Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Wishlish!!

Actually ia adalah WISHLIST. Biasalah lidah jawa aku nih, agak berbelit jugak nak nyebut perkataan-perkataan omputih ni. Aku terpikir nak buat entry pasal wishlist ni lepas aku baca kat blog seseorang tentang matlamat hidup yang diomputihkan sebagai GOLD. Ke GOAL? Dia cakap Gold. Tapi aku rasa cam Goal je. Hahaha. Tak kesah lah Gold ke Goal ke. Yang penting skang matlamat hidup musti maw ada, okeyh.


Namun, ini bukan entry tentang matlamat hidup. Entry ni lebih kepada wishlist. Aku nak benamkan wishlish aku dalam blog nih. Lepas 40 tahun aku bukak balik blog ni, nak tengok dapat ke tak ape yang aku wish kan nih. Jom review~



FZ150i
Motor ni aku dah citer kat entry sebelum nih. So tak mo citer panjang2 lagi pasal dia. Motor ni aku mesti nak dapatkan sebelum Ogos!! Haha



Blackberry
Yang ni masih dalam teka teki. Nak beli ke tak. Kalau aku beli pon nak buat ape? Bukan aku rajin update FB hari-hari pon. Bukan ada orang nak BBM aku pon. Tapi aku minat BB nih, so masukkan gak lam wishlist.



Open pod ram pipe & Performance Sparkplug Cable
Yang ni untuk my lovely BDV. Iswara yang banyak kenangannya. Aku nak modified sket-sket kete nih. Bukan nak laju-laju bawak p lumba. Asalkan selesa bawak, dan sedap mata memandang, cukoplah. Dah usha, cuma takda masa nak pegi amek. Kat Klang pulak.



MotoGP 2011 Sepang
Tahun lepas first time aku pegi. Teruja gile. Tahun ni nak pegi lagi. Wajib. Bulan Oktober ni. Sape nak teman aku angkat tangan cepat!! Kalau ada yang nak sponsored aku, aku tadah tangan cepat-cepat.




OK. Tu lah wishlish aku untuk tahun 2011 ni. Dah bulan Jun baru aku terhegeh-hegeh nak buat wishlist kan. Lantak dia la dia nak buat bila pun. Biar lambat, asal buat. Dari cepat tapi ape tak dapat.


Tengok list atas tu, kawen masih tak tersenarai. Haha. Tu nanti wishlist 2015 aku listkan ekh. Kalau takde calon gak time tu, aku rela sanding sorang! OK.




~Daaaa~

No comments:

Post a Comment