Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Hari Raya - karte I

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Dah masuk raya keempat, baru la aku berkesempatan nak ngapdet blog. Sakan beraya. Takda la sakan sangat cam zaman budak-budak dulu. Walaupun tak dapat duit raya skang nih, tapi tetap meriah jugak.


Malam raya pertama join baraan. Berjalan ramai-ramai dari rumah-kerumah ahli qaryah, sambil bertakbir dan makan. Setiap satu rumah aku singgah mesti makan. Sekurang-kurangnya sepotong lemang. Ada la dalam 20 bijik rumah baraan malam tu. Perut terus membulat serta-merta.

Rumah aku wat hidangan simple-simple je. Satay Samuri, dadih, bubur kacang, nugget dan kuih raya. Dalam jam 1pagi jugak lah baru selesai baraan. Balik rumah trus tido kekenyangan. Haha.


Raya pertama bangun awal. Sarapan. Kan sunat makan pagi raya. Hehe. Mandi dan bersiap ke masjid. Tapi tahun ni selayang cam tak ramai sangat jer. Mungkin tahun ni ramai yang balik ke kampung mertua kot. Kak Long dan Kak Ngah aku pon beraya kat rumah mertua masing-masing. Aku lak pening nak beraya umah mertua yang mana, last-last beraya umah sendri je. Boleh tak aku cakap camtu?

Raya pertama tak beraya ke mana pun. Cuma ke rumah jiran je. Selebihnya melayan tetamu yang datang. Malam pusing-pusing KL carik CD kat Danau Kota. Layan citer Superman kat umah. Owh sungguh bermakna raya aku. =__=


Raya kedua, raya yang sebenarnya. Pagi-pagi bangun bersiap nak balik kampung. Jam 0900 bergerak ke Changkat Lada. Alhamdulillah jalan clear. Jam 1230 sampai ke Changkat Lada. Ada himpunan keluarga kat sana. Petang jam 1600 bergerak pula ke Kg Kayan, jam 1730 ke Sg Besar lak. Jam 2100 bergerak semula ke Kg Kayan, bermalam kat sana.


Raya Ketiga sambung beraya ke Pantai Remis. Sempat jugak ke pelantar memborong ikan, ketam, udang dan sotong. Fresh-fresh lagi tu. Petang beraya ke Chenderong Balai, dan bergerak balik ke Selayang jam 1930. Jam 2300 sampai rumah.


Raya Keempat lepak rumah. Beli kayu dan bertukang. Sambung balik kerja yang dah lama tertangguh. Due date bulan 11 tapi sampai hari ni baru 10% siap. =.=" Esok dah start kerja. Ahad nanti sambung bertukang lagi.


Owh yer. Sempena hari raya ni, jemput lah datang ke rumah. Aku tak kemana pun. Bertukang je dirumah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.



~Daaa~





No comments:

Post a Comment