perkhidmatan yang disediakan:- 
- Pindah Rumah
- Pindah Pejabat
- Penghantaran Barang/ Produk/ Bahan2
- Pembungkusan Barang Pindah (packing)
- Mencuci Rumah Pindah
- Pekerja Angkat Barang
- DAN LAIN-LAIN

Jumpa lagi semua.

ps: Sedikit gambar lori aku (Lela Rentaka) sebagai penutup.










~Daaaa~

No comments:

Post a Comment