Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Kartun

Tengahari tadi lepak makan kat mamak. Habis makan, hisap rokok, baca paper. Tiba-tiba aku terbaca satu kartun yang agak menarik perhatian aku. Aku rasa cam susah nak carik kartun ni lam internet, so aku pun snap la gambar dia dengan camera henset aku yang tak berapa nak best nih.


Snap dari C3-01. 5.0mega pixel tapi takde auto focus. cisss


Kalau sesapa ada baca Utusan Malaysia hari ni, (18 April 2011), mesti ada kartun ni kan? Kartun ni takde lah menarik mana. Tapi sedikit sebanyak berjaya menimbulkan beberapa soalan jugak la di benak fikiran aku nih. Maklum la, aku ni kan selalu berfikir. Turun dari mak aku gamaknya. Hahaha


Apakah maksud disebalik dialog tersebut? Perlukah kartun ini dipublish? Apakah ini sebenarnya yang berlaku didalam masyarakat kita? Caci maki, kutuk-mengutuk, saling membenci? Apakah yang sebenarnya ingin disampaikan pada anak-anak kita (of coz la anak-anak kita paling suka baca kartun). Dimanakah kita boleh mendapatkan buku Teknik melukis kartun dan komik? Errr.. Dan macam-macam persoalan lagi lah.


Soalan-soalan tu tadi dok mengganggu aku sepanjang aku bekerja hari ni. Sekaligus mengganggu gugat layanan blues di hari isnin aku. Sebelum soalan-soalan ni mengganggu tidur aku sat lagi, ada baiknya aku tinggalkan soalan-soalan tersebut kat blog nih. Biar dia bersemadi terus jer kat sini. Korang jangan ngada-ngada nak pikirkan persoalan-persoalan ni lak. Kah kah kah.


Ok dah. Tak boleh tulis panjang-panjang. Kang nanti aku pulak yang dimaki hamun, di caci cerca dan seterusnya di benci pulak kang. Challo bethe.




~daaa~


No comments:

Post a Comment