Lisa n I

Daisypath Friendship tickers

Mirror Mirror on the Wall



"Mirror, mirror on the wall. Who in the land is fairest of all?"



Semua orang pun tahu dialog ni sering diucapkan oleh The Queen dari animasi Snow White. Tapi berapa ramai yang tahu cermin jenis apakah yang digantung di dinding itu? Apakah cermin sakti (sebagaimana yang kita sedia maklum)? Atau pun hanya cermin biasa? Atau itu sebenarnya cermin dua hala?


Cukup, cukup. Jangan peningkan kepala anda memikirkan perihal cermin The Queen itu. Sebab apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tentang cermin dua hala. Cermin yang biasa korang tengok lam bilik soal siasat polis tu. Penah pulak korang masuk bilik soal siasat tu. Haha. Tapi aku tahu korang faham maksud cermin dua hala ni kan?


Pernah tak korang terpikir kalau-kalau korang masuk ke toilet, cermin yang tergantung di dinding tu sebenarnya adalah cermin dua hala? Yang mana mungkin terdapat kamera litar tertutup dibalik cermin tersebut? Yang merakam segala aksi-aksi komedi korang memicit jerawat di hadapan cermin tersebut?


Persoalannya,
RELAKAH ANDA DIRAKAM??


Kalau tak rela, sebelum korang picit jerawat depan cermin tu, pastikan dulu bahawa cermin tersebut BUKAN cermin dua hala dengan melakukan fingernail test. Nama pun fingernail test, so takdelah susah mana nak buat. Tak perlu korang mengada-ngada tanggalkan kasut nak cuba pakai kuku ibu jari kaki korang. Keputusannya tetap sama.


Benda ni dah lama ada dah. Aku post kan balik untuk mereka yang masih tak tahu. Dan untuk mengingatkan mereka yang sudah tahu. Baik kan aku suka ingat ingatkan korang. Korang ada ingat kat aku?? Touching. Hahhaa


Firstly, korang cuba sentuhkan kuku korang kat cermin tersebut. Kalau imej kat cermin tu bersentuhan ngan kuku korang, jaga-jaga sebab itu ialah cermin dua hala. Elakkan dari melakukan aksi-aksi melampau dihadapan cermin tersebut kerana dikhuatiri aksi-aksi itu akan dirakam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cermin dua hala. (tiada ruang)


Sebaliknya kalau cermin biasa, akan ada sedikit ruang diantara imej di cermin tersebut dengan kuku korang. Maka korang bolehlah melakukan aktiviti memicit jerawat anda dengan hati yang senang.
Cermin biasa. (ada ruang)


Senang je kan nak bezakan antara dua cermin ini. Jadi lakukan. Tak rugi apa-apa pun. Mungkin anda anggap, takkan lah kat Hotel/ Mall high star camni pun ada cermin camtu. Tapi kemungkinan tu ada. So sentiasalah berawas.


Bagaimanapun fingernail test ini hanya berkesan untuk mengenalpasti antara cermin biasa dan cermin dua hala sahaja. Ujian untuk mengenalpasti cermin sakti seperti yang digunakan oleh The Queen dalam animasi Snow White masih tidak dapat dipastikan.











korang rase-rase ade tak CCTV dalam natang alah ni??




~daaa~

No comments:

Post a Comment