Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Putusnya sebuah...

Putus didalam kamus dewan bahasa bermaksud . Errrr. Korang try a search sendiri. Yang aku nak ceritakan kat sini bukanlah mengenai maksud putus tersebut, tapi tentang putusnya sebuah perhubungan. T___T


Putusnya sebuah perhubungan sangat menyakitkan. Apatah lagi jika hubungan yang diputuskan itu telah diikat lama dan telah disertakan janji-janji setia. Aku sendiri telah mengalami kehebatan kekecewaan akibat dari putusnya sebuah hubungan. T___T <---- Sori kalau entry ni banyak guna simbol nih... :P


Disini aku berikan beberapa contoh erti kata putus di dalam suatu hubungan.


Putusnya Sebuah Percintaan.
Putus cinta aku alami pada tahun lepas. Selepas menjalinkan cinta selama hampir 6 tahun, segala kenangan pahit dan manis, segala janji setia, segala impian yang menggunung selama 6 tahun tersebut, akhirnya hilang sekelip mata. Kasih sayang yang diikat pada 18 Mac 2004 akhirnya terputus pada 06 Mac 2010. (perghh.. siap ingat tarikh tu..!!) . Putusnya kami bukan atas kerelaan, putus diatas desakan orang tua. (Pandanglah keatas, keluarga mu disana... Turutkanlah kehendak mereka...) . Sedih tak? Memanglah sedih, tapi hidup kene teruskan juga, kan. XD


Putusnya Sebuah Persahabatan.
Putus sahabat aku belum pernah merasainya lagi. Aku rasa kecewanya pasti hampir sama dengan je ngan putus cinta, kan. Sahabat adalah seseorang yang boleh dianggap lebih dari kawan. Ala-ala Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu tu. Sahabat seseorang yang sangat rapat dengan kita, tahu akan isi hati kita, memahami akan diri kita. Berada disisi kita tak kira susah mahupun senang. Macam burung pipit tu. (ada kaitan??) XD


Putusnya Sebuah Persaudaraan.
Yang ni pun sama aku tak pernah hadapi. Mintak-mintak dijauhkanlah.
"Janganlah kamu benci-membenci, berhasad-dengki, berpaling anggota badan antara satu sama lain dan janganlah kamu memutuskan silatur-rahim. Jadilah hamba Allah yang bersaudara dan tidak halal bagi kamu meninggalkan saudara kamu melebihi 3 hari" - hadith riwayat Muslim r.a.

Saudara disini bukanlah bermaksud saudara mara terdekat sahaja, tapi juga membawa maksud saudara sesama Islam. Jadi jagalah hubungan persaudaraan kita ni, ok? XD



OK. Tu adalah contoh hubungan yang mana jika terputusnya hubungan tersebut, pasti akan mendatangkan kekecewaan, kekesalan, kesedihan, kemurungan yang tinggi dan berpanjangan. Sekiranya korang-korang terbabit dalam hubungan-hubungan diatas, cubalah sedaya upaya untuk menjaga hubungan tersebut, ok?


Kenapa aku tulis entry ni? Adakah aku sedang mengalami putusnya sebuah perhubungan? No no no. Bukan putus hubungan yang aku sedang alami sekarang. Aku sedang kecewa kerana aku telah putus bekalan rokok.

Bagaimana mungkin aku menaip entry ini tanpa rokok? Bagaimana aku nak hadapi tidur malam tanpa pekene rokok sebatang? Bagaimana aku nak hadamkan makanan yang aku makan ni tanpa disulami asap-asap rokok? Manakan mungkin bekalan ini boleh habis.


Lihat saja betapa carca merbanya entry ini ditulis tanpa diperasapkan dengan kepulan-kepulan asap rokok. Disini saja dapat dibuktikan betapa putusnya bekalan rokok mampu memberikan kesan yang mendalam kepada diriku ini.


Dan ketahuilah korang-korang semua bahawa sebaik sahaja aku postkan entry ini, aku sudah pun bersiap-siap untuk kekedai bagi mendapatkan bekalan rokok yang sepatutnya.


"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut.” hadith riwayat Hakim r.a.







~Daa
~



No comments:

Post a Comment