Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Malang yang tak sudah.

Hari yang agak malang. Aduh...


25 Feb 2011 (Jumaat) - Pagi pagi lagi aku da kene hantar barang ke Serdang Lama. Kul 0930 aku da keluar office. Takde a jauh mane Serdang tuh. Lam setengah jam jer. Tengah syok2 aku pepah highway Sungai Besi tuh, tetiba aku dengar bunyi cam tak best jer kat motor nih. Wat tak tau lagi. Orang keliling da start jeling2 da tuh.


Ok ok.. Aku benti ok..? Huh.. Benti tepi skali tengok ekzos da jatuh la. Adoyai. Kol office, tengok kredit RM 0.00...? Ah sudah. Usha2 keliling kot2 ade kedai motor, baru tringat lam poket da 3 hengget. Apa lagi, sendiri bikin laa...


Skru ekzos sume da ilang. Ntah mane ntah jatuhnya. Aku main gantung jer a wat sementara. Sepanjang perjalanan, 4 kali aku benti pasang ekzos. Last skali aku da fedap, aku redah jer sepanjang highway tu balik office ngan motor berbunyi motobot nih. Sangat tebal lor muka nih. =.="


Setel jer motor, lepas jumaat, aku kene g Rawang lak. Kene lak customer nih banyak songeh. Kejap nak, kejap taknak. Da satu hal 2 jam aku mengusung Rear Hub Axle ni ke hulu ke hilir. Sangat berat ok ini barang.


On the way balik office, sampai kat selekoh area Selayang Prima, ade lak 3 orang warga Bangladesh dengan tak tengok kiri kanannya, dengan lenggang lenggoknya melintas jalan. Jalan selekoh, kanan aku lori, lane aku dorang bertiga da tutup. Pilihan yang tinggal...?


PIINNNN!!!


Hon bukanlah jalan yang terbaek. Mungkin dorang terkejut, atau dorang saja nak menguji keberanian aku,


DAAAMMMMM...


Tepat kat orang ketiga aku bantai. Memang da takde ruang nak mencilok, yang korang ley stop tengah jalan tu apahat???!!!


Aku sempat gak a berjoget2 atas motor sebelum melakukan terjunan gaya bebas ke bahu jalan. Kepala rasa berat, badan sengal2, darah pon da penuh kat helmet. Aku baring jap kat tepi jalan tuh. Sempat gak aku usha mangsa keadaan. Terbaring kat tengah jalan tak gerak2. Uiksss... Jangan a ko mati dol. Naya aku nanti.


Lebey kurang 15 minit terbaring, aku pon gagahkan gak a bangun nak usha mangsa. Tetiba jer beliau pon bangun skali, kibas2 baju, trus lari. Aik...? Bukan aku ker yang sepatutnya lari...? Asal korang lak yang semangat lari...??! Hahaha... XD


Takde a teruk sangat eksiden kali ni. (kalini..? macam da banyak kali jer aku eksiden..? baru dua kali kot..). Cuma luka kat muka, bibir bangkak sket, gigi dua batang pecah and calar balar sket badan. Moto lak lampu depan pecah, kepak patah, set pecah and fork patah.


Da g jumpa doctor, sumer ok. Cuci2 luka, bagi antibiotik, ubat tahan sakit and MC sehari. Skang baru rasa, sengal2 badan, kaki, kepala rasa berat, muka da sembab. Adoyai..


Eksiden bukan sesuatu yang best ok.... =.="

2 comments:

Anonymous said...

take care,ok.. :D

Mama Iqa said...

alah der,kesiannye...

Post a Comment