Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Sahabat, Kekasih dan ?

*Entry ni meluahkan segala yang tersimpan dalam hati aku.


Hari ni, 28 Febuari 2011, 2200hrs, aku rasa sangat2 malu. Jatuh tergolek depan orang ramai pun tak semalu ni. Malu yang amat sangat. Malu pada seorang sahabat, yang setia menemani aku, menjadi tempat meluahkan suka duka aku, menjadi tempat berbincang segala masalah, menjadi pendengar cerita cerita aku.


Norhayati binti Ibrahim (mungkin kot :P ). Anak gadis berasal dari Terengganu. Kini mengajar di Miri, Sarawak. Kami mula berkenalan pada awal tahun 2009. Waktu tu aku GSTT di SMK Darul Ehsan, dan dia cikgu praktikal di sekolah yang sama. Kami berkongsi meja yang sama. Cumanya aku sesi pagi, dan dia sesi petang.


Kami jarang bertegur waktu di sekolah. Dia datang sekolah jam 1230. Aku lak balik jam 1430. Mana nya sempat nak beramah mesra sangat kan. Dalam bulan 3 camtu (aku lupa bulan berapa sebenarnya), dia tamat praktikal. Sebelum tamat tu, sempat jugalah kami keluar makan bersama cikgu praktikal lain. Sempat juga bertukar tukar no telefon dan email.


Tamat jer dia praktikal, kami mula beramah mesra dalam facebook lak. Dari sini kami mula mengenali satu sama lain. Dia seorang yang ceria. Suke bercerita, petah berbahasa. Sesuai sangat perwatakannya sebagai seorang cikgu. Hehe.


Dia ayu. Dan juga baik hati. Seorang yang lemah lembut, dan sopan santun. (dia mesti blushing kalau dia tahu aku cakap dia camni). Dia kelakar, suka perasan dan agak gila gila juga. Seronok bila bersembang dengan dia. Suka bila dengar dia bercerita. Ada jer ayat dia yang wat aku ketawa.


Hampir setiap perkara aku akan luahkan kat dia. Dia seorang pendengar yang setia. Senang bila berbincang dengan dia. Semakin hari kami menjadi semakin akrab. Bila aku ada masalah, aku akan cari dia. Begitu gak ngan dia. Dan dia akan berusaha akan wat aku ketawa balik. Pernah satu ketika aku ngah sedih, dia sent gambar senyum, suh aku ikut dia senyum sama. (sori U, I xdapat senyum sama malam ni. :( )


Dia lebih dari sahabat bagi aku. Tiga tahun kami berkawan, sikit pun dia tak pernah guris perasaan aku. Tapi selama tiga tahun tu, kami tak pernah berjumpa berdepan lepas dia meninggalkan sekolah. Kami hanya berbalas komen difacebook, berchatting di YM, mesej2 dan telefon je. Mungkin tiada kesempatan kot, atau mungkin masing2 segan. Haha.


Dari sayang seorang kawan, sayang seorang sahabat, terlintas juga dihati aku untuk cuba menyayanginya sebagai seorang kekasih. Tapi perasaan tu aku pendamkan saja. Aku takot. Aku tak punya apa apa. Aku tak rasa yang aku ni layak ntuk jadi teman hidup dia. Jadi aku teruskan memendam hasrat aku tu. Hal ni aku tak pernah luahkan kat sesiapa pun, termasuklah dia. Hari ni aku kumpulkan sedikit kekuatan ntuk luahkan kat sini. Yup. Aku ada memendam perasaan CINTA padanya. Dan perasaan tu masih aku pendam sehingga kini. T____T


Aku juga takot kalau kalau dia mengetahui perasaan aku ni, dia akan jauhkan diri dari aku. Lebih baik aku pendamkan saja perasaan ni daripada aku kehilangan dia. Bukanlah aku tak dapat hidup tanpa dia, cumanya hidup aku pasti sepi tanpanya. :(


Dan hari ini, apa yang aku takotkan tu, terjadi juga. Seorang sahabat yang aku sayang, terpaksa mengundurkan diri demi menjaga hubungan sebuah percintaan. Apa yang berlaku biarlah aku simpankan dalam lipatan kenangan kerana yang amat aku kesalkan disini bukanlah perkara yang berlaku tu. Yang aku kesalkan adalah kehilangan dia. Dan aku sangat malu kat dia, atas apa yang berlaku. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasakan skang. :(


"Cinta boleh buat kita buta, Tapi I harap U tak buta kerana cinta."


Antara mesej terakhir dari dia. Harap aku tersedar sebelum aku buta.



"Sorrow sank deep inside my blood
All the ones around me

I cared for and most of all I loved

But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away.
"



* Moga satu hari nanti, bila aku baca entry ni balik, aku tahu, yang aku pernah menyintai seorang sahabat.

3 comments:

Shira said...

I doakan yang terbaik buat u. Dari dulu pun I tahu perasaan u dekat dia, walaupun u tak pernah cakap, tapi dari cara u, memang nampak sangat. Dan i tak mampu nak menjadi batu penghalang. I doakan yang terbaik k. Semoga u tabah dalam setiap apa yang berlaku. :)

Wak Kerrang Jr said...

:) thanx... Pray 4 ur happiness too.. :)

Shira said...

And now u dah ada jawapan why i undur diri. Take care :)

Post a Comment