Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Tabahlah



Marah? Sedih? Sakit? Kecewa? Tertekan? Kehilangan? Pasti korang pun pernah rasakannya, kan? Bila berdepan ngan 'sesuatu' tu. 'Sesuatu' yang aku tak tahu korang namakan sebagai apa. Tapi 'sesuatu' yang mampu membuatkan korang rasa terasing, sepi seperti takde orang lagi disekeliling korang. Pernah tak korang rasai?



Dah lama aku nak siapkan entry ni. Intro ni aje dah dekat dua minggu berkepuk dalam draft ni tak disiapkan. Menunggu samada ntuk disiapkan, atau ntuk di delete satu ari nanti. Bukan taknak disiapkan, cuma masa tak mengizinkan aku ntuk siapkan entry ni. Plus aku tak tahu nak guna gaya bahasa macammana untuk entry ni. Last aku decide ntuk siapkan jer laa entry dengan gaya bahasa 'hantam sajalah'.



Amaran :
Entry ini ditulis berdasarkan pemikiran penulis. Tujuan penulisan entry ini adalah sebagai catatan peribadi penulis sahaja serta untuk berkongsi idea. Anda adalah sama sekali TIDAK digalakkan untuk mempercayai, mempraktik serta menyebarkan idea ini sebelum bertanya kepada yang lebih arif.




(back to the point)



OK. 'Sesuatu' yang aku katakan tadi tu aku andaikan mungkin sebagai ujian dari ALLAH swt, untuk menguji keimanan hambaNya. Atau mungkin juga ia merupakan satu balasan di dunia, terhadap dosa yang kita lakukan di masa lampau. Waallahualam. Cuma kita sebagai hambaNya, haruslah tabah, dan redha bila kita berhadapan dengan 'sesuatu' itu. Pasti ada hikmahnya disebalik 'sesuatu' itu berlaku. Bukankah Allah swt jualah yang sebaik-baik Perancang?



Moga berkat dari kesabaran dan ketabahan kita, dapatlah kita meningkatkan keimanan kita kepadaNya. Mungkin ALLAH swt ingin menambahkan pahala kita, atau mungkin ALLAH swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita. Atau mungkin juga ALLAH swt rindu akan kita, dan ingin kita selalu dekat denganNYA. Siapa tahu?



Aku nak berkongsi sebuah cerita. Harap korang tak bosan untuk terus membaca entry ni sampai habis.




Rasulullah s.a.w pada suatu waktu pernah berkisah.

Pada zaman sebelum kalian, pernah ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasai kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini ditimpa penyakit yang amat berat. Maka seluruh tabib pada kerajaan itu di kumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada seorang tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang tabib yang mengatakan bahawa penyakit raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan.

Namun sayangnya ketika itu bukanlah musin ikan tersebut muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahawa saat itu bukanlah musim ikan tersebut muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib…. Walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhinya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Dia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Dan ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat itu sangat banyak terdapat di permukaan laut. Oleh yang demikian mereka sangat optimis raja akan segera sembuh kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan yang sepatutnya banyak ditemui di permukaan laut itu, tidak ada seekor pun yang kelihatan! Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap sahaja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehinga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “ Ya tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat; sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”

Tuhan pun berfirman, “ Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat satu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang kepada-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikit pun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan dia pada neraka yang paling bawah!".

“ Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadapKu dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikitpun dosa padanya, kerana hukuman pada dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!”.






Kesimpulannya:

- Ada kesalahan yang hukumannya Allah tunaikan di dunia ini juga. Dan demikian dosa tersebut tidak dihitung lagi di akhirat sana.

- Bila mana kita tidak ditimpa musibah, JANGAN leka!! Kerana mungkin Allah 'menghabiskan' simpanan kebaikan-kebaikan kita di dunia ini juga.

- Jadi selalulah tabah dan redha menghadapi segala kesulitan yang kita hadapi. Moga dengannya kita diberkati.





Renung-renungkan.


Waallahualam.




Untuk 'kamu', chaiyok2!!!




~Daaaa~

No comments:

Post a Comment