Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

KL Gangster

Hari ni dapat jugak aku tengok citer yang agak lama aku tunggu ni. Antara filem yang wajib aku tonton la ni. Tiket jam 9 setengah malam, kat GSC Mid Valley, Bangsar. Tengok berempat. Aku, Emran, My dan Linda.


OK. Aku tak nak citer pasal jalan citer filem ni. Sinopsis and trailer dia korang boleh baca kat sini. Yang aku nak ceritakan tentang watak. Watak Malek aku bagi 4 bintang. Dari segi gaya yang bersahaja, gaya bercakap. Bab bergaduh ok. Tak pernah tumbang walaupun lawan dia dua kali ganda saiznya. Tapi size doesn't matter maa. Badan dia pun apa kurangnya. Haha.


Aku suka watak Jai dan Ajib. Tak tahu la dalam mana-mana citer pon, aku paling suke watak orang kanan. Sebab orang kanan ni orang yang paling dipercayai. Kan best tu jadi orang yang paling dipercayai. Jai dan Ajib bawak dua watak yang berlainan. Seorang yang pentingkan semangat setia kawan dan seorang lagi yang pentingkan harta dan kemewahan.


Bagaimanapun watak Shark aku kurang gemar sket. Sebab watak ni tak cukup kuat untuk buat aku rasa marah, or benci kat dia. Bagi aku watak orang jahat yang berjaya bilamana watak tu mampu buat penonton rasa benci giler kalau tengok die. Sampai kita rasa biar kat hujung cerita dia mati kaw-kaw punya. Watak jahat camtu la yang bagi aku baru berjaya. Haha


Watak sampingan cam Padil mampu buat penonton ketawa. Kendurkan sket suasana tegang. Haha. Watak Ibu kurang sedih, dan watak adik perempuan Malek, aku tak ingat ape ke namenye, tak begitu nampak.


Dari segi watak aku bagi 3 bintang, skrip 4 bintang, fight 4 bintang dan keseluruhan jalan cerita, 4 bintang. *clap* . Tahniah untuk Skop Productions dan pengarah, Syamsul Yusof yang berjaya membuat filem aksi melayu yang setapak lagi kedepan. Juga barisan pelakon yang membintangi filem ini. Tahniah jugak kat para penonton yang masih lagi support filem-filem melayu. Cayalah!





Sempena hari tanpa tembakau,Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan pengeluar filem supaya tidak perlu memapar rokok atau gambaran merokok di dalam filem mereka.

sekadar hiasan




~Daaaa~

No comments:

Post a Comment