Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Haq itu benar.




*gambar hiasan*



Berani kerana benar, takut kerana salah.


Seringkali kita didengarkan dengan kata-kata di atas. Sehingga kita percaya yang berani itu semuanya benar. Dan yang takut, yang diam, yang tidak berkata apa-apa itu ialah pesalah. Ya, tidak dinafikan bahawa kata-kata di atas sememangnya benar. Cuma untuk digunakan pada zaman ini, hari ini, saya rasa seperti agak tidak sesuai sedikit.


Dari kecil kita diasuh supaya berani menyatakan kebenaran. "Berani kerana benar, berani kerana benar, berani kerana benar," kata mak. Kedengarannya seperti mudah untuk dilakukan, tapi hakikatnya? Sekarang ni kita tak boleh lagi nak suka-suki untuk menyatakan kebenaran. Berani sekarang memerlukan akal. Atau dengan bahasa yang mudah, 'Berani Bertempat' namanya.


Kenapa?


Kerana yang salah sekarang nih, tak lagi takut-takut macam dulu lagi. Mereka-mereka ini sudah berani, malah lebih berani dari orang-orang yang benar. Berani menentang kebenaran, berani juga menegakkan kebatilan. Walaupun hakikatnya kebatilan itu sudah terang-terangan nampaknya, tetap juga dipertahankannya.


Dan diatas dasar kata-kata 'Berani kerana benar, takut kerana salah' itu, kita menjadi keliru yang manakah benar, yang manakah salah. Mana yang haq, mana yang batil. Siapa yang baik, siapa pula yang jahat?


Walau apa pun, kebenaran itu tetap akan muncul juga. Dan yang salah itu, tidak akan kekal selamanya. Kuat mana pun kebatilan itu dipertahankan, tetap akan roboh juga. Ini sudah dijanjikan. :)


Bersihkan akalmu, sucikan hatimu. Berfikirlah dengan akalmu, percayakan hatimu.


Dan ingatlah bahawa janji ALLAH itu benar,
Mati itu benar,
Azab kubur itu benar,
Akhirat itu benar,
Syurga dan neraka itu benar.





Dah dah. Tak boleh taip panjang-panjang sangat. Nanti kene banned pulak. Bukan takut. Tak. Cuma beraniku bertempat. Kita kan berakal, kan?


XD


Daaaa~

No comments:

Post a Comment