Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Penjaga stor yang cemerlang.

Eh, eh? Ada new post lagi? Wah wah wah. Galak betul kau berblog ekh. Tiap hari nak post entry baru. Hahaha. Tapi pedulik apa aku. Ni kan blog aku. Suka hati aku lah kan nak post tiap hari ke, nak post tiap jam ke. Tengah ada mood nak menconteng ni. Hahahaha *gelak angkuh*


OK ok. Kita stop gelak-gelak dulu. Nak emo pulak. Korang pernah dengar perkataan Stor tak? Tipu la kalau tak pernah kan. Bukan pasaraya The Store yang aku maksudkan. Bukan. Apa yang aku nak ceritakan kalini, adalah kerja berkaitan stor yang paling meletihkan, memualkan, menyebalkan, dan segala 'me' 'me' yang tak best sepanjang aku bekerja nih.


1) Mengemas Stor
Mengemas stor bukanlah sesuatu yang best. Lainlah kalau stor tu tempat untuk aku beristirehat, bergolek-golek, tempat aku tidur, seronok jugak a aku nak kemas. Ini tempat untuk menyimpan stok. Dan stok itu pula datangnya dari saiz sekecil-kecil Washer, hingga ke sebagak-bagak Window Shield. Dari seringan-ringan Wheel Nut, hingga ke seberat-berat Clutch Kit.

Kemas stor ni biasanya dilakukan setiap sabtu, atau pada masa-masa terluang. Stor perlu sentiasa dalam keadaan kemas agar stok mudah dicari bila diperlukan. Stor biasanya bersepah bila mana ada tangan-tangan yang gatal main taruk jer stok yang baru masuk tanpa menyusunnya di tempat yang betul. Dan yang menjadi mangsanya, pastilah AKU!!! Sebab aku person in charge stor nih. Grrrr.

Tak nak cerita macam mana aku kemas stor. Aku bagi gambar sahaja untuk korang tatap. Sila-sila...


Bahagian stor yang sangat messy,


dengan Drag Link yang dok terjulur-julur keluar,

Dengan Brake Shoe yang tak tersusun, Air Bellow yang lintang pukang,

kena pulak stok Filter baru sampai.


Sedih tak tengok stor ni? Lagi sedih si incas nya yang kene kemas stor nih tiap-tiap minggu taw. Tapi berkat kesabaran dan kesungguhan aku,


Ruang belakang dah dikemaskinikan,

Brake Shoe
dan Air Bellow disusun semula mengikut part number,

Filter
pun disusun di tempat sepatutnya di atas rak,

Brake Lining
dan Brake Drum semua berada di tempat masing-masing.


-Ini adalah stor menyimpan alat-alat ganti treler. Jika anda menganggap barang-barang tersebut adalah ringan, maka tanggapan anda adalah salah.
X(



2) Mengira Stok.
Kira stok pula dilakukan bila mana ada masa terluang, biasanya pada setiap sabtu. Kira stok paling melecehkan bila mana kena asingkan setiap satu mengikut part number masing-masing. Kene pulak yang takde part number, yang takde kat tempat dia, yang tak cukup kuantiti, tu sumer boleh mengundang perasaan marah yang meluap-luap.

Contohnya cam bolt nih,

pastu asingkan ikut part number,


yang takde part number pun asingkan ketepi,
Berapa banyak rak kene buat?

Berapa banyak rak dalam stor???!!!



Pendek kata, dua-dua kerja ni la kerja yang paling malas sekali aku nak buat. Dan disebabkan itu jugak lah aku rasa malas sangat nak wat entry pasal benda nih. (abes yang ko buat jugak apasal??).


Cukup. Habis sudah masa untuk ber emo-emo nih. Malam jumaat ni kan sepatutnya malam untuk kita berkasing sayang. Kah kah kah.




OK, daa~


*banyak kan gambar dalam entry kalini? Hahaha. Karang tak upload gambar kang korang tak caye lak. Ni last gambar aku nak upload nih. Bagi mengukuhkan lagi cerita-cerita aku ni.






















Penjaga stor yang cemerlang dan hensem~




~tamat~


2 comments:

Mama Iqa said...

memang cemerlanglah sgt2....kejew jgn x kejew...heheeh

Wak Kerrang Jr said...

terbaik dow aku jaga stor tuh.. haha

Post a Comment