Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Tertembak.

Pagi tadi hantar barang ke Damansara naik Proton Arena 1.5L. Masuk je DUKE, terus aku rembat kereta ni serembat-rembatnya. Kereta company, kan. Kalau bukan aku yang rembat siapa lagi nak rembat. Nak harapkan boss? Memang tak la. Hahaha

Proton Arena 1.5L


Lepas tol SPRINT aku sambung rembat lagi.


100kmj....


120kmj..........


150kmj..................

Korang jangan tak tahu, Proton Arena ni boleh cecah 180kmj taw.


Keluar je terowong SPRINT tu sayup-sayup aku terlihat kelibat manusia berpakaian serba putih duduk kat tepi tembok jalan sambil mengacukan 'senjata'nya kearah aku. DAMMMM. Aku ditembak.


"Mati la aku". Aku perlahankan kelajuan, seat belt aku tarik perlahan-lahan. Duit dalam wallet aku selitkan bawah seat. Just in case. Hahaha


Tu dia roadblock tak sampai dua kilometer dari tempat aku ditembak. Dari jauh lagi aku dah dengar bunyi wisel ditiup, bendera merah dikibar mengarahkan aku berhenti ketepi. Lalu bermulalah sesi soal jawab aku dengan abang polis ni.


Abang Polis : Minta IC dan lesen.

Aku : (hulurkan IC dan lesen).

Abang Polis : Tahu apa kesalahan kamu?

Aku : Mintak maaf bang. Saya nak cepat tadi. (sambil tersengeh cam kerang bakar.)

Abang Polis : Berapa kamu bawak tadi?

Aku : 120kmj je bang. (masih tersengeh)

Abang Polis : Kamu tahu tak jalan ni had laju 80kmj je?
(dah tu kenapa taruk nama highway ni SPRINT kalau bukan untuk sprint?)

Aku : Maaf lah bang. Saya baru first time lalu jalan ni. Tak perasan lak had laju dia berapa.

Abang Polis : Ni kalau saya saman kamu ni maw RM 300 gak ni.
Aku : Jangan camtu bang. Saya despatch je bang. Baru je start keje ni tak sampai 3bulan lagi.

Abang Polis : Kau tak yah tipu aku la. Dah dah. Lepas ni kalau aku jumpa lagi, aku saman je terus.

Aku : OK bang. Terima kasih banyak-banyak bang. (makin lebar sengeh).


Tak tahu lah aku ni kalau roadblock ke, kene tahan ke, mesti lepas jer. Mungkin ka aku ni terlalu comel untuk disaman? hahaha. Maybe luck kot. Atau diorang pun taw kewangan aku nih tak mampu gak nak bayar saman-saman nih. Terima kasih abang-abang semua kerana memahami. XD


Pandulah dengan berhati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Ingat mati. Patuhi had laju, patuhi undang-undang jalan raya. Anda mampu mengubahnya.


*Sedang risau akan seseorang. Sewajibnya beliau mengetahui yang beliau sedang dirisaukan.




~Daaa~

4 comments:

Anonymous said...

comel ke????*pitam jap*hahaha...

alololo,cuweetnye kamu ni..kamu wisaukan cape ni...wajib dia tahu eh...cam dak kecik T__T kamu kan comel...hukhukhuk

Wak Kerrang Jr said...

of kos la comel. kalo tak comel kamu tak pitam.. hahaha *pening* @.@


ada la orang tu wat saya risau jer.. mesej tak balas, kol tak angkat.. agak2 dia taw tak? :")

Anonymous said...

skrg dah tau..hehehe

Wak Kerrang Jr said...

like~ :P

Post a Comment