Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Sebenarnya...

Hari ni cuma nak kongsikan hasil perblog-walkingan aku.


kita sebenarnya…
lebih gembira menyambut 1 JANUARI daripada 1 MUHARRAM…

kita sebenarnya…
lebih tahu apa itu 14 februari daripada 12 RABIULAWAL…

kita sebenarnya…
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar AZAN…

kita sebenarnya…
lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada SEMBAHYANG…

kita sebenarnya…
lebih tahu nama artis daripada nama ALLAH S.W.T….

kita sebenarnya…
lebih suka menyanyi daripada BERWIRID atau BERTASBIH…

kita sebenarnya…
lebih suka membaca majalah daripada BUKU AGAMA dan AL-QURAN…

kita sebenarnya…
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada BERSYUKUR dengan keimanan kita…

kita sebenarnya…
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada MENDOAKAN dan MENASIHATI mereka…

kit sebenarnya…
lebih suka menuju ke SYURGA daripada NERAKA…tapi LAYAKKAH kita dengan SYURGA milik Allh S.W.T???

renung-renungkan dan selamat beramal…

Sekian,Assalamualaikum…


sumber : diariatie.com


Dalam kelekaan kita hidup di dunia ni, kadang-kadang kita terlupa siapa sebenarnya kita, dan untuk apa kita diciptakan di dunia ini. Kita kan manusia. Memang sering terlupa. Kerana itu kita wajib saling ingat-mengingati antara satu sama lain.



Cuma yang peliknya, ada sesetengah orang cepat naik darah bila diberi peringatan. Kenapa harus dituruti segala kata nafsu? Kenapa tidak digunakan akal yang diberi?



Aku sharekan ni sebagai peringatan untuk aku, dan juga kamu. Juga untuk mereka-mereka yang lain. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih berakal.



*aku da mintak izin pada yang empunya entry untuk share, tapi di dushhh nya aku sebab mintak izin.. lebam bijik mata aku. So untuk sesapa yang nak share kan peringatan ni, tak perlu mintak izin. aku dushh nanti. Sila-sila lah share ye.



Ilmu itu datangnya dari Allah, menyebarkannya adalah tanggungjawab kita.



~Daaa~

No comments:

Post a Comment