Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Down

Salam semua. Korang pernah tak rasa down? *Baby are U down, down, down, down, down*. Rasa down yang aaaaaaaaaaaaamat sangat. Sampaikan korang nak buat ape pun takda mood. Nak bergerak pun lemah. Fikiran celaru, keliru. Korang tak tahu ape yang korang tengah buat. Banyak berfikir tapi takde kesudahan. Pernah tak pernah tak?



Mesti pernah kan. Down ni boleh jadi disebabkan rasa marah, atau rasa sedih. Boleh jadi juga kerana tekanan samada di tempat kerja atau persekitaran. Ape yang korang suka buat bila korang rase down camtu? Meh aku nak citer kan benda yang aku selalu buat bila aku down yang aaaaaaaaaamat sangat gitu. Check it out~



Music

Aku ngan muzik ni dah umpama muzik ngan aku dah. Susah nak dipisahkan. Bila aku down aku suka dengar lagu-lagu yang keras. Yang bunyik drum pom pam pom pam gitu. Biasa aku dengar lagu 'System of a Down' la. *nak down jugak*. Layan hangguk sket.


Driving / Riding

Bila down kadang aku suka gak keluar amik angin. Rasa nak drive aku drive, rasa nak bawak motor aku bawak motor. Jalan-jalan. Tapi takda arah tujuan. Bawak pun slow and steady je. Layan feel la katakan. Hilang sikit la rasa down tu. Tapi sampai rumah down balik bila tengok meter minyak dah down. *Cilakak minyak mahal skang*!!


Sleeping

Tidur time down takde la lena sangat. Tapi leh buat aku tak rasa lebih down. Suasana kena sunyi, lampu sumer padam. Henset pun aku silent time ni. Sape yang kaco time aku tido dalam keadaan down, memang mintak gigit la tu. Grrr.


Smoking

Haaa. Yang ni dah kompem. Kalo time down tu toksah kira la bape batang rokok tu di bakar. Aku umpamakan camni. Dalam setiap rokok tu ada mood. Makin dalammmmm korang punya down, makin banyakkkkkk la rokok yang korang kena sedut. Untuk refill balik mood yang dah down tu. *Ngerti? Kalau ngak ngerti korang baca balik sampai paham!*



Tu antara perkara yang aku selalu buat bila aku rasa down sesangat-sangatnya. Walaupun tak dapat nak pulihkan balik mood macam biasa, tapi atleast takda lah rasa lebih down lagi.


Sesungguhnya rasa down itu memang tak best. Alang-alang meh aku kongsikan serba sikit cara nak atasi rasa down ni, ikut cara Islam.


  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis dengan sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • Cintai diri sendiri





Mood skang ok. Aku ni kan ceria je orangnya. Hope korang pun ceria-ceria selalu, ok?




~Daaaa~

No comments:

Post a Comment