Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Khalifah-khalifah Yang Benar

Salam semua. Hari ni setelah 5 hari , bungkusan yang aku tunggu-tunggu sampai jua. Sabtu lalu aku beli dua buah buku secara online di BookCafe.com. Banyak gak buku-buku yang dijual kat situ. Mudah je cara pembeliannya. Tambahan pulak ada diskaun ntuk buku-buku tertentu. Sangat berbaloi.


Buku yang aku beli ni memang dah lama aku usha. Buku ni dah release dari tahun lepas lagi, cuma baru bulan lepas aku tahu tentang kewujudan buku ni. Baca tajuk dia jer aku dah terus berminat. Tengok lak penulis dia memang aku pernah baca buku tulisan dia sebelum ni. Memang best. Tu yang makin teruja aku nak beli buku ni.


Buku yang aku maksudkan tu bertajuk 'Khalifah-khalifah Yang Benar' tulisan Abdul Latip Talib. Buku bergenre novel sejarah islam ni mengisahkan tentang kisah hidup 4 khulafa' ar-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar r.a, Saidina Umar r.a, Saidina Uthman r.a dan Saidina Ali r.a.


Buku ni didatangkan dengan hardcover dengan grafik yang menarik. Mempunyai hampir 800 halaman. Dengan harga pasaran RM 55.00, aku rasa buku ni sangat sesuai untuk dimiliki dan dijadikan koleksi peribadi.


Aku belum start baca lagi buku ni. Tapi aku letakkan harapan yang tinggi kat buku ni. Moga buku ni wat aku lebih kenal 4 khulafa' ar-Rasyidin, dan semoga ada sifat-sifat yang baiknya dapat aku contohi. Amin~


Dah habis baca nanti kalau rajin aku wat lagi review tentang buku ni. Kalau sesapa nak pinjam, tunggu aku habis baca dulu. Hahaha



*********************************** Selingan ***********************************


Baru-baru ni aku terbaca tentang satu khabar angin tentang cincin bernilai RM 24 juta. So aku teringat satu kisah.


Satu hari isteri Saidina Abu Bakar r.a (ketika itu sudah menjadi khalifah) teringin hendak memakan makanan yang enak. Abu Bakar r.a tidak mempunyai wang ketika itu kerana kewangan mereka bergantung kepada wang sara diri dari pihak baitulmal. Jadi isterinya memberikan satu cadangan.


"Saya akan cuba berjimat sedikit demi sedikit. Jika sudah cukup nanti, kita bolehlah membeli makanan yang saya idamkan itu", kata isterinya.


Lama kelamaan wang yang disimpan itu cukup untuk membeli makanan yang diidamkannya. Pada hari isterinya ingin membeli makanan tersebut, Abu Bakar r.a berkata, "Wahai isteriku, saya rasa eloklah kita mengembalikan wang itu kepada pihak baitulmal,". Isterinya tidak membantah. Malah menghormati keputusan suaminya itu.


Abu Bakar r.a turut meminta baitulmal supaya wang sara diri yang diterimanya dikurangkan agar ia dapat digunakan untuk kegunaan lain. Wang yang diterimanya hanya cukup untuk menyara dirinya sekeluarga. Tidak lebih dari itu.


***************************************************************************







~Daaaa~

No comments:

Post a Comment