
Yezzzaaa.. Travian. Aku start main game ni sejak tahun 2008. Game ni ade banyak server. Server 1, server 2, sampai a skang ni dah Server 6 (server di Malaysia sahaja). Setiap server tu tempoh permainan dalam 10 - 11 bulan camtu. Tu server normal. Ade Speed Server gak, yang ni 3 kali lebih laju dari server normal n main dalam 3-4 bulan camtu.
Meh aku citer serba sikit tentang game nih. Time register game ni, kita akan di beri pilihan nak main puak Rom, Teuton, atau Gaul. Masing2 puak ade kelebihan sendiri. Aku paling suke puak Rom. Lambat nak naik, tapi paling kuat. Kalau nak adventure lagi amek Teuton. Puak ni cepat, kuat gak tapi defend lemah. Kene aktif sentiasa. Gaul, puak bertahan. Sesuai ntuk yang bermain secara sim city. :P
Game ni mula ngan sebuah kampung. Kita kene jaga kampung kita. Naik taraf sumber2 (kayu, tanah liat, besi, tanaman), Bina dan naik taraf bangunan kat kampung cam Berek, Gudang, Pasar, Kedai Senjata dan Perisai, Tembok, Gua, Kedutaan dan lain-lain. Selain tu kene gak latih askar askar ntuk berperang. Sama ada kita nak jadi penyerang, atau pertahanan, tu terpulang.
Nama pon game online, so korang bukan main sorang2. Sekurang kurangnya ada 4000 lebih pemain setiap server. Yang mana boleh jadi kawan, boleh jugak jadi lawan. Korang kene masuk Persekutuan, bantu ahli2 persekutuan yang lain. Kira korang berjuang sama2 ngan ahli persekutuan yang lain a.
Matlamat utama game ni? Haaa. Nak tau korang men sendiri a weh. Sumer nak harap aku citer jer. Bile nak start citer aku lak? Hahaha
1st aku start main server 2 (2008), time tu da pertengahan game, so asik kene serang jer a aku. Xpe2. Tengok dan belajar. Haha. Server 3 (2009) aku mula main ngan cemerlang. Cheewaahh. Kedudukan 500++. Kira ok a tu berbanding ngan 4000++ pemain. Hahaha. Tapi aku habis hampir RM 400++ gak a ntuk Server tu. T___T
Ntuk server2 lepas tu, aku da tak pakai duit lagi. Main pon ntuk isi masa lapang jer. 4 hari lepas aku daftar ntuk server 6 nih. Server start 4 Mac lepas. Agak lewat gak a daftar skang tapi masih mampu mengejar. Haha. Ntuk Server 6 ni, Dorang start pakai Versi T4. Versi baru yang sangat2 berlainan dari versi2 sebelum ni. Tadi server, ni versi lak. Pening tak? Ngeh3...
Versi tu cam penambahbaikan lam game a. Aku cakap versi T4 ni sangat2 berlainan dari versi2 lepas sebab layout dia banyak berubah. Grafik yang lebih cantik. Perubahan ketara yang aku nampak dari segi Wira. Wira kali ni jadi watak utama lam game nih. Lam versi ni, korang leh edit nak wira camne. Korang gak leh pilih nak Wira ni pakai senjata apa, perisai apa. Setiap ape yang wira tu pakai ada kelebihan tersendiri. Menarik kan?
Meh aku preview sket gambar2 game ni.



Yang bawah ni lak Peta. Kat sini korang leh a tengok kampung2 sekeliling korang. Banyak kan? Ni baru 13 x 18. Peta besar tak tengok lagi. Cam yang aku cakap tadi, hampir 4000++ pemain setiap server. Cane nak survive? hoho

Okey2. Stakat ni tu dulu yang aku nak kongsikan ntuk malam nih. Nanti da besa sket kampung nih aku update lagi, owkey?
Daaaa~
No comments:
Post a Comment